Semua Ahli Politik Wajar Patuh Titah Sultan Ibrahim


Oleh Nor Azizah Mokhtar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan bertitah dan Merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, semalam. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli politik perlu menjadikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sebagai pedoman dan sedar tanggungjawab dipikul sebagai wakil rakyat.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharudin Omar, berkata titah baginda yang tidak teragak-agak untuk membubarkan DUN Johor jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan sekarang, perlu dipandang serius semua pihak.
"Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara ketika ini, soal paling penting memikirkan tentang kebajikan rakyat serta kedudukan ekonomi dan bukannya membuat percaturan politik, bagi mengambil alih kuasa sebagai kerajaan.
"Kerajaan yang sah ketika ini perlu diberi ruang untuk meneruskan usaha menangani masalah COVID-19 tanpa ada cubaan bagi menjatuhkan atau mengambil alih kuasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ahli politik pembangkang juga perlu bekerjasama menyumbang idea dan mencari titik persamaan bagi mendahulukan kepentingan negara.
"Ini kerana titah Sultan Ibrahim itu pandangan tegas dan mungkin juga pandangan majoriti Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing.
"Ahli-ahli politik diingatkan supaya menyahut seruan baginda agar berhenti berebut kuasa kerana polemik yang berterusan hanya merugikan rakyat dan negara," katanya.
Sultan Ibrahim ketika merasmikan pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14, semalam mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu tidak menjadikan Persidangan DUN sebagai medan perbalahan politik dan perebutan kuasa.
Dalam titahnya, baginda turut mengingatkan baginda tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah hingga mengganggu gugat negeri dan kerajaannya.
"Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan DUN Johor. Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri bukannya kepentingan rakyat.
"Apabila keadaan COVID-19 terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu. Selepas ini, pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk masyarakat," titah baginda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/semua-ahli-politik-wajar-patuh-titah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Politik Wajar Ambil Berat Titah Raja Raja Melayu

Pemimpin Politik Wajar Ambil Berat Titah Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 296 hits
Oleh IPTI meminta semua pihak khususnya pemimpin politik supaya menumpukan seluruh tenaga kepada usaha mengurus ketidakseimbangan sosioekonomi masyarakat ketika penularan COVID 19 semakin membimbangkan Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Institut Pem...
Anwar Agong Titah Bersatu Lawan Covid 19 Bina Politik Baru

Anwar Agong Titah Bersatu Lawan Covid 19 Bina Politik Baru

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 530 hits
malaysiakini comDiterbitkan 17 Aug 2021 5 58 pmYang di Pertuan Agong telah menggesa ahli politik untuk bersatu bagi melawan Covid 19 dan menempa politik baru menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim Bercakap dengan pemberita selepas sesi menghada...
Sultan Selangor Titah Umat Islam Buang Sifat Negatif Di Media Sosial

Sultan Selangor Titah Umat Islam Buang Sifat Negatif Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 271 hits
Baginda nasihati contohi sifat terpuji junjungan besar Nabi Muhammad Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar umat Islam membuang sifat negatif dalam diri termasuklah hasad dengki dan fitnah memfitnah khususnya di media sosial Foto ihsan...
Sikap Ahli Politik Punca Jika Kerajaan Bertukar Sekalipun Situasi Tetap Sama Peguam

Sikap Ahli Politik Punca Jika Kerajaan Bertukar Sekalipun Situasi Tetap Sama Peguam

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 270 hits
Afiezy AzamanMenurut Peguam Bela dan Peguam Cara Yusfarizal Yusoff sekiranya berlaku pertukaran kerajaan tanpa Pilihan Raya Umum perkara yang sama juga kemungkinan berulang disebabkan tiada individu mahupun gabungan parti politik ada majori...
Lawak Bodoh Mb Kedah Dikecam Ahli Politik Dan Netizen

Lawak Bodoh Mb Kedah Dikecam Ahli Politik Dan Netizen

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 494 hits
Kontena cukup nak masuk beri nama gurau MB Kedah dikecam ahli politik netizenFMT ReportersMuhammad Sanusi Md Nor tidak lekang daripada mencetuskan kontroversi PETALING JAYA Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menjadi sasa...
Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut Mp Pn Melanggari Titah Ydp Agong

Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut Mp Pn Melanggari Titah Ydp Agong

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 275 hits
Kenyataan Media Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut MP PN Melanggari Titah YDP Agong 1 Saya meneliti surat pemakluman memilih calon PM dari Speaker Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen Saya dapati surat tersebut adalah merupakan arahan dari ...
Tawaran Mega Sales Muhyiddin Ditolak Semua Parti Politik

Tawaran Mega Sales Muhyiddin Ditolak Semua Parti Politik

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 327 hits
Tawaran Mega Sales Muhyiddin ditolak semua parti politik Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin terpaksa mengangkat bendera putih sekiranya gagal untuk mencari sekurang kurangnya 11 ahli Parlimen bersama merek...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Karakter Muslim Selalu Menebar Manfaat Dan Memberi Dampak Positif

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Malam Perpisahan Guru Di Hotel Juta Penghargaan Buat Cikgu Masrinah

Bajet Bulanan Mak Tip Jimat Bijak Untuk Mak Anak Ramai

Monolog Jiwa Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang

Hiburan Budak Sekolah Sekarang Perangai Macam Monyet Beruk Ungka Che Ta Pertimbang Home School Aaisya Dhia Rana