Bekas Ratu Cantik Negara Dedah Perkara Gila Di Pusat Pemulihan
Bekas ratu cantik negara, Nor Shakila Mohammad Saiful Islam tampil mendedahkan pengalaman dirinya dikurung secara salah dan didera ketika mengikuti pusat pemulihan berdaftar di Hulu Langat pada 2021.x
Berita berkaitan: Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan rekrut penghuni berjihadNor Shakila, 27, adalah mangsa terbaharu mengalami pengalaman sama seperti beberapa mangsa lain yang mendakwa turut dikurung dan didera di pusat sama cawangan berlainan, yang dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum ini
Bercerita lanjut, Nor Shakila mendakwa pusat pemulihan berkenaan ibarat neraka, lebih teruk berbanding penjara kerana bukan sahaja didera tetapi dikurung di ruang sempit bersama 20 perempuan lain
“Saya dimasukkan ke tempat itu pada 2021, sebab gangguan mistik (histeria).
“Presiden pusat itu pada awalnya menuntut ibu bapa saya menandatangani surat aku janji, yang mana mengikut perjanjian jika sakit atau kematian tidak menjadi tanggungjawab pusat berkenaan dan dua tahun penghuni tidak dapat pulang untuk bersama keluarga.
“Ibu bapa saya terkejut dengan syarat berkenaan dan meminta masa untuk memikirkan sebelum tanda tangan, malah disuruh untuk membuat laporan polis memaklumkan kerelaan meletakkan saya di pusat itu dan dibenarkan untuk diperlakukan apa-apa sepanjang tempoh penempatan.
“Hari pertama dikurung saya sudah kena teruk, benjol di kepala, mata biru lebam. Saya tidur cara duduk di bilik kurungan itu untuk dua minggu.
“Saya juga pernah dirotan, oleh presiden pusat pemulihan berkenaan dengan tiga batang kayu buluh yang diikat bersama di bahagian lengan sehingga kulit terbelah dua, selain saya dihempas kepala ke dinding dan lantai.“Dalam keadaan sakit presiden itu tidak hantar saya ke klinik, ubat pun tak diberi, telefon bimbit saya diambilnya sepanjang saya dikurung dan segala luka hanya dibiarkan sahaja sehinggalah saat bertemu ibu bapa saya.
“Saya dikurung selama 40 hari,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI.
Nor Shakila menceritakan ketika hari pertama dia dimasukkan ke dalam bilik kurungan berkunci seperti penjara, tiada siapa menjelaskan kenapa dirinya dikurung
“Dalam keadaan keliru dan tertekan, saya dikurung, dikunci dalam satu bilik macam banduan, tanpa diberitahu apa alasan saya berada di situ.
“Kalau ikutkan pengalaman suami yang pernah masuk penjara, warden akan maklumkan kesalahannya, dan mereka tidak didera atau dipukul sepertimana layanan pusat pemulihan ini, ” katanya.
Bekas model dan aktres itu mendakwa, sepanjang berada pusat berkenaan pihak pusat juga tidak pernah melaporkan atau menghantar sebarang gambar mengenai kesihatannya kepada ibu bapa
Berkat doa ibu, Saniah Abdullah, seorang surirumah yang tidak henti berdoa akhirnya Nor Shakila berjaya keluar daripada tempat itu pada hari ke 40
“Mulanya mereka menyoal, presiden juga bertanya dalam keadaan tidak beradab, kaki dilunjur lurus di atas meja, kenapa saya kena keluar.
“Ibu bapa saya memberitahu pusat berkenaan bahawa saya hendak melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
“Mujur juga ibu ayah saya tidak tanda tangan surat aku janji, menguatkan lagi alasan untuk keluar,” katanya.Nor Shakila adalah pemegang gelaran Miss Lumiere International World Borneo 2021, Miss India Worldwide Malaysia 2018 (Miss Beautiful Skin), Miss Malaysia Kebaya 2017/2018, Ratu Kebaya 2017, Ratu Cheongsam 2017 dan Miss Petite Malaysia World 2016 di tempat ketiga yang juga memegang kategori Miss Popularity
MEDIA VARIASI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2023/04/bekas-ratu-cantik-negara-dedah-perkara.html