Sempadan Maritim Malaysia Singapura Ibarat Rumah Tidak Berpagar


Mohd Hazmi Mohd Rusli
(Gambar Bloomberg)Baru-baru ini, Malaysia dan Singapura terjerumus lagi dalam isu sempadan maritim antara kedua-dua negara yang tidak berkesudahan. Malaysia memperluaskan had pelabuhan Johor sehingga ke Tuas, dan sebagai tindak balas, Singapura melakukan perkara yang sama.

Sampai bila kedua-dua negara yang wujud secara aman bersama berdekad lamanya ini akhirnya akan punya “pagar” maritim yang jelas?

Sebelum menjadi jajahan Inggeris, Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor yang wujud pada 1528. Pada 1824, Singapura secara sah menjadi milik Inggeris dan sejak itu banyak perjanjian yang dibuat oleh kerajaan British di Singapura dengan Sultan Johor berkenaan sempadan maritim kedua-dua wilayah, serta pembinaan rumah api di Pulau Pisang termasuk isu kedaulatan ke atas Batu Puteh.

Selat Johor yang memisahkan Johor dan Singapura dibahagikan antara Kesultanan Johor dan kerajaan British di Singapura menerusi Perjanjian 1927.

Perjanjian ini jelas menyatakan semua pulau di Selat Johor, seperti Pulau Ubin dan Pulau Tekong menjadi milik Singapura.

Johor merdeka dalam Persekutuan Malaya pada 1957 dan seterusnya, kedua-dua wilayah, Johor dan Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 1963.

Apabila Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada 1965, kedua-dua negara merasakan perlu untuk menandatangani satu lagi perjanjian berkenaan pembahagian Selat Johor.

Ini dilakukan menerusi Perjanjian 1995 untuk membahagikan secara tepat sempadan maritim antara kedua-dua negara yang dilakukan sebelum ini pada 1927 di Selat Johor.

Akan tetapi, sebelum Perjanjian 1995 dibuat, Malaysia mengeluarkan Peta Baru pada 1979 yang mana Malaysia secara unilateral memasukkan Batu Puteh dan kawasan Pelabuhan Tuas di dalam wilayah laut Malaysia. Singapura bertindakbalas dengan membuat bantahan terhadap tuntutan ini.

Akibat daripada itu, Perjanjian 1995 tidak termasuk kawasan Pelabuhan Tuas yang kini menjalani beberapa proses penambakan tanah yang agak luas. Sempadan tetap di antara Malaysia dan Singapura di kawasan barat Selat Johor berakhir di garis merah yang ditunjukkan dalam Peta 1.

Malah, kawasan penambakan tanah Pelabuhan Tuas memasuki garis tuntutan Malaysia menerusi Peta 1979, juga ditunjukkan di dalam garis coklat Peta 1.



Peta 1. Singapura menambak kawasan yang dituntut unilateral oleh Malaysia (garis berwarna coklat) menerusi Peta 1979.

(Sumber: Maritime and Port Authority of Singapore)

Malaysia juga memperluaskan had Pelabuhan Johor sehingga menghampiri Pelabuhan Tuas seperti yang ditunjukkan di kawasan berlorek dalam Peta 2.



Peta 2. Perluasan Had Pelabuhan Johor Bahru 2018 seperti di dalam kawasan yang dilorekkan.
(Sumber: Maritime and Port Authority of Singapore)

Jadi sekarang, negara mana yang melanggar kedaulatan? Siapa yang benar, siapa yang salah?

Memandangkan kedua-dua negara tidak melukis sempadan maritim secara jelas di kawasan Pelabuhan Tuas, kawasan tersebut berhak dituntut oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura.

Tetapi yang jelas, tuntutan unilateral Malaysia menerusi Peta 1979 di kawasan Pelabuhan Tuas tidak diiktiraf oleh Singapura, sebagaimana negara republik tersebut menafikan Batu Puteh sebahagian daripada Malaysia menerusi peta yang sama.

Pagar maritim

Malaysia perlu sedar “pagar maritim” perlu “didirikan” kedua-dua negara memandangkan ini jelas bersangkutan langsung dengan kedaulatan negara. Perbalahan yang timbul di Tuas sekarang ini adalah manifestasi bahawa sekiranya tiada sempadan maritim yang jelas dilukis, kawasan tersebut bebas dituntut oleh Malaysia atau Singapura.

Perkara sama perlu diberikan perhatian terhadap Batu Puteh. Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh kepada Singapura manakala Batuan Tengah milik Malaysia. 10 tahun berlalu, namun tiada sebarang garis perbatasan maritim yang ditetapkan di kawasan tersebut.

Selagi ini tidak dibuat, Singapura dan Malaysia akan saling tuntut menuntut menyebabkan perbalahan terus berlaku di antara kedua-dua negara berjiran ini.

Peta 3 menunjukkan kawasan maritim yang berpotensi menjadi wilayah laut atau zon ekonomi ekslusif (EEZ) Singapura jika sempadan maritim di kawasan ini tidak segera ditetapkan.



Kawasan Maritim yang boleh dituntut Singapura menerusi Batu Puteh di Laut China Selatan seperti yang dilorekkan.

(Sumber: Andi Arsana [2017])

Kedua-dua Malaysia dan Singapura harus member fokus terhadap menyelesaikan masalah ini dengan menetapkan sempadan maritim secara jelas antara kedua-dua negara.

Israel dan Palestin sehingga kini bertelagah kerana tiada sempadan antarabangsa tetap dimeterai di antara kedua-dua negara tersebut, menyebabkan Israel menganggap kependudukan mereka di Tebing Barat adalah sah. Pada akhirnya, kedua-dua negara sulit mencapai keamanan sepenuhnya.

Hubungan Malaysia-Singapura tidaklah seperti Israel-Palestin kerana Putrajaya dan Singapura menjalin hubungan diplomatik yang baik sejak 1965.

Namun, satu perkara yang tidak diragukan adalah – sekiranya tiada sempadan maritim yang jelas – konflik akan terus berlaku kerana kedua-dua negara akan saling menuntut kawasan maritim yang lebih luas. Benar kata pepatah Inggeris “good fences make good neighbours”.

Sebagai 2 negara yang saling rukun, itulah yang pemerintah Malaysia dan Singapura perlu utamakan, seterusnya laksanakan bagi mengekalkan hubungan baik sedia ada antara 2 negara berjiran ini.

* Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/sempadan-maritim-malaysia-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Cadang Rundingan Bagi Pertikaian Sempadan Perairan Malaysia Singapura

Muhyiddin Cadang Rundingan Bagi Pertikaian Sempadan Perairan Malaysia Singapura

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 239 hits
Muhyiddin cadang rundingan bagi pertikaian sempadan perairan Malaysia Singapura Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitk
Sempadan Malaysia Singapura Akan Diukur Semula Tun M

Sempadan Malaysia Singapura Akan Diukur Semula Tun M

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 270 hits
SEMPADAN kerajaan Malaysia dan Singapura akan diukur semula bagi mengelak pertikaian pada masa depan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu perlu bagi memastikan had pelabuhan di Johor Bahru tidak melepasi sempadan kedu...
Es Cendol Jadi Rebutan Singapura Dan Malaysia Netizen Indonesia Diminta Untuk Tidak Panik

Es Cendol Jadi Rebutan Singapura Dan Malaysia Netizen Indonesia Diminta Untuk Tidak Panik

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 246 hits
Bagi yang mengira kalau es cendol itu minuman tradisional dari Indonesia mungkin harus baca ini
Menteri Singapura Keluar Kenyataan Keras Pada Malaysia

Menteri Singapura Keluar Kenyataan Keras Pada Malaysia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 632 hits
Semakin ramai Menteri Singapura yang keluar kenyataan keras terhadap Malaysia Terkini Heng Swee Keat Menteri Kewangan Singapura MINDEFMalaysia MSabu Official https t co REIyZ1HjYT
Kesakitan Seribu Luka Singapura Minta Malaysia Bertenang

Kesakitan Seribu Luka Singapura Minta Malaysia Bertenang

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 249 hits
Isteri PM S pura beritahu Rais agar bertenangIsteri kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong Ho Ching memberitahu Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu Rais Hussin agar bertenang Beliau mengulas laporan media Singapura Today Online ...
Singapura Dakwa Kapal Kerajaan Malaysia 14 Kali Ceroboh Perairannya

Singapura Dakwa Kapal Kerajaan Malaysia 14 Kali Ceroboh Perairannya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 239 hits
06 Disember 2018 9 36 PM SINGAPURA Singapura mendakwa bahawa kapal kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali pencerobohan setakat i
Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Malaysia Vs Singapura

Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Malaysia Vs Singapura

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 312 hits
Tanjung Pagar Saya lihat ramai yang tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjung Pagar Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia Alangkah senangnya untuk menuduh Biar saya jelaskan Perjanjian asal untuk mengh...
Kerajaan Singapura Dan Malaysia Raih Penghargaan Di Hut Ke 189 Kota Batam

Kerajaan Singapura Dan Malaysia Raih Penghargaan Di Hut Ke 189 Kota Batam

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 211 hits
Penghargaan diberikan langsung oleh Wali kota Batam Muhammad Rudi di Dataran Engku Putri Kota Batam
Bot Agensi Penguatkuasa Malaysia Dicabar Polis Marin Singapura

Bot Agensi Penguatkuasa Malaysia Dicabar Polis Marin Singapura

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 530 hits
Malaysia mengesyorkan kedua dua negara berhenti menghantar kapal pertahanan ke kawasan yang menjadi pertikaian sehinggalah suatu perbincangan diadakan mengenai isu isu sempadan kelautan Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata telah menyampa...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap