Buat Duit Sebagai Penjual Di Lazada Dengan Sales 4 Angka Setiap Hari
Nama Lazada sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia.
Saya percaya anda yang baca artikel saya ini juga pernah menjadi pembeli di laman web ataupun apps Lazada. Kalau tak pernah jadi pembeli sekalipun, anda mungkin pernah kenal sesiapa yang biasa atau ada pengalaman membeli belah di Lazada.
Iklan Lazada juga ada dimana-mana. Kalau satu masa dulu, iklan Lazada hanya kelihatan sama ada di website ataupun media sosial, kini iklan Lazada ada dimana-mana.
Dekat highway PLUS ada dipasang billboard iklan Lazada. Dekat TV pun ada iklan Lazada. Senang cerita, iklan Lazada ini sebenarnya ada di mana-mana.
Tak susah nak jadi pembeli atau pelanggan Lazada, tapi kalau anda pernah terfikir untuk jadi penjual di Lazada, yang itu anda perlukan satu pengetahuan yang berbeza.
Kalau anda biasa baca penulisan saya, sama ada di blog ini ataupun di media sosial, anda mungkin dah tahu yang salah satu sumber pendapatan saya adalah melalui Lazada.
Walaubagaimanapun, saya bukannya menjadi penjual di Lazada, sebaliknya saya adalah seorang ejen pemasaran yang bertindak mempromosikan produk-produk yang dijual di Lazada. Dalam kata lainnya, saya adalah seorang ejen affiliate Lazada.
Jika anda minat nak jadi seorang penjual di Lazada, sila dapatkan info lanjut melalui laman web ini.
Kenapa saya pilih untuk jadi seorang ejen affiliate Lazada dan bukannya jadi seller di Lazada?
Saya malas.
Saya rasa itu perkataan yang paling tepat, untuk saya jelaskan kenapa saya tak memilih untuk jadi seller di Lazada. Walaupun saya tahu, yang sebenarnya kita boleh hasilkan pendapatan yang lebih lumayan kalau jadi seller di Lazada.
Apa bukti yang jadi seller di Lazada boleh hasilkan pendapatan yang lumayan?
Saya tertarik untuk kongsikan screenshot seller yang berjaya hasilkan jualan sehingga RM107, 149 dalam masa sehari membuat jualan di Lazada.
Jumlah ini mungkin sangat besar, dan sudah pasti orang biasa macam saya tak akan mampu untuk lawan prestasi jualan seperti ini. Kalau kita perhatikan statistik diatas, dalam masa sehari penjual ini berjaya mendapatkan 2,884 pembeli dan secara purata setiap orang beli barang dengan harga RM38 dari dia.
Saya berpandangan, ini mungkin berlaku semasa big promo seperti 11.11, 12.12 ataupun jualan semasa sambutan hari jadi Lazada.
Kita tinggalkan dulu jualan 6 angka di Lazada, dan kita lihat screenshot jualan yang dihasilkan oleh saudara Mohd Fahmi yang juga dikenali dengan nama John Jenin yang merupakan salah seorang peniaga di Lazada.
Beliau mampu untuk hasilkan jualan sehingga 4 angka dalam masa sehari melalui platform Lazada. Lihat buktinya di bawah ini.
Saya percaya anda juga setuju dengan saya, yang pendapatan seperti diatas adalah lebih masuk akal untuk kita perolehi sebagai seller di Lazada.
Terus terang saya katakan, pendapatan saya sebagai affiliate langsung tak mampu untuk lawan pendapatan yang dijana oleh saudara John Jenin ini. Sedangkan secara teori, saya sepatutnya boleh hasilkan pendapatan yang lagi lumayan sebab boleh promosikan semua produk yang ada di platform Lazada tu.
But its okay. Saya kira satu masa nanti kalau saya jadi lebih rajin, In Shaa Allah saya juga boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.
Berita baiknya ialah, saudara John Jenin telah menulis ebook lengkap langkah demi langkah yang menceritakan pengalaman beliau buat Bisnes di Lazada.
Terbaik.
Kiranya ada juga anak Melayu yang berjaya buat bisnes di Lazada. Ini secara tak langsung membuktikan, bahawa orang Melayu juga boleh berjaya dan pergi jauh dalam bidang perniagaan.
Tak perlu susah payah nak cari tempat untuk dijadikan kedai, tak perlu nak upah pekerja ataupun nak kena bayar sewa kedai yang mahal. Cukup dengan membuka kedai maya menerusi platform yang disediakan oleh pihak Lazada.
Kejayaan sesebuah perniagaan itu, tidaklah ditentukan dengan berapa besarnya saiz kedai yang kita ada, tapi apa yang lebih penting berapa banyak profit atau keuntungan yang berjaya kita hasilkan melalui bisnes yang kita jalankan.
Semua persoalan anda tentang macam mana nak buat bisnes melalui Lazada akan terjawab melalui pembacaan ebook Panduan Bisnes Lazada ini.
Anda boleh muat turun panduan ini disini.
Gunalah peluang ini untuk tingkatkan lagi pendapatan dan perbaiki kedudukan ekonomi orang kita.
The post Buat duit sebagai penjual di Lazada dengan sales 4 angka setiap hari appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabreehussin.biz/buat-duit-sebagai-penjual-di-lazada/