Risau Sangat Nak Bagi Anak Pegang Gunting Biar Saja Lama Lama Anak Pandai


Tugasan yang melibatkan aktiviti menggunting selalu menjadi masalah pada anak-anak kecil kita. Tidak biasa memegang gunting malah kurang mahir memegang gunting dengan cara tepat membuatkan kita terpaksa membantu anak.
Sekali dua mungkin tidak mengapa, namun setiap kali beraktiviti bantuan harus diberikan membuatkan ada mak ayah yang mula merungut.
Menurut Ahli terapi cara kerja, Pn Ayesha Sairi, aktiviti menggunting memerlukan latihan yang kerap, bukan sekali dua sahaja. Ini tip tepat untuk memahirkan anak menggunting.

Aktiviti menggunting.
Ada ibu bapa datang bertanya pada saya, “macam mana nak ajar anak menggunting? Sekarang kelas online, tak sempat nak tengok anak yang lain punya latihan terutama bila cikgu ada yang minta buat aktiviti kraf.
Saya dah tunjuk banyak kali cara menggunting. Tak pandai- pandai lagi. Setiap kali pun saya kena tolong dia gunting. Kadang kala tu saya tak tak sempat sangat, saya gunting sendiri. Anak tinggal tampal saja. Tolonglah ajar saya”

Ibu bapa yang saya hormati,
Kalau kita sedar, aktiviti menggunting sudah mula diajar kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka sudah masuk ke tadika. Menggunting ini merupakan satu skill atau kemahiran yang kompleks.
Bayangkan, tangan perlu memegang gunting, jari digerakkan, mata perlu melihat, kertas perlu dipegang. Sangat banyak pergerakan yang dilakukan dalam satu masa.
Sesetengah anak mungkin akan berasa ‘overwhelm’ atau berasa tertekan kerana terlampau banyak perkara perlu diproses pada satu-satu masa. Otak mereka sedang bekerja keras untuk beri arahan kepada anggotan badan pada masa ini.

Apa yang ibu bapa dan guru boleh guna bersama anak untuk ajar mereka kemahiran menggunting ialah:
1.Pastikan anak memegang kedua-dua GUNTING dan KERTAS. Tip ni macam biasa sahaja. Namun begitu, ini adalah kesalahan biasa yang dibuat. Ibu bapa atau guru akan membantu memegang kertas dan biarkan anak memegang gunting.
2. Untuk kuasai kemahiran menggunting, anak perlu belajar menggunakan kedua belah tangan. Mereka perlu belajar mengawal gunting sambil memegang kertas.

3. Anak perlu meletakkan gunting selari dengan kertas untuk menggunting. Selain itu, anak perlu boleh memegang kertas dengan stabil dan berada di posisi yang sesuai untuk menggunting. Sekiranya ibu bapa atau guru memegang kertas tersebut, anak tidak akan dapat menguasai kemahiran menggunting dengan baik.
4. Semasa mengajar anak untuk menggunakan gunting, pastikan anda mengajar anak untuk menggunakan kedua-dua belah tangannya. Sekiranya mereka belum boleh memegang kertas dengan baik, boleh berikan sokongan kepada mereka dengan memegang tangan bersama bersama. Dengan cara itu, anak akan dapat belajar dengan cara yang betul.

5. Kalau tak mahu gunakan kertas, boleh pelbagai medium yang lain. Sebagai contoh, playdoh, kotak, daun kering, suun dan sebagainya. Barulah anak tidak berasa jemu.
Kemahiran menggunting ini bukan hanya dilihat dengan cara anak kita memegang gunting sahaja. Bukan hanya diukur dari sudut kejayaan anak untuk ‘buka dan tutup’ gunting tersebut.

Apa cara memegang kertas dengan betul?
⭐️Anak perlulah memegang kertas dalam keadaan ibu jari di atas kertas, 4 jari yang lain di bawah kertas.
⭐️Anak bawa kertas rapat ke badannya, pastikan dalam posisi yang selesa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Paling tinggi di paras dada.
Posisi ini penting supaya bahu anak berada dalam keadaan rileks. Bahu anak tidak dalam keadaan terangkat kerana ia akan menyebabkan anak mudah letih atau lenguh. Bayangkan anda perlu mengangkat tangan anda untuk bertanya soalan kepada cikgu dan perlu menunggu lama untuk cikgu beri perhatian kepada anda. Pasti anda berasa lenguh di bahagian bahu.

Memegang kertas dengan betul dapat memudahkan anak untuk memanipulasi kertas tersebut. Terutamanya apabila mereka sudah melepasi tahap garisan lurus dan perlu menggunting zig zag, ombak, segi tiga dan bentuk kompleks yang lain.
Kemahiran menggunting sesungguhnya memerlukan penguasaan kemahiran asas yang lain seperti koordinasi motor tangan, kemahiran manipulatif, daya tumpuan, ‘motor planning’, kemahiran ‘bilateral integration’ dan lain-lain.

Satu perkara yang suka saya ulang dan ulang banyak kali ialah kemahiran memerlukan latihan dan pengulangan. Yang namanya skill dan kemahiran ini semuanya pun perlukan latihan dan pengulangan. Letih, kecewa anak masih tak mahir lagi perkara biasa. Teruskan memberi ruang untuk anak berlatih.

Selamat berusaha yang terbaik untuk anak kita. Terutamanya saya yang menulis ini.
“You might have to fight for the battle more than once to win it” – Margaret Thatcher
Menarik: Makan Banyak Tapi Kurus, Menggesir Gigi Waktu Tidur, Anak Mungkin Ada Masalah Cacing!

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Risau Sangat Nak Bagi Anak Pegang Gunting, Biar Saja, Lama-Lama Anak Pandai! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/risau-sangat-nak-bagi-anak-pegang-gunting-biar-saja-lama-lama-anak-pandai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Anak Umur 1 2 Tahun Nak Tahu On Track Ke Tak Panduan Ini Sangat Membantu

Ada Anak Umur 1 2 Tahun Nak Tahu On Track Ke Tak Panduan Ini Sangat Membantu

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 288 hits
Pasti ramai ibu bapa yang merasai betapa cepatnya masa berlalu Tahu tahu anak dah boleh meniarap merangkak dan berjalan Oleh itu penting untuk ibu bapa melihat perkembangan seiring dengan usianya Dalam usia setahun pertama anak adalah fasa ...
Elak Bertanya Soalan Bermula Kenapa Cara Ni Lama Lama Buat Anak Pandai Menipu

Elak Bertanya Soalan Bermula Kenapa Cara Ni Lama Lama Buat Anak Pandai Menipu

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 248 hits
Perasan tak setiap kali anak buat kesalahan laju je perkataan KENAPA keluar dari mulut ibu ayah Rata rata ibu bapa mengambil pendekatan bertanya sebegitu dengan tujuan untuk selidik dan nak tahu punca Sebenarnya cara ibu bapa selama ini sal...
Hulur Buku Pensil Kertas Nak Anak Pandai Memang Pandai Tapi Akhirnya Ini Yang Terjadi

Hulur Buku Pensil Kertas Nak Anak Pandai Memang Pandai Tapi Akhirnya Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 322 hits
Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak anak mereka Kalau boleh seawal 1 tahun dah boleh sebut banyak perkataan Itulah satu pencapaian yang kita banggakan Yelah anak kita pandai lebih dari usianya Namun dalam tak sedar jika kita terlalu ...
Itu Nyawa Orang Bukan Anak Ayam Dianggap Tidak Pandai Bergurau Naim Daniel Kesal Angka Kes Nak Capai 10 000 Sehari

Itu Nyawa Orang Bukan Anak Ayam Dianggap Tidak Pandai Bergurau Naim Daniel Kesal Angka Kes Nak Capai 10 000 Sehari

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 802 hits
Penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel meluahkan rasa kesal apabila wujud segelintir netizen yang seolah olah mempermainkan bilangan kes harian COVID 19 yang semakin meningkat dan menganggapnya sebagai jenaka sehingga tular di media sosial U...
Banyak Betul Anak Najib Nak Bayar Cukai 13 Juta Kaya Anak Beranak Mana Dapat Duit

Banyak Betul Anak Najib Nak Bayar Cukai 13 Juta Kaya Anak Beranak Mana Dapat Duit

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 199 hits
Anak Najib setuju bayar cukai lebih RM13 juta kepada LHDN May 31 2021 Pada 24 Julai 2019 LHDN melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar Najib menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13 159 821 94 bagi tahun...
Nak Anak Baik Akhlaknya Tunjukkan Kita Hargai Ibunya Confirm Anak Ikut

Nak Anak Baik Akhlaknya Tunjukkan Kita Hargai Ibunya Confirm Anak Ikut

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 333 hits
Apa yang kita tunjukkan pada anak itulah yang anak ikut Yang baik kita tunjukkan baiklah yang diikuti anak anak kecil kita Ya kita sememangnya role model terbesar untuk anak anak kita contohi Maka tunjukkanlah kasih sayang kita pada mereka ...
Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 328 hits
Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi Setiap hari bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula Jika terlebih garam dalam badan bayi ia boleh m...
Ibu Tak Kuat Tengok Iman Menangis Anak Di Pusat Kuarantin Tiap Kali Call Nak Balik

Ibu Tak Kuat Tengok Iman Menangis Anak Di Pusat Kuarantin Tiap Kali Call Nak Balik

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 417 hits
Jangkitan Covid 19 nampaknya masih menunjukkan angka yang tinggi dan sejak kebelakangan ini virus tersebut mula aktif menyerang ibu mengandung dan kanak kanak Jika sebelum ini golongan warga emas lebih mudah terdedah tetapi keadaan terkini ...
Good Idea Nak Tiru Tak Bagi Anak Bergerak Idea Kreatif Issey Jaga Anak Bersunat Dipuji

Good Idea Nak Tiru Tak Bagi Anak Bergerak Idea Kreatif Issey Jaga Anak Bersunat Dipuji

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 395 hits
Ragam anak berkhatan sememangnya menghiburkan Ada yang begitu tenang dan berani tidak terkecuali juga yang penuh aksi drama sebelum selesai waktu berkhatan Semuanya satu kenangan manis sementara anak hendak membesar Penyampai radio Issey ti...
Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Christmas From The Manger To The Margins

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans