Semangat Nak Bela Ulama Boleh Tersasar Jadi Macam Jahiliah


 


Bermula dengan kadar yang sederhana, sentimen kononnya sayangkan Islam dan 'cintakan ulama' perlahan-lahan menjalar menjadi semangat yang berbahaya.
Beberapa kejadian yang berisiko - termasuk ancaman memukul atau membunuh - dikesan dengan sesetengahnya sudah dikenakan tindakan melalui undang-undang.
Namun beberapa agamawan menyeru masyarakat agar berhati-hati dan tidak terpedaya atau terpengaruh sehingga boleh mengundang masalah pada masa depan.
Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Mohd Hapiz Mahaiyadin, menegaskan sikap sebegitu sekiranya didasari oleh emosi yang melampau maka ia menyemai fanatik orang Arab Jahiliyah.
“Sekiranya ada anak muda giat nak pertahan ulama sehingga mengugut nak memukul seseorang, maka ia menyerupai dasar 'belalah saudara kamu ketika dia dizalimi atau menzalimi' orang Arab Jahiliyyah.
“Islam ajar kita mempamerkan akhlak pekerti mulia yang berorientasikan kesejahteraan dan keharmonian," katanya kepada Malaysiakini.
Mohd Hapiz MahaiyadinTambah Mohd Hapiz tidak salah untuk seseorang Muslim menyatakan rasa cintakan terhadap orang soleh dan ulama, namun ia tidak seharusnya melampau sehingga membawa dosa atau kejahatan.
Terdahulu Mohd Hapiz dihubungi bagi mendapatkan pandangannya mengenai fenomena sentimen melampau yang berlaku dalam kalangan anak muda kononnya ingin mempertahankan ulama.
Antara insiden yang membimbangkan itu melibatkan seorang pengguna Tiktok yang mengajak masyarakat menumbuk pempengaruh politik pro-PH atas alasan mahu membela Islam dan ulama.
Pengguna TikTok terbabit mendakwa pempengaruh terbabit menghina ulama melalui sebuat ceramah politik di Sungai Bakap.
Ulama tak maksum
Dalam kejadian berasingan, pemilik akaun Facebook bernama Rosly Yusof memaparkan gambar seorang belia penunggang motosikal yang menulis “Walaupun nakal-nakal, kami mat moto tidak hina ulama”.
Rosly turut menceritakan pengalamannya menegur pemilik akaun Tiktok yang membuat siaran langsung pada waktu solat Maghrib namun dibalas: “Walaupun tak sembahyang, kami sokong ulama.”
Empat hari yang lalu pula, seorang lelaki dikompaun RM25,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana memuat naik kandungan palsu mendakwa majlis tahunan tilawah al-Quran kini tidak diadakan kerana dipengaruhi "pihak tertentu".
Jan lalu pula seorang pemandu lori berusia 35 tahun dihukuman penjara enam bulan oleh mahkamah sesyen kerana membuat ugutab bunuh ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim, melaui TikTok.
Rozaimi RamleRektor Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Rozaimi Ramle pula melihat agenda seseorang mahu bersama ulama tidak boleh berlaku secara pukal sebaliknya perlu diiringi dengan maklumat yang benar.
“Agenda bersama (menyokong) ulama ini, kita harus tahu dahulu: ulama yang mana dia ingin pertahankan? Ulama tidak maksum, dan ada ulama yang baik serta ulama yang jahat.
"Ulama keempat-empat mazhab juga tak pernah kata diri (pandangan atau ijtihad) mereka sentiasa betul.
“Kalau ada anak muda yang nak bersama ulama, itu bagus, tapi mereka harus dibimbing dengan ilmu supaya tidak membawa budaya taasub dan pukalisme.
"Ikutlah kebenaran yang sesuai dengan al-Quran dan Sunnah,” katanya.
Pengerusi Pondok Rumi Sufi Jawi, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, turut menyatakan kebimbangannya terhadap sentimen anak muda bersama ulama yang tidak didasari oleh ilmu.
“Agama sendiri melarang kita memperjuangan perkara yang kita tidak tahu dan tidak ada ilmu. Allah SWT boleh persoal kita di akhirat kelak.
“Ini, ada yang sampai nak ugut tumbuk... hatta Islam yang sempurna pun Allah dan nabi larang kita pertahan dengan keganasan, inikan pula ulama yang tidak maksum.
“Ditambah lagi anda bersama ulama itu ada dasar apa? Adakah hanya kerana serban? Ulama juga ada banyak jenis. Ada ulama cintakan dunia demi jawatan kerusi dan ada ulama akhirat,” katanya.
Zuliadin AbdullahBagi Pengarah Biro Syariah dan Dakwah Amanah Terengganu, Zuliadin Abdullah, kebencian yang menjadi dasar dalam sentimen kononnya mahu membela ulama itu adalah hasil hasutan ulama kepartian.
“Ulama kepartian yang ada kepentingan politik sentiasa menyalakan api kebencian kepada anak muda yang ambil jalan mudah ingin ke syurga tetapi dengan kefahaman salah.
“Ulama yang sebenar meraikan perbezaan pandangan. Kebenaran hanya mutlak pada agama namun dalam mazhab agama ia berbagai,” katanya.
Pertahankan ulama atau parti
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali, berpendapat slogan mempertahankan ulama sekarang telah disalahgunakan oleh sesetengah pemimpin politik.
“Segelintir org politik menyempitkan maksud ulama iaitu merujuk kepada seseorang tokoh dalam parti tertentu yang mereka dukung.
"Padahal ulama sebenar merentasi kepartian. Termasuk dalam golongan ulama ialah para mufti dan guru agama yang di luar parti politik.
“Saya beri contoh - ketika para mufti mengeluarkan fatwa yg tidak senada dengan ulama parti tertentu, mereka turut diserang dan dihina.
“Jadi apakah benar terma 'mempertahankan ulama' itu atau ia sebenarnya mempertahankan orang parti sahaja?” katanya.
Mohd Syazreen AbdullahPengasas Pusat Kajian Irfan (Tradisi), Mohd Syazreen Abdullah, berpendapat penyakit sentimen sebegitu berpunca daripada sistem pendidikan yang gagal melahirkan masyarakat berfikiran kritis serta menghormati kesarjanaan ilmu.
“Kesannya mereka mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak yang mendakwa diri ulama.
“Ulama yang sebenar ialah individu yang berilmu. Anak muda jangan mengikut membabi buta sebaliknya bijak menilai adakah ulama yang mereka ikuti itu memberi kesan kepada nilai intelektual mereka,” katanya. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/semangat-nak-bela-ulama-boleh-tersasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Sekoq Lagi Dok Melalak Elok Kot Nak Sertai Kot Boleh Jadi Mb

Ada Sekoq Lagi Dok Melalak Elok Kot Nak Sertai Kot Boleh Jadi Mb

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 105 hits
Dewan Undangan Negeri Melaka menunggu surat rasmi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis susulan penyertaannya ke dalam Pas sebelum mengambil sebarang tindakan Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum berkata...
Aliff Aziz Nak Sado Macam Dulu Enggan Ulangi Kesilapan Saya Akan Kembali

Aliff Aziz Nak Sado Macam Dulu Enggan Ulangi Kesilapan Saya Akan Kembali

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 141 hits
Pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz seakan memberi bayangan mahu membuat kemunculan semula selepas mengharungi beberapa episod hitam dalam kehidupan Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktor yang berusia 33 tahun itu di Insta Storyn...
Gadis Terlalu Tinggi Cari Pasangan Macam Mana Nak Laku

Gadis Terlalu Tinggi Cari Pasangan Macam Mana Nak Laku

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 204 hits
1 Gadis Tinggi dari Heilongjiang China cari pasangan cinta Xiao Mai seorang wanita cantik berusia 25 tahun dari wilayah Heilongjiang China menghadapi kesukaran mencari teman lelaki yang sesuai kerana ketinggiannya Dia memiliki ketinggian lu...
Seriuslah Macam Ni Jawapan Timb Menteri Asal Boleh

Seriuslah Macam Ni Jawapan Timb Menteri Asal Boleh

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 274 hits
Dia sedar tak apa dia cakap Kalau salah cakap saja maaf Mohon maaf Sebelum ni diam membisu jer baru tahu KPKT ada timb menteri dari amanah rupanya
Doktor Rungkai Bagaimana Kecederaan Zulfarhan Boleh Bawa Kepada Kematian Buat Ramai Nak Tahu

Doktor Rungkai Bagaimana Kecederaan Zulfarhan Boleh Bawa Kepada Kematian Buat Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 168 hits
Isu mengenai kes bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain y ang didera hingga maut tujuh tahun lalu kembali hangat setelah enam suspek yang terlibat dijatuhkan hukuman gantung samp...
Pdrm Boleh Dah Ketuk Rumah Ambil

Pdrm Boleh Dah Ketuk Rumah Ambil

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 131 hits
Mohd Asri BakarBerada di dalam suasana POLITIK ini sepatutnya tidak mengajar seseorg itu untuk tidak beradab dan tidak pula menjadi biadap Kehidupan seekor walauns ini di pelajari daripada corak pemimpin2 mereka yg gemar utk mempergunakan t...
Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Terkesan dengan gejala buli siber yang semakin kronik pempengaruh media sosial dan pelakon Mek Yun berharap akta baharu membabitkan tindakan pelaku kacau ganggu dalam media sosial dapat digubal serta segera diwartakan Ujar Mek ...
Tak Ada Keperluan Untuk Sediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Bisnes Boleh Berjaya Juga

Tak Ada Keperluan Untuk Sediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Bisnes Boleh Berjaya Juga

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 169 hits
Saya ada tulis dalam satu artikel di blog ini tentang Bagi saya ia tidak diperlukan malah tidak mampu berikan sebarang jaminan terhadap kejayaan sesebuah perniagaan Dalam erti kata lain jika nak berniaga tak perlu siapkan apa apa rancangan ...
Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 141 hits
Anak sakit gigi mak ayah boleh cuba buat sendiri rawatan ini di rumah untuk legakan rasa sakit Setiap kali sakit gigi sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities