Senangnya Kalau Jadi Seorang Guru
Assalamualaikum dan hai semua!
Setelah sekian lamanya Eyz menyepi dari dunia blogger. Alhamdulillah, hari ni Eyz diberi kesempatan untuk menulis blog yang dah lama berhabuk ni. Uhukz. Sebelum ni Eyz sibuk sangat. Tak ada masa dengan blog. Huhuhu.
Tajuk entri kali ni, ‘Senangnya kalau jadi guru’. Korang rasa senang ke jadi seorang guru??? Eyz pernah juga dengar dan baca pendapat orang tentang profesion keguruan ni. Tak payahlah Eyz nak nyatakan di sinikan. Nanti jadi isu pulak. Ehhee.
Dah Eyz harungi dan rasai untuk menjadi seorang guru ni, Eyz rasa bukannya senang nak jadi seorang guru. Seorang guru perlu didik murid-muridnya lebih daripada 25 orang dalam satu kelas. Dengan karenah, sikap, kelebihan, kekurangan yang anak-anak berbeza-beza yang guru perlu tempuhi.
Sejak Eyz mengajar murid tahap satu selama satu bulan ni, banyak perkara yang Eyz pelajari. Tapi, dalam masa sebulan ni pulak lagi lagi banyak perkara yang masih belum dapat Eyz pelajari dengan sepenuhnya. Dengan murid-murid yang pelbagai karenahnya. Depan ibu bapa perangai lain, depan guru perangai paling lain. Eyz tak dapat nak bayangkan kalau guru yang sedang sarat mengandung perlu tempuhi semua ni. Allahuakbar. KESABARAN tahap dewa itu perlu ada!
Walau bagaimanapun, Eyz bersyukur sangat sebabnya dapat meluangkan masa untuk mendidik anak murid yang kurang berkebolehan dan tak seperti murid-murid lain. Eyz dapat lihat perbezaannya. Lebih-lebih lagi, sekarang ni murid-murid tak boleh disentuh. Jentik sekali jer mak ayah datang sekolah. Aduhai. Eyz tak dapat nak bayangkan. Murid-murid naik kepala semua dengan guru-guru di sekolah.
Itulah hakikatnya pekerjaan sebagai seorang guru. Bukan senang untuk menjadi seorang guru. Namun, tercapainya objektif pengajaran dan murid-murid terdidik dengan jayanya, hati guru yang paling gembira.
:: Dari didikan gurulah lahirnya profesion yang lain. Jangan pandang rendah dengan profesion keguruan. ::
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.coretan-mambang.my/senangnya-kalau-jadi-seorang-guru/