Rizab Simpanan Tunai Tertinggi Mengapa Sarawak Paling Banyak Rakyat Miskin


 
Rakyat Sarawak seharusnya menjadi antara yang paling makmur di Malaysia kerana hasil bumi yang banyak termasuk gas asli, petroleum dan kayu balak.





Bagaimanapun, dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, kerajaan mengesahkan Sarawak mempunyai insiden kemiskinan paling tinggi.





Hal itu, menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, menimbulkan keraguan, ke manakah hasil kekayaan Sarawak selama ini dilonggokkan?





"Saya merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith pagi ini di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan YB Nga Kor Ming.





"Dalam menjawab soalan itu, Timbalan Menteri mendedahkan negeri Sarawak antara negeri yang merekodkan kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia. Pendedahan ini bukanlah satu perkara baru.





"Umum mengetahui meskipun sudah sekian lama Sarawak diperintah oleh Gabungan Parti Sarawak yang didominasi oleh PBB, kadar kemiskinan di negeri itu tidak bertambah baik, malah kekal di tahap yang sama," kata Shamsul.





Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu tertanya tanya mengapakah Sarawak yang mempunyai rizab simpanan tertinggi berbanding negeri lain di Malaysia, sebanyak RM31 bilion, tidak menggunakan dana berkenaan untuk membantu rakyatnya yang miskin.





"Amat menyedihkan buat rakyat Sarawak, di mana negeri ini mempunyai rizab simpanan tunai terbesar. Pendapatan negeri juga ketiga terbesar, di mana Sarawak menyumbang sebanyak 12% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.





"Namun di mana silapnya dalam pengagihan kekayaan negeri ini kepada rakyat Sarawak?" tanyanya.





Lebih mengejutkan, kata Shamsul, ADUN ADUN Sarawak juga diberikan peruntukan pembangunan tahunan yang jauh lebih tinggi berbanding mana mana ADUN di Malaysia, malah melebihi peruntukan Ahli Parlimen.





Namun ke manakah perginya dana berkenaan kerana taraf hidup rakyat Sarawak kekal daif sejak berpuluh tahun.





"Peruntukan yang diterima setiap ADUN Sarawak antara yang tertinggi di Malaysia.





"Setiap wakil rakyat GPS menerima peruntukan tahunan sebanyak RM5 juta untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), RM2 juta untuk Projek Kecil Luar Bandar (MRP), RM1 juta untuk Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dan RM1 juta untuk Program Tabung Fasilitasi Pertanian.





"Adakah peruntukan yang diterima ADUN ini benar-benar sampai ke tangan rakyat untuk menikmati manfaatnya? Jika ya, mengapa Sarawak adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia," katanya lagi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/rizab-simpanan-tunai-tertinggi-mengapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tanya Berapa Banyak Rakyat Bayar Hutang 1mdb

Najib Tanya Berapa Banyak Rakyat Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 309 hits
Ini kerana satu dunia tahu Najib telah disabitkan bersalah oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana tujuh tuduhan pecah amanah menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM4...
Manifesto Pro Rakyat Keadilan Sarawak Yakin Tembusi Beberapa Dun

Manifesto Pro Rakyat Keadilan Sarawak Yakin Tembusi Beberapa Dun

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 156 hits
KEADILAN Sarawak yakin akan berjaya menembusi beberapa DUN yang disasarkan pada Pilihan Raya Negeri dengan manifesto yang betul dan pro rakyat Pemimpin KEADILAN Sarawak Piee Ling atau dikenali sebagai Cikgu Piee berkata persediaan KEADILAN ...
Rakyat Sarawak Salah Pilih Mael

Rakyat Sarawak Salah Pilih Mael

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 195 hits
Enough of hateful politics Azalina defends DAP MP over headscarf Umno s Pengerang MP Azalina Othman Said has defended DAP s Segambut MP Hannah Yeoh against criticisms over the latter s recent choice to don the headscarf in a mosque to meet ...
Wakil Rakyat Wanita Diperlukan Dalam Dun Sarawak Fuziah Salleh

Wakil Rakyat Wanita Diperlukan Dalam Dun Sarawak Fuziah Salleh

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 306 hits
Dewan Undangan Negeri Sarawak kekurangan wakil rakyat wanita apatah lagi untuk melengkapkan kuota 30 Bagi tujuan itu KEADILAN menempatkan 5 calon wanita parti itu bersaing merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri pada 18 Disember ini Menuru...
Prn Sarawak Pkr Tawar Reformasi Menyeluruh Keperluan Asas Rakyat

Prn Sarawak Pkr Tawar Reformasi Menyeluruh Keperluan Asas Rakyat

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 209 hits
Calon calon KEADILAN yang bertanding di tiga DUN dalam Daerah Baram hari ini menyeru pengundi di situ bangkit melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 18 Disember ini Menurut calon N78 Mulu Roland Engan N77 Telang Usan Philip J...
Bakul Makanan Tunai Kepada B40 Antara Manifesto Pkr Sarawak

Bakul Makanan Tunai Kepada B40 Antara Manifesto Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 215 hits
Kemudahan kesihatan di seluruh Sarawak yang tergadai dijadikan salah satu teras dalam manifesto KEADILAN untuk Pilihan Raya Negeri ke 12 Naib Presiden KEADILAN Sarawak Dr Michael Teo Yu Keng berkata sebagai seorang doktor beliau percaya Sar...
Banyak Alasan Di Melaka Pn Dan Ph Sila Buktikan Di Prn Sarawak

Banyak Alasan Di Melaka Pn Dan Ph Sila Buktikan Di Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 165 hits
Banyak alasan di Melaka PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak Cukup cukuplah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mencari alasan kerana kalah Pilihan Raya Negeri Melaka Sebaliknya PH dan PH buktikan kemampuan di Sarawak kerana kedua dua ...
Rizab Emas Malaysia Masih Banyak

Rizab Emas Malaysia Masih Banyak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 146 hits
SHAH ALAM Rizab emas di Malaysia masih banyak dan dianggarkan bernilai jutaan ringgit sekali gus memberi masa depan cerah kepada industri emas negara untuk terus berkembang Pakar geologi Profesor Madya Dr Habibah Jamil berkata rizab bahan g...
Simpanan Sarawak Rm31 B Mampu Tadbir Tanpa Bantuan Penuh Pusat

Simpanan Sarawak Rm31 B Mampu Tadbir Tanpa Bantuan Penuh Pusat

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 171 hits
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin membayangkan pembangunan di Sarawak mungkin terencat sekiranya pengundi tidak memilih dengan bijak dalam Pilihan Raya Negeri kali ini merupakan ugutan halus yang tidak seharu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran