Rayuan Haji 2025 Permohonan Online Thijari Syarat


Lembaga Tabung Haji (TH) kini membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1446H / 2025M bermula Khamis, 19 Disember 2024.
Pemohonan secara dalam talian ini adalah kemudahan yang disediakan TH bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.
Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji telah dikeluarkan bermula pada 16 Disember 2024 secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.
Bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.
Bagi yang tidak terpilih, rayuan_haji boleh dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan mahram diberikan keutamaan.
Aplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma daripada Google Play atau App Store. Ia akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.
Bagi musim 2025 ini, pengecualian kos penuh diberikan kepada 3 jenis rayuan berikut:
Mahram Pembantu jemaah lanjut usia Pembantu jemaah kelainan upaya (OKU) Giliran sebelum tahun semasa Cara Daftar Pengguna THiJARI Pendeposit hanya perlu melakukan 3 langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.
Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online. Cara Permohonan Rayuan Haji Online di THiJARI Permohonan rayuan bagi 1446H / 2025 M dibuka mulai 19 Disember 2024 (Khamis).
Proses Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi www.thijari.com.my
Rayuan perlu diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan haji pada tahun sebelum ini.
Sila rujuk langkah berikut untuk membuat rayuan online melalui THiJARI:
Login ke THiJARI. Pilih Menu Perkhidmatan Haji. Pilih Menu Rayuan_Haji. Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan. Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan. Klik pada ruangan Berikutnya. Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah. Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi. Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan. Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan. Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon. LANGKAH PERMOHONAN RAYUAN-HAJI MELALUI THIJARI
LOGIN KE THIJARI
PILIH ‘PERKHIDMATAN HAJI’
KLIK ‘RAYUAN HAJI’


NYATAKAN SEBAB-SEBAB PERMOHONAN ANDA
LENGKAPKAN BUTIRAN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN.
Kategori & Contoh Alasan Rayuan Terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:
Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah) Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas) Isteri untuk mengikut suami Terpilih Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih Orang Kurang Upaya (OKU) Bakal haji Mualaf Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas) Bakal haji Daftar lama Lain-lain Rayuan Soalan Lazim Rayuan Haji Sila rujuk kategori dan garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu haji dalam paparan di bawah:
Baca juga: Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI, Untuk Anak Pun Boleh
Maklumat Lanjut Rujuk info lebih terperinci dengan klik di perkara berikut:
Carta Pengurusan Haji Surat Jadual Penerbangan Pasport Pemeriksaan Kesihatan Pembatalan / Penundaan Pemergian Haji Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/rayuan-haji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rayuan-haji

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kos Haji 2025 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

Kos Haji 2025 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 16 DISEMBER 2024 Lembaga Tabung Haji akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H 2025M kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji Bantuan Kewangan Haji pada musim haji...
Tabung Haji To Announce 2025 Haj Cost Tomorrow

Tabung Haji To Announce 2025 Haj Cost Tomorrow

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 244 hits
Minister in the Prime Minister s Department Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar confirmed today that the announcement would be made during an event at MenaraTH in Kuala Lumpur in the morning NSTP WAN NABIL NASIR POKOK SENA Lembaga Tabung Haji will ...
Sebaran Maklumat Mengenai Perubahan Dasar Atau Sistem Th Musim Haji 2025 Adalah Tidak Benar

Sebaran Maklumat Mengenai Perubahan Dasar Atau Sistem Th Musim Haji 2025 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 833 hits
SEBENARNYA Menurut Tabung Haji Para pendeposit TH perlu berhati hati apabila menerima maklumat yang belum pasti kesahihannya Hanya rujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat yang tepat SUMBER Facebook Rasmi TH
Hlp 2025 Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan

Hlp 2025 Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 231 hits
Permohonan bagi penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa Sambilan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi Ambilan Tahun 2025 telah dibuka oleh Kementeri...
Semakan Tawaran Haji 2025 1446h Tabung Haji

Semakan Tawaran Haji 2025 1446h Tabung Haji

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 337 hits
Lembaga Tabung Haji telah mula mengeluarkan surat tawaran kepada 31 600 orang untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025 1446 Hijrah bermula pada hari Isnin 16 Disember 2024 Sehubungan itu pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan u...
Bantuan Kerajaan Kurangkan Kos Haji B40 Kepada Rm15 000 Pada 2025

Bantuan Kerajaan Kurangkan Kos Haji B40 Kepada Rm15 000 Pada 2025

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 279 hits
Terkini pada tahun 2025 bakal jemaah haji Muassasah daripada kumpulan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan khas bagi meringankan beban kos menunaikan haji Lembaga Tabung Haji bersama Kerajaan terus komited membantu rakyat melaksanakan...
Modul Penggantian Pemimpin Sekolah Syarat Semakan Permohonan

Modul Penggantian Pemimpin Sekolah Syarat Semakan Permohonan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 219 hits
Modul Penggantian Pemimpin Sekolah diperkenalkan untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah Aspirasi kepada MPPS adalah Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua Guru B...
School S Out A Guide To Indonesian School Holidays In 2025

School S Out A Guide To Indonesian School Holidays In 2025

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 328 hits
Planning a trip to Indonesia Knowing the school holiday schedule can be a game changer While Indonesia is a beautiful archipelago with countless islands to explore timing your visit during school holidays can be a double edged sword On one ...
Singapore School Terms And Holidays For 2025

Singapore School Terms And Holidays For 2025

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 289 hits
Planning ahead for the school year Here s a comprehensive guide to the school terms and holidays for 2025 in Singapore including important dates for MOE Kindergartens primary and secondary schools junior colleges and Millennia Institute Plu...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Abaikan Jika Tak Minat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta