Anwar Agong Titah Bersatu Lawan Covid 19 Bina Politik Baru


malaysiakini.com
Diterbitkan 17 Aug 2021, 5:58 pm

Yang di-Pertuan Agong telah menggesa ahli politik untuk bersatu bagi melawan Covid-19 dan menempa "politik baru", menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bercakap dengan pemberita selepas sesi menghadap pemimpin parti politik dengan Agong hari ini, Anwar berkata semua yang hadir turut mencapai konsensus untuk menghentikan "politik lama".

"Agong memulakan titah dengan kata-kata nasihat, peringatan bahawa negara dalam kemelut politik dan perlembagaan, dan harus bersatu untuk hadapi Covid-19 dan (memulihkan) ekonomi.

"Agong juga menyebut (peruntukan) perlembagaan (berkenaan) calon (perdana menteri) yang ada sokongan majoriti ahli parlimen, tapi bentuk politik kena berubah," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pihak yang "menang" tidak boleh bertindak menekan "pihak kalah" seperti sebelum ini.

Selain Anwar, turut menghadap Agong hari ini adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, dan wakil daripada GPS dan Warisan.

Turut serta adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sesi menghadap hari ini susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri setelah hilang sokongan majoriti.
Menurut Anwar lagi, semua yang hadir perlu mencapai konsensus untuk menghentikan politik lama yang "melelahkan dan membosankan".

"Kita akan jurus semula ke arah membangunkan.

"Isu bukan saja (berkenaan) pelantikan perdana menteri baru, tapi lebih penting seperti yang ditekankan Agong dan timbalan Agong adalah untuk menggagaskan satu bentuk politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat," katanya lagi.

Antara yang hadir hari ini, hanya Anwar yang bercakap dengan pemberita.

Tidak jelas sama ada Agong menitahkan satu pembentukan kerajaan perpaduan atau tidak - tetapi tafsiran itu tercetus ekoran kenyataan Anwar.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran Facebook, berkata semua parti politik perlu berkompromi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Semoga semua parti politik dapat menerima baik titah dan saranan Agong agar berkompromi secara bersama membentuk kerajaan perpaduan demi menangani pandemik dan menguruskan kesejahteraan rakyat.

"Ini sekaligus dapat menurunkan suhu politik dalam negara," katanya.

Hari ini Agong menitahkan ahli Dewan Rakyat untuk membuat akuan bertulis dengan menamakan calon pilihan sebagai perdana menteri.

Mereka diberi masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakannya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/anwar-agong-titah-bersatu-lawan-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Nasihat Jangan Tindas Lawan Amalkan Politik Baru

Agong Nasihat Jangan Tindas Lawan Amalkan Politik Baru

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 294 hits
Pertemua ketua ketua parti politik utama negara dengan Yang di Pertuan Agong selesai pada pukul 4 00 petang tadi Kenderaan yang membawa pimpinan parti keluar melalui Pintu 2 Istana Negara kira kira pukul 4 10 Pengerusi Pakatan Harapan Datuk...
Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut Mp Pn Melanggari Titah Ydp Agong

Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut Mp Pn Melanggari Titah Ydp Agong

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 219 hits
Kenyataan Media Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut MP PN Melanggari Titah YDP Agong 1 Saya meneliti surat pemakluman memilih calon PM dari Speaker Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen Saya dapati surat tersebut adalah merupakan arahan dari ...
Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 220 hits
MALAYSIA NOW Agong berkata ia termasuk program vaksinasi kebangsaan dan usaha mencapai imuniti kelompok dalam negara Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari dengan berlatar belakang bendera Malaysia di Pusat Perubatan...
Pemerintah Tegaskan Semua Vaksin Efektif Lawan Varian Baru Covid 19

Pemerintah Tegaskan Semua Vaksin Efektif Lawan Varian Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 248 hits
Hingga saat ini sudah ada lima merek vaksin yang tersedia untuk program vaksinasi di Indonesia yaitu CoronaVac Vaksin Covid 19 Astrazeneca Moderna dan Sinopharm
Setelah Sah Tiada Keabsahan Agong Kini Dipohon Beri Titah Baru Kepada Mahiaddin

Setelah Sah Tiada Keabsahan Agong Kini Dipohon Beri Titah Baru Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 259 hits
Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri yang tiada sokongan majoriti kini bukanlah suatu rahsia lagi Sidang media tanpa peduli SOP oleh Ismail Sabri Yaakob yang baru tidak sampai sebulan dibuai keseronokan diberi jawatan Timbal...
Jelang Hut Ri Kasatgas Ajak Masyarakat Bersatu Lawan Covid 19

Jelang Hut Ri Kasatgas Ajak Masyarakat Bersatu Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 255 hits
Sejarah mencatat masyarakat Indonesia pernah bersatu menghadapi masalah bangsa yakni melawan penjajah Usaha masyarakat tidak sia sia Indonesia akhirnya berhasil mencapai kemerdekaan dan mengusir penjajah dari Bumi Pertiwi
Bersatu Tiada Masa Depan Dalam Pru15 Penganalisis Politik

Bersatu Tiada Masa Depan Dalam Pru15 Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 215 hits
M Fakhrull HalimBaru sahaja tiga hari tumbang kerajaan Perikatan Nasional disebut sebut bakal kembali memegang tampuk kuasa tidak lama lagi Dengan nama Ismail Sabri Yaakob dari Umno menjadi buah mulut sebagai antara calon utama mengisi jawa...
Pergi Hospital Nak Bersalin Buat Swab Positif Covid Ibu Tak Sempat Peluk Bayi Baru Lahir

Pergi Hospital Nak Bersalin Buat Swab Positif Covid Ibu Tak Sempat Peluk Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 364 hits
Siapa sangka hasrat seorang ibu Izzati Najah Amran 26 untuk menatap wajah anak sulungnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia akibat jangkitan Covid 19 Izzati Najah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 58 petang kelmarin di Hospital ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas