Semakan Potongan Gaji Dengan Angkasa
SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA
Kepada semua pemimjam yang menggunakan sistem potongan gaji melalui ANGKASA,anda patut dan perlu tahu cara untuk membuat semakan potongan gaji dengan ANGKASA bagi memastikan anda tahu dan tidak timbul sebarang kesilapan dalam urusan pemotongan bulan.
Anda dinasihatkan membuat semakan potongan gaji dengan ANGKASA secara berkala,sama ada setiap bulan atau 3 bulan sekali untuk memastikan anda betul-betul cakna dengan kewangan anda. Kami percaya, ramai yang tak pernah menyemak berapa jumlah potongan gaji dengan ANGKASA kan?
APA ITU ANGKASA
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
PERANAN ANGKASA
ANGKASA hanya sebagai pemudah cara iaitu setiap koperasi kredit berperanan sebagai pemberi pinjaman kepada ahli koperasi dan ANGKASA bertindak sebagai ejen kutipan
SISTM POTONGAN GAJI ANGKASA(SPGA)
Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA). Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.
Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.
SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).
Koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru atau meminda / menghentikan tuntutan semasa. Pengguna SPGA perlu ada perkakasan “MYKAD Reader” untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti pengguna sistem.
Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya “SPeKAR” menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan juga kes litigasi atau saman mahkamah.
Maklumat kredit yang lengkap dapat membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit seseorang pemohon kredit (individu).
KIOSK SPGA
Bagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013.
Melalui perkhidmatan kiosk ini, semua anggota koperasi boleh mendapatkan penyata potongan bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (BPKP) secara layan diri.
Baca tentang SENARAI HARGA KERETA BARU PROTON,PERODUA,HONDA & TOYOTA SELEPAS INSENTIF PENJANA
Anggota koperasi (pelanggan) hanya perlu memasukkan kad pengenalan (MYKAD) yang dilengkapi dengan cip maklumat peribadi dan perlu disahkan dengan cap jari.
Perkhidmatan ini diberi secara PERCUMA sebagai usaha berterusan ANGKASA memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga koperasi seluruh Malaysia
CARA MEMBUAT SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA
Berikut adalah cara untuk anda semak potongan gaji dengan ANGKASA.
Anda boleh hubungi ANGKASA +603 – 7802 2400
Emel kepada
[email protected] /
[email protected]
Hantar Surat ke Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan, Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS6/1, Peti Surat 8799, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
Semak pada 24 unit kiosk SPGA di seluruh negara. Untuk senarai penuh kiosk, sila klik http://angkasa.coop/bm/index.php/pages/sistem-potongan-gaji-angkasa-spga
The post SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/semakan-potongan-gaji-dengan-angkasa.html