Tarikh Pengumuman Dividen Asb 2024 2025 Semakan


TERKINI: PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 & PENGUMUMAN DIVIDEN (AGIHAN PENDAPATAN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 tidak lama lagi.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB mengikut tarikh yang diumumkan.
TERKINI : PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN & BONUS ASB 2024 Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pada tahun lalu, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan sementara waktu.
INFO TAMBAHAN
Antara pulangan ASNB harga tetap yang lain bagi tahun 2023 berbanding 2022 seperti dibawah.
ASB2 : 5.00%, naik 0.70% berbanding tahun 2022 4.30%. ASB3 : 5.00%, naik 0.75% berbanding tahun 2022 4.25%. ASM : 4.50%, naik 0.50% berbanding tahun 2022 4.00%. ASM2 : 4.50%, naik 0.75% berbanding tahun 2022 3.75%. ASM3 : 4.50%, naik 0.75% berbanding tahun 2022 3.75%. Sumber kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB2023
Kenyataan-Akhbar-Agihan-Pendapatan-ASBDownload Tarikh Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 Tarikh penangguhan urusniaga bagi tahun 2024 telah dimaklumkan.
Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 28 hingga 31 Disember 2024.
Semua urus niaga ASB akan dibuka semula melalui myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2025, manakala di kaunter dan ejen pada 2 Januari 2025.
Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.
Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.
Tarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.
Semakan pengkreditan lazimnya boleh dibuat mulai 1 Januari secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari di Kaunter ASNB.
Cara Mudah Kira Dividen ASB 2024 Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?
Cara kira dividen ASB adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:
Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. Contoh mudah:
AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25% BONUS : 1.0% Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.
Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.
Kalau simpan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal Rm5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88
Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.
Itu simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa sudah dividen. Melainkan kalau ditambah pada bulan 11 dapat la tambahan RM87.50
Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada keluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen dia boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50
Begitulah cara kira dividen dalam ASB. Bukan direct darab dengan 5.25% tu melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sampai la 31/12.
Jumlah Dividen + Bonus ASB 2023 & Sebelumnya Pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.
Dividen ASB Tahun 2023
Dividen – 4.25% Bonus – 1.00% Kadar Agihan – 5.25% Dividen ASB Tahun 2022
Dividen – 4.60% Bonus – 0.50% Kadar Agihan – 5.10% Dividen ASB Tahun 2021
Dividen – 4.25% Bonus – 0.75% Kadar Agihan – 5.00% Sejarah Dividen ASB 2013-2023
Maklumat terkini tentang agihan pendapatan akan dikemaskini melalui artikel ini setelah ia diumumkan secara rasmi oleh pihak ASNB.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman
Cara Semakan Dividen ASB Online Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.
Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my
Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan
secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan
cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my
Bagi anda yang masih belum mendaftar MyASNB online, sila rujuk artikel berikut untuk panduan lanjut :
MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter Cara Semakan Dividen ASB Online & Kira Pendapatan ASBF Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dividen-asb-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dividen-asb-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dividen Asb 2024 Kenaikan Pasaran Saham Jadi Petanda Baik

Dividen Asb 2024 Kenaikan Pasaran Saham Jadi Petanda Baik

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 278 hits
Tahun kewangan 2024 dilihat memberi harapan besar kepada pelabur ASB apabila prestasi pasaran saham global dan domestik menunjukkan perkembangan positif Dengan kenaikan dalam indeks utama seperti Nasdaq S P 500 Nikkei 225 Hang Seng serta Bu...
Bantuan Awal Persekolahan 2025 Diteruskan Ini Tarikh Semakan Mak Ayah

Bantuan Awal Persekolahan 2025 Diteruskan Ini Tarikh Semakan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 239 hits
Berita baik buat semua ibu bapa Bantuan Awal Persekolahan diteruskan seperti biasa tahun ini bagi meringankan beban untuk memulakan sesi persekolahan baru tahun hadapan Perkara ini dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Dividen Asb 2024 5 75 Sen Seunit Tertinggi Dalam Lima Tahun

Dividen Asb 2024 5 75 Sen Seunit Tertinggi Dalam Lima Tahun

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 173 hits
Dividen ASB 2024 5 75 sen seunit tertinggi dalam lima tahun Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan agihan pendapatan 5 75 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 Dividen ASB 20...
Ini Senarai 25 Lokasi Waktu Pengaktifan Smart Lane Di Lebuhraya Plus Dari 20 Dis 2024 2 Jan 2025

Ini Senarai 25 Lokasi Waktu Pengaktifan Smart Lane Di Lebuhraya Plus Dari 20 Dis 2024 2 Jan 2025

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 232 hits
Bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lancar ketika musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun yang akan datang PLUS Malaysia Berhad memaklumkan akan mengaktifkan penggunaan laluan Smart Lane di 25 lokasi se...
Tol Percuma Hari Krismas 2024 Tarikh Masa Pelaksanaan

Tol Percuma Hari Krismas 2024 Tarikh Masa Pelaksanaan

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 181 hits
PENGECUALIAN TOL SEMPENA KRISMAS 2024 WAKTU TARIKH TOL PERCUMA HARI NATAL Kerajaan Madani telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan kelas 1 sahaja selaras aspirasi MADANI di hati Rakyat Disantuni sempena Perayaan Hari Kr...
Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 456 hits
DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA Sempena menyambut Tahun Baharu 2025 14 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama Rakan Strategik MAPIM MyFundAction Du at Al Falah akan membawakan program khas penuh pengisian r...
Piala Carabao 2024 2025 Jadual Perlawanan Pasukan Live

Piala Carabao 2024 2025 Jadual Perlawanan Pasukan Live

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 404 hits
Piala Carabao merupakan sebuah kejohanan domestika di England yang melibatkan pasukan daripada pelbagai divisyen yang berlainan Kejohanan ini secara umumnya dikenali sebagai Piala EFL atau EFL Cup namun kini lebih dikenali sebagai Piala Car...
Semakan Tawaran Haji 2025 1446h Tabung Haji

Semakan Tawaran Haji 2025 1446h Tabung Haji

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 259 hits
Lembaga Tabung Haji telah mula mengeluarkan surat tawaran kepada 31 600 orang untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025 1446 Hijrah bermula pada hari Isnin 16 Disember 2024 Sehubungan itu pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan u...
Pongal 2025 Sejarah Tradisi Tarikh Sambutan

Pongal 2025 Sejarah Tradisi Tarikh Sambutan

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 231 hits
Pongal 2025 Sejarah Tradisi Tarikh Sambutan Pongal adalah salah satu perayaan terbesar bagi masyarakat Tamil di seluruh dunia terutama di India Sri Lanka dan Malaysia Dikenali sebagai perayaan menuai Pongal dirayakan setiap tahun pada bulan...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya