Gsf Peguam Adalah Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia


GSF: Peguam ADALAH Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia
SEPANG, 3 Okt (Bernama) — Peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah memulakan sesi konsultasi bagi mewakili aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan pihak berkuasa Israel.
Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata barisan peguam tersebut sudah bertemu dengan semua 23 rakyat Malaysia yang terbabit.
“Semua delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, agensi berita antarabangsa Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan ADALAH melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel pada Khamis telah memulakan pendengaran berhubung penahanan serta perintah pengusiran aktivis yang ditahan dalam misi GSF di Pelabuhan Ashdod.
Menurut ADALAH, proses itu dijalankan tanpa sebarang notis awal kepada peguam serta menafikan akses aktivis kepada khidmat guaman, yang merupakan pencabulan terhadap proses undang-undang dan hak asasi aktivis.
ADALAH turut mengesahkan pasukan guamannya berjaya memasuki pelabuhan tersebut untuk bertemu aktivis yang ditahan, selepas pada awalnya dihalang daripada mendapat akses oleh pihak berkuasa Israel.
Mengulas lanjut, Sani Araby berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat aktivis Malaysia yang telah melalui proses pendengaran tersebut setakat ini.
BACA: Anwar Minta Jasa Baik Turkiye Bawa Pulang Sukarelawan GSF Negara “Kita tidak dapat sahkan kerana jumlah peserta (yang ditahan) adalah 495. Pastinya ia mengambil sedikit masa untuk kita sahkan. Saya kira untuk rakyat Malaysia, bila (tiba) masanya, pihak peguam kita sudah diberikan laluan untuk menjadi wakil,” katanya.
Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Selain itu, Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.
Sumber: BERNAMA
The post GSF: Peguam ADALAH Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/03/gsf-peguam-adalah-mulakan-konsultasi-untuk-wakili-aktivis-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 225 hits
GSF Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di KLIA Malam Esok PUTRAJAYA 6 Okt Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla akan tiba di tanah air malam esok Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara Datuk Dr ...
Aktivis Malaysia Dikasari Ardell Amp Haikal Dirawat Di Hospital Peguam

Aktivis Malaysia Dikasari Ardell Amp Haikal Dirawat Di Hospital Peguam

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 223 hits
Dua aktivis Malaysia Ardell Aryana dan Haikal Abdullah yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul selepas mengalami kecederaan akibat kekasaran tentera Israel Aktivis Malaysia dikasari Ardell ditar...
Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 207 hits
Kejayaan membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla membuktikan kekuatan diplomasi MADANI yang berpaksikan prinsip kemanusiaan keadilan dan maruah rakyat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasuti...
Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 266 hits
erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menganjurkan perhimpunan khas bagi meraikan kepulangan para aktivis Global Sumud Flotila yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Israel Perhimpunan khas sambut w...
Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman Pastikan Delegasi Gsf Malaysia Dapat Perlindungan

Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman Pastikan Delegasi Gsf Malaysia Dapat Perlindungan

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 288 hits
Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman Pastikan Delegasi GSF Malaysia Dapat Perlindungan KUALA LUMPUR 2 Okt Lima peguam yang juga aktivis undang undang hak asasi manusia dari Malaysia kini berada di Amman Jordan bagi memastikan delegasi negar...
Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 246 hits
Faiz ZainudinPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata proses membawa pulang dijangka ambil masa dua atau tiga hari jika semua rundingan berjalan lancar Seramai 23 aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia ditahan tentera Israel KUALA LUMPUR ...
Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 344 hits
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza sekali lagi berdepan tindakan agresif apabila kapal kapal mereka dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa awal pagi tadi 06 59 Pagi Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai mi...
Gsf Pm Anwar Akan Rai Aktivis Malaysia Di Kl

Gsf Pm Anwar Akan Rai Aktivis Malaysia Di Kl

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 214 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla dan kini berada di Istanbul Turkiye pada 5 Oktober 2025 Foto X Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Okt Dalam kesibukan merancang...
Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 289 hits
GSF Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat KP SNCC SEPANG 2 Okt Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat Ketua Pengarah Su...
Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Senarai Filem Melayu 2026

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Quick Diet Dinner Recipes Veg

Tanggungjawab Yang Hilang Arah

Vicky Salamor Cinta Beda Agama Chord

Angka Yang Tidak Pernah Menjerit

Seller Luah Rasa Banyak Parcel Return Netizen Ingatkan Kesan Pada Peniaga Kecil

Kalau Selalu Ugut Tapi Tak Keluar Pun Ugutan Akan Jadi Tumpul