Sempit Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amal Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat



Mungkin ada yang salah dalam hidupmu, ada yang kurang yang belum kamu lakukan, sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan dan akan melancarkan rezekimu? Hanya 7 kali dibaca setiap setelah solat tapi masih kamu tidak mampu melakukannya


“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu; dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu; bebanmu, Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami telah memasyhurkan sebutanmu. Maka sesungguhnya di setiap masalah pasti disertai jalan keluar, sesungguhnya di setiap masalah disertai jalan keluar, Kemudian apabila engkau bertekad, maka berusahalah, Dan kepada Tuhanmu saja hendaklah kamu menaruh harapan.”
Itulah surah Al-Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan

Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya

Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat

Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak

Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan


Kelebihan Membaca Surah Al-Insyirah
Ketika siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
Sembahyang sunat dua rakaat

Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya

Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t
Keutamaan Lainnya
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati

Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut

Wallahualam

Fadhilat Surah Al Insyirah Yang Teristimewa Untuk Semua Kaum IBU
Biasanya kita mendengar ayat ini dibacakan serta diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara, menjinakkan anak yang degil dan nakal dan turut menerangkan hati sesiapa sahaja untuk memudahkan menerima setiap pelajaran yang dipelajari

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGASIHANI
BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN BAGIMU: DADAMU (WAHAI MUHAMMAD SERTA MENGISINYA DENGAN IMAN DAN HIDAYAT PETUNJUK?)
DAN KAMI TELAH MERINGANKAN DARIPADAMU: BEBANMU (MENYIARKAN ISLAM);
YANG MEMBERATI TANGGUNGANMU, (DENGAN MEMBERIKAN BERBAGAI KEMUDAHAN DALAM MELAKSANAKANNYA)

DAN KAMI TELAH MENINGGIKAN BAGIMU: SEBUTAN NAMAMU (DENGAN MENGURNIAKAN PANGKAT NABI DAN BERBAGAI KEMULIAAN)

OLEH ITU, MAKA (TETAPKANLAH KEPERCAYAANMU) BAHAWA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN, BAHAWA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN

KEMUDIAN APABILA ENGKAU TELAH SELESAI (DARIPADA SESUATU AMAL SOLEH), MAKA BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH ENGKAU BERUSAHA (MENGERJAKAN AMAL SOLEH YANG LAIN), DAN KEPADA TUHANMU SAHAJA HENDAKLAH ENGKAU MEMOHON (APA YANG ENGKAU GEMAR DAN INGINI)

Rupa-rupanya sangatlah luas fadhilatnya, terutama kepada kaum ibu yang mudah penat dan letih kerana membuat berbagai jenis kerja rumah tanpa henti. Semakin usia meningkat, berbagai jenis penyakit yang akan hinggap dan biasanya adalah sakit di bahagian pinggang yang menyebabkan aktiviti harian terbantut kerana menanggung kesakitan

Jadi, sebagai cara untuk menghindari diri dari sakit pinggang atau untuk menyembuhkannya., dengan diiringi doa serta izin Allah SWT. Insha Allah, penyakit tersebut akan sembuh dengan serta merta jika dikehendaki-Nya

Caranya adalah dengan membaca ayat ketiga dari Surah Al Insyirah sambil menampung tanggan seperti berdoa dan ulanginya sebanyak tiga kali. Tiup pada tangan tadi dan tepuk pada pinggang dan punggung sambil berdoa kepada Allah SWT supaya dilindungi atau disembukan sakit pinggang yang dialami itu

Tapi mama tepuk semua bahagian, habis kepala lutut, buku lali, tapak kaki dan nak dikatakan seluruh badan mama tepukkan. Minta Allah SWT jauhkan sebarang penyakit yang akan melemahkan kesihatan badan

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT ringan rasa badan terutama ketika bangun pagi. Sebelum ini kalau nak bangun mama terpaksa buat kuda kuda dulu baru boleh bangun dengan berat badan sebegini, kusss semangat nak angkat badan

Manakala ayat ke 4 dari surah Al Insyirah pula, untuk menyerikan wajah para isteri apabila dipandang suami. Caranya dengan membaca ayat ke 4 sebanyak 7 kali, tiup pada tapak tangan dan sapu ke muka dengan doa kepada Allah SWT supaya suami pandang kita cantik jer tapi tak tanya hubby lawa ke muka mama ni, malu wehh. Jadi cukuplah dia sentiasa senyum dan beri kasih sayang
Wallahualam

Mama dapat info ini dari Tanyalah Ustaz TV9, masa itu Ustaz Muhammad Hanafiah Abdul Malek membentangkan isu tentang Wanita Dominan. Kat bawah ni adalah fadilat surah Al Insyirah yang mama dapat melalui copy and paste untuk dikongsi dan menjadi koleksi peribadi

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al Insyirah
Antaranya:
Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu

Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. Insya Allah hajatnya akan tercapai

Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit
Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insya Allah akan sembuh

Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT. Caranya: Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada

Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha

Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut :
“ALLAHUMMA ALLIF BAINA QULUBIHIM WA ASHLIH ZATA BAINIHIM”

SELEPAS ITU, DIHEMBUS KE DALAM AIR UNTUK DIBERI MINUM KEPADA ANAK-ANAK. BOLEH JUGA DIBACA DAN DIHEMBUS KE UBUN-UBUN ANAK ANDA PADA SETIAP MALAM

Surah ini jika dibaca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 kali setiap terbit matahari, insya Allah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib

Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut-turut, insya Allah akan kuat daya ingatannya

Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. Semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan

Sumber: http://bit.ly/35q4ua5

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/sempit-nak-kumpul-duit-untuk-kahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ikutkan Selepas Kahwin Saya Memang Nak Slow Down Raja Ilya

Kalau Ikutkan Selepas Kahwin Saya Memang Nak Slow Down Raja Ilya

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 648 hits
Siapa je tak kenal pelakon jelita Raja Ilya yang sudahpun berumahtangga bersama Trent Garret Walaupun diorang dah berkahwin Raja Ilya memberitahu bahawa dia nak memperlahankan kerjaya lakonannya Lain pula jadinya apabila suaminya Trent Garr...
Bayar Guna Duit Seringgit Peniaga Tersentuh Budak Darjah 5 Semangat Kumpul Duit Semata Mata Nak Makan Corndog

Bayar Guna Duit Seringgit Peniaga Tersentuh Budak Darjah 5 Semangat Kumpul Duit Semata Mata Nak Makan Corndog

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 348 hits
Sudah menjadi adat dalam perniagaan untung dan rugi Bermula dengan niat yang baik pastinya akan memperolehi rezeki yang melimpah Senang kata tak mustahil untuk semua ini berlaku Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter Kinafairy ...
Buat Duit Sebagai Penjual Di Lazada Dengan Sales 4 Angka Setiap Hari

Buat Duit Sebagai Penjual Di Lazada Dengan Sales 4 Angka Setiap Hari

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 631 hits
Nama Lazada sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia Saya percaya anda yang baca artikel saya ini juga pernah menjadi pembeli di laman web ataupun apps Lazada Kalau tak pernah jadi pembeli sekalipun anda mungkin per...
Tiap Hari Nak Ziarah Kubur Bapa Demi Doa Sayang Seorang Anak Oku Buat Ayah Yang Telah Tiada

Tiap Hari Nak Ziarah Kubur Bapa Demi Doa Sayang Seorang Anak Oku Buat Ayah Yang Telah Tiada

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 465 hits
Kecacatan yang dialami oleh seorang anak kecil berumur 3 tahun tidak menghalang dirinya untuk menziarahi pusara arwah ayah tersayang yang telah meninggal dunia Disember tahun lalu Lebih memilukan setiap kali berada di pusara ayahnya itu Moh...
Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak Rujuk Jadual Ini

Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak Rujuk Jadual Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 418 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Begitu juga dengan tidur siang ia ...
Produktiviti Microsoft Jepun Meningkat 40 Selepas Memberi Cuti Tiga Hari Seminggu

Produktiviti Microsoft Jepun Meningkat 40 Selepas Memberi Cuti Tiga Hari Seminggu

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 275 hits
Hanya sedekad yang lalu adalah normal untuk bekerja lima setengah hari seminggu Bagi pembaca Amanz yang masih muda belia adalah normal untuk bekerja separuh hari pada hari Sabtu Tetapi sungguhpun waktu pekerjaan sudah berkurangan ramai mera...
Sanggup Makan Nasi Dengan Sos Cili Demi Kumpul Duit Rawatan Adik Sampai Rambut Gugur Tak Cukup Nutrisi

Sanggup Makan Nasi Dengan Sos Cili Demi Kumpul Duit Rawatan Adik Sampai Rambut Gugur Tak Cukup Nutrisi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 246 hits
Seorang wanita sanggup menahan lapar demi menyara adiknya yang mempunyai masalah kesihatan hingga dirinya mengalami kekurangan nutrisi yang serius Wu Huayuan 24 memiliki berat badan 21 kilogram dengan ketinggian 135 sentimeter tidak mengamb...
Dalam Setiap Inci Rezeki Saya Ada Rezeki Untuk Isteri Juga Tak Susah Nak Gembirakan Isteri Serahkan Kad Bank Korang Jer

Dalam Setiap Inci Rezeki Saya Ada Rezeki Untuk Isteri Juga Tak Susah Nak Gembirakan Isteri Serahkan Kad Bank Korang Jer

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 278 hits
Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik Samalah dengan kad debit I ni jika digunakan berlebihan pasti akan mendatangkan kemudaratan kata saya sambil berseloroh Tersengih sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watso...
Amalkan Zikir Ini Selepas Solat Jika Kita Ada Sebarang Masalah Ustaz Kazim Elias

Amalkan Zikir Ini Selepas Solat Jika Kita Ada Sebarang Masalah Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 703 hits
Amalkan Zikir Ini Selepas Solat Jika Kita Ada Sebarang Masalah Ustaz Kazim Elias 2019 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte