Semangat Baharu Pindaan Ma63 Rakyat Sarawak Harus Berani Berubah Anwar











Rakyat Sarawak yang mendapat semangat baharu selepas lulusnya pindaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam seharusnya meneruskan perubahan dengan melantik Kerajaan Negeri baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember ini.



Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pindaan MA63 tidak banyak makna sekiranya rakyat Sarawak tidak bersungguh sungguh menuntut hak hak mereka yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang baru dipinda di Parlimen hari ini, saya amat berharap seluruh rakyat Sarawak terutamanya untuk berani memungkinkan reformasi dan perubahan demi kepentingan rakyat dan negeri.


"Kegagalan demi kegagalan akan berterusan sekiranya kita terus dengan tampuk lama (kerajaan lama) yang tidak menjiwai nurani dan hasrat rakyat yang dambakan keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu juga mahu jentera parti yang berkempen di Sarawak agar benar benar menyelami permasalah rakyat dan mengajak mereka bersama sama membentuk kerajaan yang lebih baik.


"Saya berada di Sarawak untuk beberapa hari pada hujung minggu lalu menjelajah dari Beting Maro hingga ke Bekenu.


"Tersentuh dengan kerukunan yang ditonjolkan oleh pelbagai suku kaum di Sarawak tatkala turun melihat cara hidup mereka di rumah-rumah panjang dan di kawasan pedalaman, dan ini ternyata menjadi elemen yang mengikat perpaduan antara kaum tidak hanya di Sarawak malah ia mesti terus diperkukuh di seluruh negara.


"Saya beritahu kepada calon-calon kita dari KEADILAN dan jentera untuk benar-benar memahami rintihan mereka serta mengangkat hak mereka yang tidak dipedulikan dan dipandang enteng oleh sebilangan petinggi politik yang hanya sibuk memunggah khazanah dan kekayaan negeri demi tembolok sendiri sejak beberapa dasawarsa lampau," katanya.


Sehubungan itu, Anwar mahu pengundi di Sarawak keluar beramai ramai lakukan perubahan pada PRN Sabtu ini.


"Sama-sama kita milih dan ngundi calon dari KEADILAN makei masa depan sidak anak cucu kita kelak!" serunya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/semangat-baharu-pindaan-ma63-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelulusan Pindaan Ruu Ma63 Beri Maruah Kepada Sabah Sarawak

Kelulusan Pindaan Ruu Ma63 Beri Maruah Kepada Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 238 hits
AGENDA DAILY Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Kelulusan Rang Undang Undang meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 di Dewan Rakyat hari ini benar benar memberi pengiktira...
Rakyat Sarawak Sedia Berubah Pengundi Luar Perlu Pulang Realisasikan Impian

Rakyat Sarawak Sedia Berubah Pengundi Luar Perlu Pulang Realisasikan Impian

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 220 hits
Pihan Raya Negeri Sarawak kali ini dijangka akan mencatat sejarah kebangkitan rakyat untuk berubah selepas 58 tahun diperintah oleh GPS tanpa pembangunan yang nyata Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tanda tand...
Ma63 Sabah Sarawak Should Set Up Joint Committee On Rights Kit Siang

Ma63 Sabah Sarawak Should Set Up Joint Committee On Rights Kit Siang

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 280 hits
The Sabah and Sarawak state legislative assemblies should set up a joint committee on restoring their rights according to Malaysia Agreement 1963 moots DAP veteran Lim Kit Siang In a statement the Iskandar Puteri MP said the Federal Constit...
Rizab Simpanan Tunai Tertinggi Mengapa Sarawak Paling Banyak Rakyat Miskin

Rizab Simpanan Tunai Tertinggi Mengapa Sarawak Paling Banyak Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 241 hits
Rakyat Sarawak seharusnya menjadi antara yang paling makmur di Malaysia kerana hasil bumi yang banyak termasuk gas asli petroleum dan kayu balak Bagaimanapun dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini kerajaan mengesahkan Sarawak mempunyai insi...
Rakyat Sarawak Salah Pilih Mael

Rakyat Sarawak Salah Pilih Mael

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 249 hits
Enough of hateful politics Azalina defends DAP MP over headscarf Umno s Pengerang MP Azalina Othman Said has defended DAP s Segambut MP Hannah Yeoh against criticisms over the latter s recent choice to don the headscarf in a mosque to meet ...
Sarawak State Election Will Be Anwar Ibrahim S Waterloo

Sarawak State Election Will Be Anwar Ibrahim S Waterloo

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 308 hits
Voters in Malaysia s biggest state are set to reject the opposition alliance in elections on Saturday increasing pressure on Anwar Ibrahim to step aside as de facto leader and forcing a rethink in strategy ahead of a national vote that may ...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Air Kumbahan Limpahi Hospital

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Esok My Befday Ke 33


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Panjang 2026

Resepi Aiskrim Homemade Blend

Petua Hilangkan Mulut Berbau Dengan Bahan Semulajadi

The Parc Nilai Impian

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Leisure Garden Sepang Mini Zoo Yang Menyeronokkan