Semua Ini Hanya Memberi Gambaran Buruk Kepada Jabatan Peguam Negara Kata Bekas Ag


 
Seorang bekas peguam negara berkata, siasatan lanjut yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes jenayah Ahmad Zahid Hamidi memberikan gambaran buruk pada peguam negara semasa, Idrus Harun.
Abu Talib Othman berkata, pihak pendakwaan telah pun membuktikan kesnya terhadap Zahid tahun lepas selepas presiden Umno itu diperintahkan membela diri atas semua tuduhan yang dihadapinya.
“Kes prima facie wujud kerana pihak pendakwaan telah membuktikan unsur dalam semua tuduhan,” katanya.
“Apa lagi yang perlu disiasat lebih lanjut? Melainkan ada sebab lain yang hanya boleh menjadi spekulasi. Pada pandangan saya, ini memberikan gambaran buruk pada peguam negara semasa.”
Abu Talib, yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993, berkata demikian selepas perbicaraan Zahid ditangguhkan berikutan representasi yang dibuat oleh pihak pembelaan awal tahun ini.
Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah pada Isnin bahawa representasi itu hanya boleh disemak oleh peguam negara selepas SPRM menyelesaikan siasatan.
Peguam Zahid telah menghantar dua set representasi kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan; yang pertama pada Januari, diikuti satu lagi pada Februari.
Malik berkata, representasi itu setebal kira-kira 200 muka surat dan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menelitinya kerana ia membangkitkan isu yang rumit.
Sequerah membenarkan perbicaraan ditangguhkan selepas Malik berkata beliau diarahkan oleh Idrus supaya tidak membantah permintaan itu.
Abu Talib berkata, unsur representasi bukanlah alasan yang baik untuk menangguhkan kes kerana keadilan dalam perbicaraan jenayah adalah untuk kedua-dua tertuduh dan orang awam.
“Menurut Perlembagaan Persekutuan, peguam negara mempunyai budi bicara mutlak untuk menarik balik kes itu, (jika gagal) beliau harus meneruskan (perbicaraan) kerana semua keterangan telah dikemukakan di mahkamah apabila pembelaan dipanggil,” katanya.
Beliau juga berkata, pentadbiran keadilan sewajarnya tidak harus dihalang oleh penangguhan.
Sementara itu, peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar berkata, Zahid hanya perlu menyanggah dan menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan untuk mendapatkan pembebasan.
“Sebarang siasatan lanjut oleh SPRM selepas pembelaan dipanggil tidak bermakna,” katanya.
Tambahnya, Idrus, sebagai penjaga kepentingan awam, mesti bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih apabila menjalankan tugasnya.
Perbicaraan ditetapkan sementara untuk disambung semula pada 1 hingga 3 Ogos, 7 hingga 10 Ogos, dan antara 21 dan 24 Ogos.
Pendengaran lanjut juga ditetapkan pada September hingga Disember.
Pada 2 Nov tahun lepas, hakim menangguhkan kes kepada 16 Jan sementara menunggu keputusan rayuan Zahid kepada Mahkamah Rayuan berhubung permohonannya mendapatkan keterangan saksi yang dirakam oleh SPRM.
Bagaimanapun, Zahid tidak meneruskan rayuan itu.
Tidak dimaklumkan di mahkamah terbuka mengapa perbicaraan yang dijadualkan pada 16 Jan itu ditangguhkan.
Pihak pembelaan telah memanggil enam saksi setakat ini.
Zahid didakwa atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.
Dua belas daripada tuduhan itu berkait pecah amanah, manakala lapan untuk rasuah dan baki 27 lagi membabitkan pengubahan wang haram.
Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/semua-ini-hanya-memberi-gambaran-buruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Rahsia Pantang Larang Melayu Hanya Yang Pro Je Betul Semua Cubalah

Hiburan Rahsia Pantang Larang Melayu Hanya Yang Pro Je Betul Semua Cubalah

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 253 hits
Dalam kehidupan seharian mesti kita pernah dengar tentang pantang larang kan Tak boleh buat sesuatu risaukan terjadi yang apa apa Kalau tak dari ibu bapa kita akan diberitahu mengenai pantang larang ini oleh orang yang lebih tua macam pakci...
Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 318 hits
Timbalan presiden Umno memberi amaran kepada parti itu agar tidak bertindak seolah olah ia masih memerintah negara ini Keberadaan Umno di dalam kerajaan hanyalah seperti menumpang kasih dan sekiranya parti itu menarik sokongan ia tidak akan...
Beku Akaun Bersatu Tidak Boleh Dicabar Melalui Semakan Kehakiman Kata Peguam

Beku Akaun Bersatu Tidak Boleh Dicabar Melalui Semakan Kehakiman Kata Peguam

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 338 hits
PEGUAM Negara membantah permohonan parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol...
Najib Dah Guna Semua Saluran Untuk Merayu Kata Pendakwa

Najib Dah Guna Semua Saluran Untuk Merayu Kata Pendakwa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 335 hits
freemalaysiatoday com 31 Mar 2023 1 05pmPendakwa Raya Ad Hoc V Sithambaram berharap keputusan mahkamah tertinggi akan menutup kes SRC International V Sithambaram berkata keputusan Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa pertuduhan terhadap ...
Bekas Ratu Cantik Negara Dedah Perkara Gila Di Pusat Pemulihan

Bekas Ratu Cantik Negara Dedah Perkara Gila Di Pusat Pemulihan

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 565 hits
Bekas ratu cantik negara Nor Shakila Mohammad Saiful Islam tampil mendedahkan pengalaman dirinya dikurung secara salah dan didera ketika mengikuti pusat pemulihan berdaftar di Hulu Langat pada 2021 xBerita berkaitan Bekas ratu cantik dedah ...
Pm Kata Beri Peluang Semua Orang Ada Bad Record

Pm Kata Beri Peluang Semua Orang Ada Bad Record

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 224 hits
Hadi Dan Zahid tentu boleh faham Dengan mudah mereka Ada rekod hitam Masa lalu Dan akan Datang Begitulah juga Dengan Waytha Moorty Tun memberi contoh dirinya sendiri Yang dianggap musuh paling ketat Anwar DAP tetapi akhirnya bersedia meneri...
Tular Ibu Neelofa Kongsi Amalan Bismillah 787 Kali Ustaz Kata Bidaah Ia Hanya Direka Tiada Dalam Kitab Hadis

Tular Ibu Neelofa Kongsi Amalan Bismillah 787 Kali Ustaz Kata Bidaah Ia Hanya Direka Tiada Dalam Kitab Hadis

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 497 hits
Baru baru ini perkongsian daripada ibu selebriti Neelofa Noor Kartini meraih perhatian ramai selepas ia dimuat naik di media sosial
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi