Semoga En Putra Tabah Dalam Mengharungi Sebagai Mahasiswa


 


Seorang yatim piatu mendaftar di UUM tanpa ditemani waris






Dengan langkah longlai, beg hitam besar terseret di tangan dan dua beg sandang di bahu kiri kanan, Putera Iman Shah Shahiran, 19 tahun, menuruni tangga Stesen Kereta Api Arau, jam 12.15 tengahari. 


Panas terik tengahari kian membakar, namun hatinya lebih hangat dengan rasa kosong dan sepi.


Di wajahnya tersimpan pelbagai perasaan. 


Di setiap derap kaki, tergambar bayangan wajah arwah ibu, Allahyarhamah Khatijah binti Mohd Rashid, yang meninggal dunia ketika beliau baru di Tingkatan 1 pada 2019. 


Bulan lalu, giliran ayah tercinta, Shahiran Pake Chi, 57, pula pergi menghadap Ilahi. 


Pemergian ayah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu begitu mengejut, hanya dalam tidur, dan hanya beberapa minggu sebelum Putera menjejakkan kaki ke menara gading.


Di stesen itulah, rasa kehilangan meresap lebih dalam. Putera berdiri sendirian, memandang orang lain yang berpelukan bersama ibu bapa masing-masing. Dia pula sekadar menggenggam erat beg besar, dengan niat mengambil Grab untuk ke UUM.


Namun, Allah mengaturkan takdir yang lain. 


Kakitangan Inasis SME Bank UUM telah pun menunggunya di stesen, dihantar khas atas arahan Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohd Foad Sakdan yang terharu mendengar kisah Putera. Tepat jam 12.59 tengah hari, saat akhir pendaftaran, beliau dibawa ke kampus Sintok, menyertai ribuan pelajar lain yang mula menjejak kaki ke universiti.


“Awalnya saya rasa hilang arah. Saya tak tahu nak buat apa, tak tahu siapa yang boleh saya harapkan. Tetapi apabila ada kakitangan UUM datang menjemput, saya rasa lega, seolah-olah ada keluarga yang menyambut saya. Terima kasih atas hospitaliti UUM,” katanya sambil mengesat air mata di pipi.


Sebaik tiba di Inasis SME Bank, Putera yang berkemeja putih berseluar gelap dibawa mendaftar dan terus diberi kunci bilik penginapan di Blok B.


“Walaupun panas terik di luar, bila saya masuk ke blok, saya terkejut kerana sejuk seperti dalam bangunan berhawa dingin. Bilik itu ada dua katil, saya pilih katil di sebelah kanan. Bagi saya, itu lebih daripada cukup. Saya amat bersyukur,” ujarnya dengan suara tersekat.


Putera kini bergelar mahasiswa Sarjana Muda Pemasaran, berbekalkan CGPA 3.71 dari Kolej Matrikulasi. Walaupun kehilangan tempat bermanja, anak tunggal yatim piatu ini memilih untuk bangkit, menjadikan pendidikan sebagai bekalan masa depan.


Beliau adalah sebahagian daripada 4,549 pelajar baharu yang mendaftar di UUM hari ini, menyertai keseluruhan pelajar UUM seramai 30,121 orang.


Kehadiran ribuan pelajar baharu itu menandakan bermulanya perjalanan hidup serba mencabar, penuh harapan, dan menjanjikan seribu kemungkinan.


Jam 1.45 beliau dikehendaki bersama-sama dengan pelajar lain menunggu bas untuk ke MSK (Minggu Suai Kenal) di Dewan Muadzam Shah. 


Ditanya mengenai wang belanja di Sintok, beliau berkata: “Ada juga masyarakat setempat yang menghurlurkan sedikit derma dan ada sedikit wang yang dikumpul ketika saya bekerja selepas habis matrikulasi.”


