Semua Permintaan Saya Ditolak Lembaga Disiplin Umno Bimbang Apa Soal Tun Faisal


FMT Reporters
-February 27, 2021
Timbalan Ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata, beliau tidak faham akan kebimbangan lembaga disiplin parti itu selepas menolak permohonannya baru-baru ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan kebimbangan lembaga disiplin parti itu yang menolak tiga permintaannya sebelum beliau dihadapkan ke tribunal Umno pada 1 Mac ini.

Faisal yang juga setiausaha akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, penolakan itu merupakan “missed opportunity” untuk menunjukkan lembaga disiplin parti itu telus, benar-benar terbuka dan mahu mencari kebenaran.

“Tiga permintaan ini saya buat selepas sekretariat Lembaga Disiplin menghubungi saya dan memaklumkan mereka mahu memberi seluas-luas ruang kepada saya untuk membela diri.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi kebimbangan dan ketakutan kepada pihak Lembaga Disiplin Umno apabila tidak menunaikan permintaan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 19 Feb lalu, media melaporkan Faisal menerima surat tunjuk sebab dan bakal dihadapkan ke tribunal Lembaga Disiplin Umno yang dijadualkan pada 25 Februari lalu.

Antara kandungan surat itu, beliau diminta memberi penjelasan mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berikutan tindakannya mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.

Susulan itu, Faisal berkata, beliau berharap lembaga itu menunaikan tiga permintaannya sebelum dihadapkan ke tribunal pada 1 Mac ini.

Permintaan itu, antara lain meminta nama anggota tribunal termasuk pengerusi dan anggota yang bakal mengadili kes beliau, didedahkan.

Beliau turut meminta nama pengadu atau nama Umno Bahagian yang membuat aduan terhadap beliau didedahkan serta butiran aduan asal dan peraturan-peratuan yang didakwa telah dilanggar beliau.

Selain itu, beliau meminta Lembaga Disiplin Umno membenarkannya membawa dua pengamal undang-undang untuk hadir bersama sebagai pemerhati dan pihak yang boleh menasihati pada hari berkenaan.

Faisal berkata, sebagai langkah persiapan beliau sudah berbincang dengan beberapa pengamal undang-undang dan pemimpin veteran parti.

Dalam pada itu, Faisal berkata, jika ketiga-tiga permintaan tersebut dipenuhi sudah tentu tanggapan terhadap lembaga disiplin parti itu akan menjadi lebih positif.

“Tidakkah Lembaga Disiplin Umno dan parti itu sendiri akan dilihat amat komited untuk berlaku adil dan bersikap telus?

“Apapun saya telah membuat permohonan sekali lagi kepada Zulhasnan Rafique.

“Semoga Zulhasnan boleh mempertimbangkan semula permintaan saya agar ahli dan rakyat berasa yakin dengan ketelusan dan keadilan Lembaga Disiplin,” katanya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/semua-permintaan-saya-ditolak-lembaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lembaga Disiplin Umno Arah Tun Faisal Hantar Surat Tunjuk Sebab

Lembaga Disiplin Umno Arah Tun Faisal Hantar Surat Tunjuk Sebab

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 352 hits
tuncarlos comPUTRAJAYA Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz diminta mengemukakan surat tunjuk sebab serta diarahkan hadir ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO Ini ekoran tindakannya yang membuat kenyataan terbuka menen...
Tun Faisal Akan Jawab Dan Berdepan Lembaga Disiplin

Tun Faisal Akan Jawab Dan Berdepan Lembaga Disiplin

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 278 hits
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau akan menulis surat jawapan dan akan berhadapan dengan Lembaga Disiplin parti seperti yang diarahkan Insya Allah saya tetap akan berpegang kepada prinsip dan istiqo...
Lantang Hentam Presiden Umno Akhirnya Sua Menteri Wilayah Dipanggil Lembaga Disiplin

Lantang Hentam Presiden Umno Akhirnya Sua Menteri Wilayah Dipanggil Lembaga Disiplin

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 241 hits
PUTRAJAYA Gara gara mengeluarkan kenyataan mengkritik secara terbuka presiden parti Timbalan Ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz menerima surat tunjuk sebab dan bakal dihadapkan ke Tribunal Lembaga Disiplin Umno pada 25 Feb ini Fais...
Panas Umno Akan Bertanding Semua Kerusi Di Terengganu Termasuk Kerusi Pas

Panas Umno Akan Bertanding Semua Kerusi Di Terengganu Termasuk Kerusi Pas

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 607 hits
February 19 2021 Umno Terengganu yakin parti itu dapat merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS jika mereka bertanding di semua kerusi DUN serta parlimen pada pilihan raya umum akan datang Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkat...
Parti Mana Yang Asyik Berpolitik Ketika Covid 19 Soal Veteran Umno

Parti Mana Yang Asyik Berpolitik Ketika Covid 19 Soal Veteran Umno

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 327 hits
February 28 2021 Shahrir Samad berkata berpolitik paling kencang ialah apabila Ahli Parlimen mengetepikan mandat parti dan pengundi PETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad membidas Perikatan Nasional yang menggesa ahli politik berhenti ber...
Bersatu Di Tempat Duduk Pemandu Umno Sebagai Abang Besar Bimbang

Bersatu Di Tempat Duduk Pemandu Umno Sebagai Abang Besar Bimbang

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 278 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSebarang kerjasama yang mungkin dilakukan antara Bersatu dan Umno hanya akan menguntungkan sebelah pihak sahaja kata pemerhati politik Kim Quek Beliau berkata tidak mungkin kerjasama itu akan bertahan apatah lagi berja...
Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 305 hits
February 15 2021 Assalamualaikum WBTSaya terpanggil untuk respon atas kenyataan akhbar Menteri Besar Perak yang bertajuk Umno Perak tak kompromi Jelas disini pengambilalihan pentadbiran negeri berdasarkan motif politik tertentu setelah berk...
Saya Boleh Kembali Kepada Umno Tun Mahathir

Saya Boleh Kembali Kepada Umno Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 365 hits
On Feb 17 2021 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO Begitupun ia hanyalah sekiranya UMNO kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa negara dan agama Saya boleh kem...
Masa Dia Jadi Pembangkang Semua Dia Tak Betul Dia Jadi Pemerintah Pun Dia Tak Buat Apa Apa Kemudian Dia Soal Akai Ada

Masa Dia Jadi Pembangkang Semua Dia Tak Betul Dia Jadi Pemerintah Pun Dia Tak Buat Apa Apa Kemudian Dia Soal Akai Ada

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 267 hits
Aplikasi Sugarbook Malaysia ke arah Negara Liberal soal PASFebruary 15 2021 Ini artikel yang disiarkan pada 19 Disember 2019 di laman HarakahdailyPAS menyelar tindakan membenarkan aplikasi Sugarbook serta iklan yang tidak bermoral yang tula...
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli

Budi 95 Lesen Sg Subsidi Ron95 Untuk Pemegang Lesen Singapura

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Ibu Anak Dipercayai Dibunuh Dalam Keadaan Mengerikan

Masters Of The World 2025 Lelaki Sejati Rai Daya Tahan Kepimpinan Nilai Diri

Bateri Dibawa Dalam Kabin Tiba Tiba Terbakar Penerbangan Terpaksa Dilencongkan

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren