Tiap Hari Nak Ziarah Kubur Bapa Demi Doa Sayang Seorang Anak Oku Buat Ayah Yang Telah Tiada


Kecacatan yang dialami oleh seorang anak kecil berumur 3 tahun tidak menghalang dirinya untuk menziarahi pusara arwah ayah tersayang yang telah meninggal dunia Disember tahun lalu. Lebih memilukan setiap kali berada di pusara ayahnya itu, Mohd Naufal tidak pernah terlepas untuk mendoakan arwah ayahnya itu.

menurut ibunya, Safura Ahmad, 39, meskipun cacat kedua-dua belah kaki kerana masalah saraf, buah pinggang bengkak dan masalah tulang pinggul, Naufal tetap mahu pergi ke rumah (kubur) ayahnya hampir setiap hari.
Gelagat Mohd Naufal menadahkan tangan berdoa di pusara ayahnya, Rahim Rauf di Tanah Perkuburan Islam Felda Lok Heng Barat di sini yang dikongsikan ibunya di Facebook baru-baru ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Suami Meninggal Tahun Lalu Masa Nak Bawa Naufal Ke Hospital untuk RawatanSapura berkata, suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 31 Disember tahun lalu ketika mereka tiga beranak dalam perjalanan dari rumah di Bandar Tenggara ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menjalani rawatan.

Katanya, setiap kali menziarahi kubur suaminya, Mohd Naufal akan menadahkan tangan seolah-olah berdoa.
“Selalu juga dia menyatakan mahu pergi rumah ayah kerana saya pernah memberitahunya kini pusara berkenaan adalah rumah bapanya.
“Hari-hari dia sebut ayah dan kadang-kadang dia beritahu mahu bermain, mandi dan pergi taman permainan bersama ayahnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tenggara, Kulai di sini.
Cuba penuhi permintaan NaufalSapura berkata, dia berusaha memenuhi permintaan Mohd Naufal menziarahi pusara suaminya sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Menurutnya, ini kerana pusara suaminya terletak di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, sedangkan mereka tinggal di Kulai.
“Kami bukan hidup senang kerana selepas pemergian suami yang sebelum ini menanggung keluarga dengan pendapatan RM1,500 sebulan, kami kehilangan tempat bergantung.
“Walaupun gaji arwah sebagai pemotong rumput tidak sebesar mana, ia masih dapat menampung perbelanjaan rumah kerana saya tidak bekerja untuk menjaga Mohd Naufal yang memerlukan penjagaan umpama bayi termasuk minum susu empat jam sekali.

“Kami bergantung sepenuhnya pada pencen penakat arwah suami daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) berjumlah RM650 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan,” katanya.
Menurutnya, dia juga perlu membayar sewa rumah sebanyak RM400 dan bil utiliti hingga berdepan masalah kewangan.
Jual Donut Tampung Kehidupan “Demi Mohd Naufal terutama memastikan dia dapat menjalani kehidupan lebih selesa, saya kuatkan semangat dan berusaha menambah pendapatan dengan mengambil tempahan membuat donut sejak tiga bulan lalu,” katanya.
Safura berkata, apa yang dilakukannya bagi menampung perbelanjaan tambang teksi anaknya ke HSI dua bulan sekali.
Katanya, kini dia mampu memperoleh RM300 sebulan hasil jualan donut.
Orang ramai yang ingin menempah donut dihasilkan Safura boleh menghubungi 010-9602803.
sumber: Hmetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/11/tiap-hari-nak-ziarah-kubur-bapa-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebak Demi Doa Buat Ayah Anak Oku Ini Tekad Mahu Ziarah Kubur Bapa Setiap Hari

Sebak Demi Doa Buat Ayah Anak Oku Ini Tekad Mahu Ziarah Kubur Bapa Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 356 hits
Dikala kanak kanak lain seronok dibelai manja oleh sang ayah bagi adik Mohd Naufal Rahim berusia 3 tahun pula hanya pusara arwah ayahnya tempat dia meluah rasa rindu Kisah adik Naufal mula mendapat perhatian setelah ibunya berkongsi gelagat...
Walau Berbeza Agama Wanita Ini Tetap Ziarah Pusara Neneknya Demi Rasa Sayang

