Semakin Ramai Mp Mahu Parlimen Kembali Bersidang



Semalam, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said, yang merupakan ahli parlimen Pengerang (Umno), menulis surat kepada Peguam Negara, Idris Harun bagi menyatakan cabang legislatif telah lumpuh akibat keputusan eksekutif menggantung Parlimen.
Gesaan itu juga mendapat sokongan 90 anggota parlimen di rantau Asean yang menandatangani rayuan agar parlimen Malaysia kembali dibuka.
Bekas dan ahli parlimen yang menandatangai rayuan berkenaan adalah dari Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina, Singapura, dan Myanmar.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS, Khairul Nizam Khirudin berkata kesemua ahli parlimen tersebut adalah daripada ahli parlimen di peringkat pembangkang negara masing-masing dan tidak semuanya mewakili negara Asean.
“Tambahan, antara yang mendesak ini pula sudah tidak lagi bergelar Ahli Parlimen negara mereka.
“Pemuda PAS tidak mahu berbicara panjang berkenaan siapakah mereka ini, tetapi adakah desakan ini datangnya daripada tangan-tangan kotor ahli parlimen negara kita sendiri seolah mengadu domba dan membawa imej buruk negara kepada dunia luar?
“Adakah ahli parlimen negara ini mahu mencucuh keberantakkan dan kekacauan negara sehingga ‘menghimpunkan’ orang luar untuk meraih simpati politik yang sangat keji sikapnya?!”soalnya.
Semakin ramai anggota parlimen mendesak parlimen bersidang berikutan pelbagai sektor telah dibuka bagi melonggarkan sekatan akibat wabak Covid-19.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, jawatankuasa dwi-parti yang menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat perlu memberitahu kerajaan bahawa darurat tidak menghalang sidang parlimen khas diadakan.
Dia berkata, walaupun parlimen ditangguhkan, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa perlu) 2021 membenarkan Yang di-Pertuan Agong mengadakan mesyuarat khas sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
Katanya, parlimen perlu memastikan kebertanggungjawaban selepas sejumlah peruntukan dibelanjakan untuk memerangi wabak Covid-19 dan program imunisasi terbesar akan dijalankan dalam sejarah negara.
“Tidak ada sebarang sebab mengapa negara kita perlu menghalang Parlimen daripada menjalankan fungsinya untuk menyemak imbang tindakan pihak eksekutif dan memastikan terdapat pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19.
“Banyak negara lain, termasuklah negara-negara yang mempunyai jumlah jangkitan Covid-19 yang lebih tinggi, tidak menggantung fungsi Parlimen mereka,” katanya.
Sementara itu, anggota parlimen Selayang William Leong meminta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu), yang membolehkan penggantungan parlimen, ditarik balik.
“Saya meminta perdana menteri dan kabinet menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) agar tidak mengganggu perjalanan demokrasi berperlembagaan yang asas.
“Menggunakan darurat kesihatan awam untuk membenarkan penangguhan pentadbiran yang demokratik bukanlah tindak balas kerajaan demokratik. Ini adalah ciri khas pemerintahan diktator,” kata ahli parlimen PKR itu dalam satu kenyataan berasingan.

The post Semakin ramai MP mahu parlimen kembali bersidang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/18/semakin-ramai-mp-mahu-parlimen-kembali-bersidang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakin-ramai-mp-mahu-parlimen-kembali-bersidang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Kembali Bersidang Umno Sifatkan Agong Utamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan

Parlimen Kembali Bersidang Umno Sifatkan Agong Utamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 302 hits
Pandangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat membuktikan baginda mengutamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufia...
Rentasan 832 Parlimen Bakal Bersidang Pada Mac Dan April Tahun Ini

Rentasan 832 Parlimen Bakal Bersidang Pada Mac Dan April Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 352 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8321 BILA PARLIMEN AKAN BERSIDANG 2 KISAH IKAN BILIS IKAN SELAYANG DAN IKAN JERUNG DI TERENGGANU 3 DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH SIBUK MENYERANG MEDIA 4 EKONOMI NEGARA PERLU SEGERA DISELAMATKAN MENARIK DALAM RENTASAN 832 ...
Bila Parlimen Akan Bersidang

Bila Parlimen Akan Bersidang

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 242 hits
Menurut beliau ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah menandatangani sebarang akujanji untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri sekarang Beliau berkata demikian menerusi satu wawancara hati ke hati ber...
Parlimen Boleh Bersidang Tapi Bukan Untuk Agenda Politik

Parlimen Boleh Bersidang Tapi Bukan Untuk Agenda Politik

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 288 hits
malaysiakini comDiterbitkan 19 Feb 2021 8 25 amBeberapa pemerhati politik berpendapat persidangan Dewan Rakyat boleh diteruskan sekiranya anggota parlimen tidak mempunyai motif politik dan hanya memfokuskan isu rakyat Jelas penganalisis pol...
Agong Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat

Agong Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 346 hits
malaysiakini comDiterbitkan 24 Feb 2021 4 38 pmDikemaskini 5 00 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu...
Hans Isaac Beri Bayangan Mahu Rampas Kembali Parlimen Ampang

Hans Isaac Beri Bayangan Mahu Rampas Kembali Parlimen Ampang

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 213 hits
AMPANG Penerbit dan pelakon Datuk Hans Isaac memberi bayangan untuk mencabar Datuk Dr Zuraida Kamaruddin bagi merebut kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Ini susulan dakwaan Hans berjaya menawan kembali lebih 120...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord