Senang Je Rupanya Nak Tenangkan Anak Yang Menangis Ini Tip Pakar Kongsikan
Ada waktunya dek kerana terlampau letih, anak yang menangis kita biarkan sahaja dengan niat untuk mengajar anak itu sendiri. Benar namun sesekali gunakanlah kemahiran memujuk anak yang dirasakan lebih wajar.
Penulis keibubapaan, Pn Wawa Shauqi berkongsi tip tenangkan anak paling mujarab dan mudah. Nak tahu macam mana? Ini caranya.
SENANG JE RUPANYA NAK TENANGKAN ANAK.
Tadi, anak kedua saya menangis. Dia geram sebab dia nak mengaji dulu. Tapi kami bagi turn pada abang.
Dia ni kalau menangis marah, keluar sekali jerit. Perit telinga dengar.
Saya pergi kat dia, saya duduk depan dia. Bahu dia saya pegang. Ingat dia boleh bertenang. Tapi lagi dia tunjuk geram. Diketapnya gigi kuat-kuat.
“Aqlan tak sabar ke nak ngaji?” tanya saya. Aqlan mengangguk.
“Mama bangga tau Aqlan excited nak mengaji.”
Terus dia sambung menangis kat peha saya. Seminit lepas tu reda. Saya ambil kesempatan dia tengah bertenang untuk explain,
“Sian Ammar tadi, dia belajar banyak sangat. Kita bagi dia mengaji dulu. Aqlan excited mengaji macam ni pun mama bangga sangat.”
Anak saya tu buat tak tau. Tapi saya faham, dia dah boleh terima. Ya Allah leganyaaa!
Satu kejayaan yang besar rasanya bila berjaya pujuk anak tanpa drama. Perasan tak apa yang saya buat? Ya. Saya validate. VALIDATE tu menerima perasaan anak.
Kita ni kadang takut sangat nak terima perasaan anak. Takut anak tu pijak kepala. Walhal, perasaan tu fitrah.
Memanglah marah, kecewa, sedih tu perasaan negatif. Tapi bukan bermakna kita kena paksa anak hentikan. Tapi bantu mereka aturkan emosi tu pakai otak logik.
Ini kadang kita yang tak guna otak logik bila nak atur perasaan anak. Kita lebih cenderung guna emosi. Ironi sangat. Suruh anak kawal emosi, tapi kita sendiri tak boleh kawal emosi.
Bagus sangat bila kita VALIDATE PERASAAN ANAK. Kesannya :
1️. Anak rasa diterima. Berbanding rasa diketepikan. Rasa diterima inilah kunci utama buat anak lebih tenang.
2️. Mereka ‘jumpa’ perkataan yang sesuai untuk ekspresikan perasaan. Jadi lepas ni, kalau marah, mereka guna perkataan. Berbanding mengamuk tak tentu pasal.
3️. Mereka belajar berempati dengan orang lain. Sebab kita tunjukkan empati terhadap mereka.
4️. Mereka belajar rupanya ada cara yang lebih baik untuk kawal emosi.
5️. Mereka rasa lebih selamat bila dengan kita. Jadi apa-apa jadi, mereka akan cari kita sebagai tempat mengadu.
Yang ini penting. Sebab ramai dari remaja yang asalnya rasa tak diterima, kemudiannya mencari orang luar sebagai tempat mengadu.
Kenapalah saya lambat dapat tau teknik ni. Waktu abang dia dulu, kalau dia menangis, saya buat keras suruh abang berhenti nangis.
Iyelah, kadang kita tak duduk tempat anak, kita rasa benda yang mereka tangiskan tu kecik je. Tapi bila kita paksa anak tu berhenti menangis, lagi menjadi-jadi ngamuknya. Kadang, saya pun ikut menangis sekali sebab tak tau nak hentikan tangis anak.
Jadi, kalau kalian malas nak layan drama amuk anak, guna teknik validate ni. Yang paling penting, kita ni. Kena tenang dulu.
Dah tenang, baru senang nak connect dengan emosi anak. Dalam buku saya di muka surat 115 saya ada share 5 langkah validate ni.
Ini saya share antara situasi yang mungkin kita alami. Dan macam mana ayat untuk validate perasaan anak. Untuk mak ayah, sangat bagus ajar anak regulate dan channel emosi dengan baik dari kecil lagi.
Menarik: 20 Minit Cukup Jadikan Anak Bijak, Formulanya Jangan Layan Telefon Bimbit Masa Layan Anak
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Senang Je Rupanya Nak Tenangkan Anak Yang Menangis, Ini Tip Pakar Kongsikan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/senang-je-rupanya-nak-tenangkan-anak-yang-menangis-ini-tip-pakar-kongsikan/