Walau Berbeza Agama Wanita Ini Tetap Ziarah Pusara Neneknya Demi Rasa Sayang

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 367 hits
Kita sudah sedia maklum bahawa kasih sayang seorang ibu terhadap anak sangat sangat tidak dapat diungkapkan dengan perkataan Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi untuk anak yang disayanginya Kita sebagai anak yang masih lagi boleh ...
Video Tular Dakwa Bapa Mimpi Didatangi Anak Telah Meninggal Dunia Minta Ubah Kubur

Video Tular Dakwa Bapa Mimpi Didatangi Anak Telah Meninggal Dunia Minta Ubah Kubur

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 523 hits
Bagi setiap umat Islam solat merupakan satu ibadat wajib yang harus ditunaikan sebanyak lima kali dalam masa satu hari Ibadah solat mempunyai pelbagai manfaat kepada umat Islam terutamanya dalam kesejahteraan hidup di dunia Selain itu ibada...
Demi Adik Walid Kena Kuat Anak Masih Kritikal Ali Puteh Rayu Doa Semua

Demi Adik Walid Kena Kuat Anak Masih Kritikal Ali Puteh Rayu Doa Semua

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 408 hits
Selepas menjalani pembedahan kelmarin anak kepada pelawak dan juga peserta Maharajalawak Mega 2019 Ali Puteh dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal Walaupun sudah mengharungi 12 jam pembedahan jantung namun terdapat komplikasi lain ...
Nak Outstation Lama Isteri Siapkan Baju Amp Makanan Untuk Suami Amp Anak Ikut Hari

Nak Outstation Lama Isteri Siapkan Baju Amp Makanan Untuk Suami Amp Anak Ikut Hari

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 360 hits
Pengorbanan isteri dan ibu sememangnya sangat besar Bukan sahaja bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat tercinta malahan sanggup menguruskan rumah tangga supaya suami serta anak anak selesa menjalani hari hari mendatang Lebih hebat lagi apa...
Tak Cukup Duit Nak Bayar Gambar Konvo Tadika Anak Bapa Terharu Ada Yang Sudi Bantu

Tak Cukup Duit Nak Bayar Gambar Konvo Tadika Anak Bapa Terharu Ada Yang Sudi Bantu

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 479 hits
Hujung tahun memang meriah dengan majlis graduasi anak anak kat tadika Bukan sahaja nak tengok anak anak convo malah ibu ayah juga turut berpeluang melihat persembahan persembahan comel anak anak Tapi ya lah bila ada majlis majlis macam ni ...
Anak Lelaki Rapat Dengan Ayah Membesar Jadi Jantan Sayang Ibunya 100

Anak Lelaki Rapat Dengan Ayah Membesar Jadi Jantan Sayang Ibunya 100

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 402 hits
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti Dalam perkembangan seorang anak perlu diingat yang peranan ayah sama pentingnya seperti peranan i...
Ya Allah Tergamaknya Bapak Dia Buat Anak Camni Demi Bayar Hutang Ah Long Bapa Paksa Anak Mengemis Dalam Hujan

Ya Allah Tergamaknya Bapak Dia Buat Anak Camni Demi Bayar Hutang Ah Long Bapa Paksa Anak Mengemis Dalam Hujan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 537 hits
Bapak h ram j dah Sendiri buat hutang tak boleh bayar pakai anak minta sedekah tulis Joe Bagan yang berang selepas mengetahui kisah sebenar kanak kanak dipaksa mengemis Menurut Joe kejadian itu berlaku di Uptown Perda Pulau Pinang pada mala...
Awak Oku Di Dunia Insyaallah Bukan Di Akhirat Luahan Sayu Bapa Anak Autisme Tak Duduki Spm

Awak Oku Di Dunia Insyaallah Bukan Di Akhirat Luahan Sayu Bapa Anak Autisme Tak Duduki Spm

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 330 hits
Semalam merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Fasa 2 salah satu ujian paling penting dalam sistem pendidikan negara kita Namun tak semua orang mempunyai peluang yang sama untuk menduduki peperiksaan berkenaan Ada remaj...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense