Semua Sekolah Dan Institusi Pengajian Di Kuching Ditutup 2 Minggu


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di daerah Kuching, Sarawak.
Daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selaras dengan perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di daerah Kuching, Sarawak akan ditutup bermula 30 Oktober 2020 sehingga 13
November 2020. Ini melibatkan sebanyak 209 institusi pendidikan di seluruh daerah Kuching.
Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi
serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah Kuching dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah/institusi.
Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan
akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media
sosial rasmi KPM.
Sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai asrama juga ditutup.
Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di
asrama tersebut untuk pulang.
Walau bagaimanapun, murid atau pelajar
yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal
berada di asrama sekolah atau institusi pendidikan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
Keperluan makan dan minum murid atau pelajar sepanjang tempoh tersebut akan
disediakan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan.
Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.
Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta
sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.
Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah dan institusi pendidikan akan dibuat dari semasa ke semasa.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
28 OKTOBER 2020
Semua sekolah di zon merah ditutup

The post Semua sekolah dan institusi pengajian di Kuching ditutup 2 minggu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/28/semua-sekolah-dan-institusi-pengajian-di-kuching-ditutup-2-minggu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
177 Sekolah Di Seremban Ditutup 2 Minggu Mulai Esok

177 Sekolah Di Seremban Ditutup 2 Minggu Mulai Esok

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 410 hits
Kementerian Pendidikan mengumumkan 177 sekolah dan institusi pendidikan di Seremban ditutup mulai esok sehingga 9 Nov ini selepas daerah itu diisytiharkan zon merah Covid 19 Sebuah daerah akan dikategorikan zon merah apabila mencatatkan leb...
Covid 19 Sekolah Kebangsaan Lekir Ditutup

Covid 19 Sekolah Kebangsaan Lekir Ditutup

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 316 hits
IPOH Sekolah Kebangsaan Lekir Batu 8 di Sitiawan ditutup selama seminggu bermula hari ini susulan terdapat kes jangkitan COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pembangunan Modal Insan NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria berkat...
Semua Pawagam Di Malaysia Akan Ditutup Buat Sementara Pada November Ini

Semua Pawagam Di Malaysia Akan Ditutup Buat Sementara Pada November Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 284 hits
Pengusaha pawagam di Malaysia Persatuan Pameran Filem Malaysia telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi di semua pawagam mereka di seluruh negara Tindakan ini akan dilakukan pada bulan November sehingga diberitahu kelak ...
Institusi Pendidikan Di Selangor Kl Dan Putrajaya Ditutup Sehingga 9 Nov Kpm

Institusi Pendidikan Di Selangor Kl Dan Putrajaya Ditutup Sehingga 9 Nov Kpm

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Penutupan semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan di Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov ini KPM menerusi satu kenyataan hari in...
Covid 19 Dua Sekolah Di Kedah Ditutup

Covid 19 Dua Sekolah Di Kedah Ditutup

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 319 hits
ALOR SETAR Dua buah sekolah di negeri ini ditutup selama seminggu bermula hari ini berikutan terdapat kes positif Covid 19 melibatkan pelajarnya Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman berka...
Semua Sa Di Jb Kulai Kota Tinggi Ditutup

Semua Sa Di Jb Kulai Kota Tinggi Ditutup

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 278 hits
SEMUA SA DI JB KULAI KOTA TINGGI DITUTUP JOHOR BAHRU 311020 Semua sekolah agama di bawah kerajaan negeri ditutup selama 14 hari ekoran pandemik COVID 19 Keputusan itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Tosrin Ja...
Satu Lagi Sekolah Di Perak Ditutup Kerana Covid 19

Satu Lagi Sekolah Di Perak Ditutup Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 428 hits
PARIT BUNTAR Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid di Tanjung Piandang Parit Buntar ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat kes jangkitan wabak Covid 19 di situ Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed ...
Sk Paya Keladi Ditutup Selama Seminggu Ekoran Covid 19

Sk Paya Keladi Ditutup Selama Seminggu Ekoran Covid 19

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 225 hits
GEORGETOWN Sekolah Kebangsaan Paya Keladi Kepala Batas dekat sini diarahkan ditutup selama seminggu bermula hari ini setelah kes positif Covid 19 dilaporkan di sekolah berkenaan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Abdul Rashid Abdul Samad be...
2 Kawasan Di Selangor 1 Di Kuching Dikenakan Pkpd

2 Kawasan Di Selangor 1 Di Kuching Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 326 hits
DUA kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat selama dua minggu kata Ismail Sabri Yaakob Menteri kanan itu berkata flat Sungai Emas di Kuala Langat dan Plaza Hentian Kaja...
Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama

2 Skim Perkhidmatan Tentera Gred Z Sspa Tahun 2024

Barasuara Terbuang Dalam Waktu Chord

Meerqeen Nafi Bercinta Dengan Qasrina Karim

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Calls For Reforms Must Be Sincere And Not For Political Mileage Hafiz Hassan

Showpiece To The Street 5 Custom Motorcycles From Our Classifieds


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zahid Sindir Pn Dakwa Ada Rekod Baik Tadbir Negara Tak Boleh Halang Orang Berangan

Hang Jaga Negara 24 Tahun Dah Duduk Diam Diam Kalau Ada Rm1 Bilion Bagi Baliklah Kata Kata Pmx Untuk Tun M

Pemuda Pas Cabut Gear Undur Dari Presiden

The Part Of Me I Lost

Menampilkan Halaman Html Dari File Terpisah Di Esp8266 Esp32

Pas Youth Unaware Of Muhyiddin S Meeting With Other Opposition Parties