Bagi Putera, perjalanan dari Arau ke Sintok hari ini adalah lebih daripada sekadar perjalanan fizikal. Ia adalah perjalanan jiwa,  daripada duka ke harapan, daripada kehilangan ke sebuah permulaan baharu. Dan UUM menjadi saksi, bahawa walau hidup penuh ujian, seorang anak bangsa masih mampu berdiri teguh mengejar ilmu.


- Universiti Utara Malaysia


----------
Sertai channel Telegram PSP untuk info terkini : https://t.me/inipsp
.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/semoga-en-putra-tabah-dalam-mengharungi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Fakta Mengejutkan Seputar Lyme Disease Bella Hadid Yang Wajib Diketahui Sebagai Bentuk Awareness

5 Fakta Mengejutkan Seputar Lyme Disease Bella Hadid Yang Wajib Diketahui Sebagai Bentuk Awareness

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2811 hits
Lyme disease adalah penyakit yang kerap tak terlihat gejalanya namun dampaknya bisa menghantam mental dan fisik secara bersamaan Lyme disease itu melelahkan secara mental dan fisik Justin Timberlake
Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3790 hits
Kenapa seluruh hidup ini dikatakan ibadat Apa saja yang kita buat kerja belajar tolong orang jaga keluarga malah berehat sekali pun boleh jadi pahala bila diniatkan kerana Allah dan ikut cara yang betul Hidup kita sebenarnya boleh jadi lada...
Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2275 hits
ITM 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global KUALA LUMPUR Islamic Tourism Month 2025 atau Bulan Pelancongan Islam 2025 kini kembali dengan edisi keempat yang mewarnai pengalaman pelancongan dan hospitaliti mesra Musl...
Kebocoran Gas Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga Jaga

Kebocoran Gas Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1361 hits
Kebocoran Gas Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga jaga KERTIH 21 Sept Lebih 20 penghuni sebuah pusat tahfiz di sini akan dipindahkan sebagai langkah berjaga jaga berikutan insiden kebocoran paip gas Petronas Gas Ber...
Inkues Peguam Tertuduh Kecam Shafie Apdal Eksploitasi Kes Zara Qairina Jadi Modal Politik Label Sebagai Pembunuhan

Inkues Peguam Tertuduh Kecam Shafie Apdal Eksploitasi Kes Zara Qairina Jadi Modal Politik Label Sebagai Pembunuhan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 858 hits
Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikecam oleh peguam empat tertuduh dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir kerana didakwa didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Neg...
Filem Killmaster Lulus Lpf Tanpa Cut Diklasifasikan Sebagai P16 Meskipun Ada Adegan Intim

Filem Killmaster Lulus Lpf Tanpa Cut Diklasifasikan Sebagai P16 Meskipun Ada Adegan Intim

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1723 hits
Pengarah dan penerbit filem Killmaster Julian Cheah berkata karya terbarunya telah diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem tanpa sebarang pemotongan Walaupun mengandungi adegan intim Julian berkata Killmaster juga telah diklasifika...
117 Makanan Malaysia Diiktiraf Sebagai Warisan Kebangsaan Capati Apam Tuak Antara Tersenarai

117 Makanan Malaysia Diiktiraf Sebagai Warisan Kebangsaan Capati Apam Tuak Antara Tersenarai

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3603 hits
Berita gembira buat semua pencinta makanan Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek Warisan 2025 Kalau tahun lepas hanya 10 makanan saja diiktiraf ta...
Kenapa Pmx Pilih Ayah Boss Sebagai Panglima Garang Pendekar Madani

Kenapa Pmx Pilih Ayah Boss Sebagai Panglima Garang Pendekar Madani

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2187 hits
Alif JamilPilihan PMX melantik Dato Haji Abdul Ghani Abdul Haji Kassim sebagai Panglima Garang Pendekar Madani bukan sekadar kerana persahabatan lama tetapi kerana beliau seorang tokoh akar umbi yg punya pengaruh besar hingga merentas sempa...
Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5832 hits
FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Keseronokan Kelestarian Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional secara rasmi bekerjasama dengan FWD penyedia takaful dan ins...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

The Need For Economic Literacy

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri