Sembelit Teruk Ketika Hamil Ada Caranya Mudahkan Pembuangan


Berdepan dengan masalah pembuangan hingga melewati tempoh 14 hari atau lebih pastinya menjadi satu perkara yang cukup sukar untuk dilalui. Biarpun berjaya melepasi masalah ini, namun bakal ibu berdepan dengan risiko yang lebih besar, iaitu masalah buasir.
Menurut Doktor Norintan Zainal Shah daripada Hospital Colombia Asia, ketika seseorang wanita hamil, hormon kehamilan akan menyebabkan otot-otot dan sendi wanita tersebut menjadi ‘lembut’ dan  perubahan ini termasuklah otot di bahagian dubur.
Dengan adanya peningkatan hormon kehamilan ini, sistem saraf pembuangan bakal ibu akan menjadi lemah. Begitu juga dengan kelemahan yang berlaku pada otot-otot saluran pencernaan. Inilah yang menyebabkan wanita hamil seakan hilang fungsi untuk mengeluarkan najis mereka.

Penyebab & Kesan
Penyebab utama masalah buasir pastinya adalah masalah sembelit yang terjadi secara serius kepada wanita hamil. Sembelit yang berpanjangan akan mengakibatkan makanan disimpan lebih lama di usus dan ini membuatkan wanita hamil semakin sukar untuk membuang air besar.
Saiz rahim yang semakin membesar dan berat badan ibu yang semakin bertambah menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan. Apabila pergerakan fizikal semakin terbatas, ini tambah memburukkan lagi masalah sembelit.
Dan masalah terbesar bagi sembelit pastinya buasir, yang cukup ditakuti sebilangan wanita hamil. Buasir merupakan salur darah yang  terbonjol keluar daripada lubang dubur dan membentuk buasir. Hal ini terjadi apabila otot di kawasan ini berubah menjadi lembut.

Solusi Terbaik
Menurut Dr Norintan lagi, solusi bagi mengatasi masalah buasir ini pastinya adalah dengan menjaga pemakanan yang tepat. Pilihan makanan dan langkah pencegahan di bawah ini patut anda ikuti untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
1.Makanan Tinggi Serat
Pastikan jenis makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini membantu melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan. Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin dan sebagainya juga adalah pilihan terbaik lagi tinggi serat.
Aktiviti Fizikal Berjalan kaki dan melakukan aktiviti seharian juga dikatakan boleh membantu mengurangkan kehadiran buasir. Pastikan anda melakukan sedikit senaman ringkas bagi menambah pergerakan.
Elak Sembelit Elakkan dari berlakunya masalah sembelit dengan mengambil jumlah air yang banyak setiap hari. Pastikan pengambilan lapan gelas air sehari untuk tubuh anda.
Elak Pil Zat Besi Sebaiknya berhentilah daripada mengambil pil-pil zat besi yang hanya akan membuatkan masalah sembelit bertambah kronik.

Lebih Susu Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, mengambil susu secara kerap juga mampu mengatasi masalah sembelit dan buasir.
Jika buasir mula membengkak dan sakit, wanita hamil disyorkan menggunakan krim seperti Xyloproct dengan menyapunya di kawasan buasir. Krim Xyloproct mengandungi dua bahan utama yang membantu melegakan buasir yang dialami wanita hamil.
Kandungan bahan Lignocaine di dalam krim ini berfungsi sebagai ubat yang melalikan rasa sakit yang berlaku apabila buasir membengkak. Manakala Hydrocortisone pula merupakan bahan kedua yang terdapat di dalam krim xyoproct yang bertindak mengurangkan masalah radang dan bengkak.

Jika buasir masih sakit selepas diberikan ubat sapu, penggunaan air batu yang dibungkus di dalam kain tuala misalnya adalah pilihan lain yang dapat melegakan ibu hamil. Ia dilakukan dengan cara ditekap di kawasan dubur.
Ada juga pihak yang menyaran penggunaan ‘warm bath’, yang dikatakan begitu melegakan. Begitu juga penggunaan tuaman air panas yang dikatakan dapat meredakan buasir.
Amalan diet yang seimbang dan berserat tinggi adalah pilihan paling tepat dalam pencegahan sembelit dan buasir. Pastikan pengambilan air yang mencukupi di sertakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya. Elakkan duduk atau berdiri di satu tempat dalam masa yang terlalu lama.
Amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti ringan pastinya membantu ibu hamil tampil lebih ceria tanpa kerunsingan.
 
The post Sembelit Teruk Ketika Hamil, Ada Caranya Mudahkan Pembuangan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/sembelit-teruk-ketika-hamil-ada-caranya-mudahkan-pembuangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunai Umrah Ketika Hamil Puteri Sarah Liyana Kongsi Tip Ambil Vaksin Meningococcal Flu

Tunai Umrah Ketika Hamil Puteri Sarah Liyana Kongsi Tip Ambil Vaksin Meningococcal Flu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 558 hits
Aktres Puteri Sarah Liyana suami Syamsul Datuk Yusof bersama anak lelaki sulung mereka Syaikhul Islam kini sedang menunaikan ibadah umrah Sarah yang kini sedang hamil berkongsi tip mengenai pengambilan vaksin sebelum menunaikan umrah Dalam ...
5 Tips Jika Anda Rasa Telinga Rasa Tertutup Dan Block Ketika Selsema Teruk

5 Tips Jika Anda Rasa Telinga Rasa Tertutup Dan Block Ketika Selsema Teruk

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 469 hits
Pernahkah anda rasa telinga rasa tertutup dan block ketika anda juga sedang alami masalah selesema yang teruk Sudah cuba macam macam cara untuk atasi tapi masih tidak berkurang Saya kongsi 5 tip berguna ini 1 Guna nasal spray Doktor akan be...
Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Umrah Ketika Hamil

Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Umrah Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 390 hits
Untuk pengetahuan pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kini sedang menunaikan umrah Berkongsi pengalaman menjalani umrah ketika hamil Puteri Sarah akui ianya The post appeared first on
Seksanya Mabuk Ketika Hamil Hanya Yang Alaminya Sahaja Tahu 5 Perkara Boleh Kurangkan

Seksanya Mabuk Ketika Hamil Hanya Yang Alaminya Sahaja Tahu 5 Perkara Boleh Kurangkan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 456 hits
Mabuk ketika hamil menjadi satu masalah yang cukup besar atau berkemungkinan menjadi trauma bagi sesetengah wanita yang melaluinya Tidak serik untuk melalui proses melahirkan anak tetapi serik dan terlalu takut melalui tempoh mabuk yang ber...
Elak Urutan Tradisional Untuk Naikkan Uri Ketika Hamil Risiko Pendarahan Boleh Menyebabkan Bayi Maut Dalam Kandungan

Elak Urutan Tradisional Untuk Naikkan Uri Ketika Hamil Risiko Pendarahan Boleh Menyebabkan Bayi Maut Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 634 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Mp Pas Tidur Ketika Bahas Belanjawan 2019

Mp Pas Tidur Ketika Bahas Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 414 hits
Tidak inilah berita sebenarnya Guan Eng tidur ketika bahas Belanjawan 2019Setiausaha agung Umno hari ini memuat naik foto Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidur di Parlimen melalui akaun Twitternya Tan Sri Annuar Musa memuat foto Lim ketika wa...
Ahli Parlimen Bn Terakam Sesuatu Ketika Bahas Belanjawan 2019 Sehingga Lge Dipuji Ahli Parlimen Pkr Kerana Ini

Ahli Parlimen Bn Terakam Sesuatu Ketika Bahas Belanjawan 2019 Sehingga Lge Dipuji Ahli Parlimen Pkr Kerana Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 581 hits
Ahli Parlimen BN Terakam Sesuatu Ketika Bahas Belanjawan 2019 Sehingga LGE Dipuji Ahli Parlimen PKR Kerana IniAhli Parlimen BN Terakam Sesuatu Ketika Bahas Belanjawan 2019 Sehingga LGE Dipuji Ahli Parlimen PKR Kerana Ini
Dr Zubaidi Jelaskan Tiada Masalah Makan Asid Folik Ketika Haid Bukan Untuk Kesuburan Wanita Sahaja

Dr Zubaidi Jelaskan Tiada Masalah Makan Asid Folik Ketika Haid Bukan Untuk Kesuburan Wanita Sahaja

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 423 hits
Doktor adakah asid folik boleh diambil ketika haid Pil asid folik sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya tetapi asid folik juga disarankan kepada wanita yang...
Ini Sebab Mengapa Anak Anak Anda Perlu Berehat Di Rumah Ketika Mereka Sakit

Ini Sebab Mengapa Anak Anak Anda Perlu Berehat Di Rumah Ketika Mereka Sakit

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 607 hits
Ketika anak anak dalam proses untuk membesar masalah kesihatan mereka sering membuatkan ibu bapa menjadi resah dan merisaukan Adakalanya ibu bapa keliru sama ada perlu atau tidak anak dibawa ke hospital untuk rawatan Ataupun perlu atau tida...
Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Dragon Char Koay Teow Sedap Boleh Tahan

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Orang Tua Dalam Mendidik Anak Menurut Al Qur An Dan As Sunnah

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang Brunei Dan London

Iphone 17 Dengan Ios 26 Berbaloi Ke Untuk Orang Malaysia

Iaman Kumpulan Saputra Dan Naqiu Juara The Chosen One Xtra Bawa Pulang Rm40 000

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak