Hiburan Pihak Yang Kejar Harta Bukan Isteri Arwah Sebaliknya Plaintif Hakim
Semalam, balu arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Siti Nor Hidayah Mohd Ali telah memenangi kes saman fitnah yang difailkan adik iparnya, Ali Puteh.
Pelawak itu akui akur dengan keputusan itu bagaimanapun memaklumkan bakal membuat rayuan di Mahkamah Tinggi bagi membetulkan beberapa fakta yang kurang tepat.
AdvertisementHakim Zulqarnain Hassan ketika membaca keputusan penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harga bukanlah defendan sebaliknya plaintif-plaintif.
Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif.”
Dalam kes itu, ibu arwah Abam, Allahyarham Sabariah Arshad; bapa, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan; kakak, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan dan Ali Puteh dinamakan masing-masing plaintif pertama hingga keempat.
Katanya, ia jelas pada hari kedua Abam meninggal dunia, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Redzuan, serta ahli keluarganya adalah pihak yang mengajak Hidayah untuk berbincang tentang harta arwah.
Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.”
Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk harungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil.
View this post on InstagramA post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)
Mahkamah berpuas hati persekitaran dan keadaan pada masa berkenaan amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham dan dia berada dalam keadaan tertekan.
AdvertisementHantaran dibuat oleh Ali Puteh di Instagram terhadap Hidayah pada Februari 2020 di mana dia menggunakan perkataan ‘binatang’, disifatkan amat keras, melampau, menjatuhkan maruah dan mengaibkan.
Ali Puteh diperintahkan untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan itu di Instagram, dua tahun lalu.
23 jam lalu2 Tahun 'Bergelut', Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60KThe post “Pihak Yang Kejar Harta Bukan Isteri Arwah Sebaliknya Plaintif” – Hakim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/02/hiburan-pihak-yang-kejar-harta-bukan.html