Semakan Tawaran Haji 2025 1446h Tabung Haji


Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 orang untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah bermula pada hari Isnin, 16 Disember 2024.
Sehubungan itu, pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.
Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada semasa, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun seterusnya. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan rayuan serta syarat-syarat menunaikan haji bagi bakal jemaah tahun 2025 / 1446H.
Tarikh Semakan Tawaran Haji 2025 Bakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui portal THiJARI mulai 16 Disember 2024. Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah secara berperingkat.
Pendeposit yang telah mendaftar disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal tersebut.
Cara Semakan Tawaran Haji Melalui THiJARI Semua bakal haji Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui laman web rasmi atau memuatnaik aplikasi THiJARI bagi tujuan tersebut.
Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:
Login ke Portal THiJARI di pautan berikut: https://www.thijari.com.my Pilih Menu PERKHIDMATAN HAJI Klik SEMAK TAWARAN HAJI Anda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini *Pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.
Anda juga akan menerima SMS seperti berikut sekiranya nombor telefon yang didaftarkan masih aktif :
Proses Semakan & Penerimaan Tawaran Setelah menerima tawaran, bakal jemaah perlu:
Melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti yang berdaftar dengan TH dan KKM. Mencukupkan bayaran haji. Melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI. Rujuk video di bawah untuk panduan lebih terperinci:
Sumber: Tabung Haji Syarat Menunaikan Haji 2025 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1446H/2025 seperti tahun sebelumnya.
Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bagi setiap Bakal Jemaah Haji yang berumur 65 tahun ke atas dan yang mempunyai penyakit komorbid untuk mengambil Vaksin Meningococcal Quadrivalent ACYW-135.
Manakala, Vaksin Covid-19 dan Vaksin Influenza adalah amat digalakkan (dan diwajib untuk golongan tertenu) untuk diambil oleh semua Bakal Jemaah Haji oleh Kerajaan Arab Saudi.
Sumber: Jemaah Haji Malaysia 1445H/2024M 1446H/2025M Setiap Bakal Haji juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dengan kriteria dan garis panduan kesihatan yang ditetapkan sebelum dibenarkan  berangkat ke Tanah Suci. Bakal Haji perlu berada dalam keadaan yang sihat.
Kriteria pemeriksaan kesihatan di bawah Garis Panduan ini antaranya menetapkan Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 40, penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil, tiada penyakit yang serius seperti kanser, penyakit paru-paru yang kronik dan sebagainya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan kesihatan bakal haji merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama TH ke atas setiap bakal haji yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun.
“Ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititik beratkan oleh semua bakal haji bermula di tanah air lagi.
Pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik kerana ibadat haji melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia ,” tambah beliau.
“Semasa di tanah suci, jemaah haji juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak, elakkan daripada berhubung dengan mereka yang bergejala dan menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 kendiri sekiranya mendapati diri bergejala” tambah beliau lagi.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata saringan kesihatan yang ketat pada musim haji lalu adalah satu langkah yang berkesan apabila peratusan jemaah haji yang mendapatkan rawatan pesakit luar dan dimasukkan ke dalam wad amat rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Selaras dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan KKM, setiap bakal jemaah haji Malaysia wajib menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor di klinik-klinik yang diiktiraf.
Buku Rekod Rawatan Digital Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Hal ini kerana, BRRJH kini disediakan dalam bentuk digital bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, menjimatkan masa dan tenaga selain memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci Makkah.
Setelah menyemak dan memuat turun surat tawaran haji, bakal jemaah boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan dan Surat Tawaran Tunai Haji (softcopy/hardcopy).
Kemudian, bakal jemaah akan menerima notifikasi mengenai status kesihatan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan di aplikasi THiJARI setelah selesai pemeriksaan kesihatan, dan seterusnya boleh melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.
Proses pengisian maklumat oleh bakal haji dan Pegawai Perubatan juga semuanya dilakukan dalam sistem yang diintegrasikan bersama sistem dari KKM untuk mendapatkan butiran penuh tahap kesihatan bakal jemaah serta status vaksinasi.
Bakal haji tidak perlu lagi untuk membawa BRRJH secara fizikal ke Tanah Suci kerana semua maklumat dan status kesihatan terkumpul di dalam satu sistem sekali gus mengurangkan risiko kehilangan buku rekod berkenaan.
Cara Daftar Pengguna THiJARI Jika anda masih belum berdaftar dengan portal THiJARI, sila ikuti 3 langkah berikut untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.
Dapatkan capaian melalui https://www.thijari.com.my (telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain). Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH. Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online. Baca juga: Cara Daftar THiJARI & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/semakan-tawaran-haji-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-tawaran-haji-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji To Announce 2025 Haj Cost Tomorrow

Tabung Haji To Announce 2025 Haj Cost Tomorrow

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 180 hits
Minister in the Prime Minister s Department Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar confirmed today that the announcement would be made during an event at MenaraTH in Kuala Lumpur in the morning NSTP WAN NABIL NASIR POKOK SENA Lembaga Tabung Haji will ...
Kos Haji 2025 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

Kos Haji 2025 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR 16 DISEMBER 2024 Lembaga Tabung Haji akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H 2025M kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji Bantuan Kewangan Haji pada musim haji...
Sebaran Maklumat Mengenai Perubahan Dasar Atau Sistem Th Musim Haji 2025 Adalah Tidak Benar

Sebaran Maklumat Mengenai Perubahan Dasar Atau Sistem Th Musim Haji 2025 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 793 hits
SEBENARNYA Menurut Tabung Haji Para pendeposit TH perlu berhati hati apabila menerima maklumat yang belum pasti kesahihannya Hanya rujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat yang tepat SUMBER Facebook Rasmi TH
Bantuan Kerajaan Kurangkan Kos Haji B40 Kepada Rm15 000 Pada 2025

Bantuan Kerajaan Kurangkan Kos Haji B40 Kepada Rm15 000 Pada 2025

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 247 hits
Terkini pada tahun 2025 bakal jemaah haji Muassasah daripada kumpulan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan khas bagi meringankan beban kos menunaikan haji Lembaga Tabung Haji bersama Kerajaan terus komited membantu rakyat melaksanakan...
Rayuan Haji 2025 Permohonan Online Thijari Syarat

Rayuan Haji 2025 Permohonan Online Thijari Syarat

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 176 hits
Lembaga Tabung Haji kini membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1446H 2025M bermula Khamis 19 Disember 2024 Pemohonan secara dalam talian ini adalah kemudahan yang disediakan TH bagi memb...
Tarikh Pengumuman Dividen Asb 2024 2025 Semakan

Tarikh Pengumuman Dividen Asb 2024 2025 Semakan

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 675 hits
TERKINI PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 PENGUMUMAN DIVIDEN Amanah Saham Nasional Berhad akan mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 tid...
Bantuan Awal Persekolahan 2025 Diteruskan Ini Tarikh Semakan Mak Ayah

Bantuan Awal Persekolahan 2025 Diteruskan Ini Tarikh Semakan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 239 hits
Berita baik buat semua ibu bapa Bantuan Awal Persekolahan diteruskan seperti biasa tahun ini bagi meringankan beban untuk memulakan sesi persekolahan baru tahun hadapan Perkara ini dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Honor Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 9 Januari 2025

Honor Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 9 Januari 2025

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 228 hits
HONOR Malaysia bakal memperkenalkan HONOR Magic7 Pro pada 9 Januari 2025 Peranti ini hadir dengan gabungan teknologi AI terkini HONOR Magic7 Pro memanfaatkan gabungan kedua duanya menjadikannya sebagai pencabar utama di arena telefon pintar...
Young Tigress Sambar Slot Piala Dunia Remaja 2025

Young Tigress Sambar Slot Piala Dunia Remaja 2025

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 175 hits
SKUAD hoki remaja wanita negara menutup kempen Piala Remaja Asia 2024 di kedudukan kelima selepas menewaskan Thailand 6 0 dalam klasifikasi tempat kelima keenam di Stadium Hoki Al Amarat Muscat Oman Kemenangan diraih Young Tigress kendalian...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya