Kerjasama Pas Umno Bukan Untuk Najib Kata Abdul Hadi


MalaysiaGazette PAS
Sidang akhbar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Darul Iman.KUALA LUMPUR – Kerjasama Pas-UMNO bukan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri semula sebaliknya untuk mengembalikan kepimpinan orang Melayu, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, atas agenda itulah Pas menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga habis penggal.

“Kerjasama ini adalah untuk mengembalikan kepimpinan Melayu, bukan untuk Najib, Najib sudah tidak jadi perdana menteri, sudah tidak jadi presiden UMNO,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman.

Abdul Hadi ditanya kenyataan Dr Mahathir bahawa kerjasama kedua-dua parti itu adalah untuk mengembalikan Najib sebagai perdana menteri.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kerjasama yang dijalin oleh Pas terbuka untuk semua parti Melayu termasuk parti Bersatu dan bukannya UMNO semata-mata tanpa mengancam atau mengabaikan kaum-kaum lain.

“Memang kita bekerjasama dengan parti-parti  khusus parti Melayu. Kita dapati orang Melayu berpecah. Orang Cina tak berpecah. Orang cina pakat undi DAP. Gerakan undi DAP, MCA undi DAP.

“Sebab itu kita perlu menyatukan parti orang Melayu. Dan parti Melayu yang tingggal hanya Pas, UMNO dan Bersatu. PAN bukan parti Melayu, PKR bukan parti Melayu, sebab itu kita bekerjasama,” katanya.

Abdul Hadi berkata, kaum lain perlu menghargai jasa umat Islam yang menerima mereka sebagai warganegara dan diberikan kebebasan beragama serta menubuhkan sekolah berasaskan bahasa ibunda mereka.

Katanya, keadaan itu berbeza di Indonesia dan Thailand, mereka tidak dibenarkan buka sekolah Cina.
“Di negara kita, kita benarkan. Sepatutnya mereka terhutang budi, tetapi mereka meminta lebih.

“Mereka sepatutnya sedar diri, bagaimana orang Islam yang 65% (ialah) penduduk Malaysia, tetapi 80% (ekonomi) di tangan bukan Islam. Di Indonesia, Cina hanya 2%, tetapi ekonomi 80% di tangan bukan Islam. Ini boleh mencetuskan ketegangan,” katanya.

Ditanya kenyataan Pas yang mengkafirkan UMNO sebelum ini, katanya, kerjasama yang terjalin sekarang ini membuktikan isu itu tidak lagi timbul.

Beliau turut menjelaskan apa yang berlaku dahulu disebabkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan Islam dan keingkaran itu kerana kejahilan mereka sambil menekankan keadaan itu kini tidak lagi berlaku.

Mengenai kenyataan Lim Guan Eng yang kerjasama Pas-UMNO akan mensasarkan kepada bukan Melayu, Abdul Hadi berkata, kenyataan tersebut mencerminkan ketakutan Setiausaha Agung DAP itu kerana apabila berlaku perpaduan, mereka tidak lagi boleh menggunakan orang Melayu untuk kepentingan mereka.

Presiden Pas itu juga menegaskan tidak timbul penolakan MIC dan MCA kerana parti itu sememangnya telah menjalin hubungan dengan kedua-dua parti itu malah kerjasama dengan MIC dirumuskan sebagai sangat baik. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/kerjasama-pas-umno-bukan-untuk-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kerjasama Dengan Pas Buat Masa Ini Kata Umno Sabah

Tiada Kerjasama Dengan Pas Buat Masa Ini Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 425 hits
Timbalan Ketua Yakub Khan di persidangan Umno Putatan KOTA KINABALU Umno Sabah tiada niat membentuk sebarang pakatan dengan parti parti lain selain komponen Barisan Nasional pada masa ini walaupun pakatan Umno PAS di Semenanjung membuahkan ...
Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 360 hits
Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata pembentu...
Kerjasama Umno Pas Untuk Menghalalkan Jenayah Yang Dilakukan Najib Tun M

Kerjasama Umno Pas Untuk Menghalalkan Jenayah Yang Dilakukan Najib Tun M

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas yang dimeterai semalam sebagai usaha mengembalikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang didakwa dilakukan bekas ...
Kata Tak Gentar Dengan Umno Pas Tapi Banyak Cakap Kata Najib

Kata Tak Gentar Dengan Umno Pas Tapi Banyak Cakap Kata Najib

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 355 hits
Najib Razak berkata walaupun Pakatan Harapan kata tak gentar dengan kerjasama Umno dan PAS para pemimpinnya berebut rebut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu Bekas perdana menteri berkata semua kenyataan tersebut mengatakan perkara ...
Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 474 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli akademik berpendapat Pakatan Harapan tidak terjejas dengan kerjasama Umno Pas memandangkan PH yang pada masa ini memegang kuasa Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddi...
Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 411 hits
Kemenangan BN dalam PRK Semenyih juga merupakan satu bentuk referendum rakyat terhadap kerajaan negeri dan pusat supaya menunaikan janji pilihan raya dan tidak dilihat mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Islam Kerjasama politik Umno PA...
Kalau Kerjasama Dalam Pru Pas Tak Dapat Apa Kata Dr M

Kalau Kerjasama Dalam Pru Pas Tak Dapat Apa Kata Dr M

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 282 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui kerjasama antara Umno dan PAS telah membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Semenyih Loading Kali terakhir kami menang pada pilihan raya umum ke 14 adalah kerana PAS dan Umno terbaha...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai