Ini Jawapan Kenapa Gaji Rm3 000 Sebulan Tak Cukup Pada Zaman Sekarang


Tidak cukup dipanggil manja dan tidak mampu berdikari, golongan muda zaman sekarang juga sering dibandingkan dengan generasi sebelumnya yang akan bercerita bagaimana mereka mampu hidup pada zaman dahulu hanya dengan berbekalkan gaji serendah RM1,500 sebulan.


Namun begitu, perkongsian oleh pengguna Facebook, Ir Abdul Rahman Bahasa di Facebook ini pasti akan membuka mata ramai pihak, terutamanya Kerajaan yang bertanggapan sebegitu sebelum ini dan mengubah persepsi terhadap anak muda pada zaman kini.

Tidak mahu berhujah kosong dengan golongan 'pak cik dan mak cik' yang mengatakan anak-anak muda ini manja dan tidak mampu untuk survive walaupun mendapat gaji sekali ganda tinggi dari mereka.

Beliau membuat kiriman lengkap dengan perbandingan antara gaji dan kos kehidupan pada zaman dahulu dan sekarang.

Abdul Rahman berkata, dia terdetik untuk membuat perbandingan selepas mendengar perbualan antara warga emas yang berbicara mengenai survival hidup ketika sedang membeli nasi lemak.

Berikut adalah perbualan yang didengarinya pada pagi tersebut;

"Hairan aku dengan budak muda sekarang, gaji dah RM3000 pun mengeluh lagi.

"Aku dulu tahun 80-an gaji RM1,500 sahaja, hidup juga. Dapat beli rumah teres, dapat pakai kereta Honda. Dapat juga makan McDonalds. Budak-budak sekarang ni manja sangat!" kongsinya.

Selepas mendengar perbualan tersebut, Abdul Rahman berkata dia terpanggil untuk membuat perbandingan antara gaji yang diterima dan kos kehidupan yang perlu ditanggung oleh anak muda pada zaman sekarang dan mereka yang hidup pada zaman dahulu.

"Betul ke generasi aku ni manja? Ke, kami ni memang tak reti nak survive?

"Bila aku masuk office, aku muhasabah diri fikirkan balik ayat pakcik tu tadi.Mana silapnya?" soalnya.

Melalui perbandingan yang dibuat, pembaca dengan jelas dapat melihat bagaimana harga rumah, kereta dan makanan meningkat berkali ganda daripada zaman 80-an sedangkan gaji yang diterima anak muda pula hanya naik sekali ganda.

"Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur. Kena usaha 11 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80-an.

"Kalau nak beli Honda Civic. Kena usaha 8.3 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80-an," luahnya dalam perkongsian tersebut.

PERBANDINGAN DULU DAN SEKARANG

Tidak cukup dengan itu, beliau turut membuat perbandingan sekiranya anak muda zaman sekarang menukar gaya hidup dan berbelanja hanya dengan membeli kereta jenama tempatan dan membeli rumah kos rendah berbanding rumah teres.

"Tak mampu beli rumah landed macam Pakcik. Beli PPR jelah. RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu Pakcik beli rumah teres RM25,000 kan?

"Jadi, RM 35,000 vs RM 25,000. Result = Kenaikan 1.4 kali ganda.

Malah, jika generasi muda sekarang membuat keputusan untuk membeli kereta Perodua Axia terpakai sekalipun, ia masih mengalami peningkatan lebih dari sekali ganda berbanding generasi dahulu.

Tahun 1980an:
Gaji: RM 1,500 sebulanRumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur)Kereta Honda Civic: RM 13,000Double Cheeseburger: RM2.95
Tahun 2020:
Gaji: RM 3,000 sebulanRumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur)Kereta Honda Civic: RM 108,000Double Cheeseburger: RM9.45
Jom kita compare:

1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an:
RM 3,000 / RM 1,500Result = Kenaikan 2x ganda
2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an
RM 280,000 / RM 25,000Result = Kenaikan 11x ganda!!
3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an
RM 108,000 / RM 13,000Result = Kenaikan 8.3x ganda!!
4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an
RM 9.45 / RM 2.95Result = Kenaikan 3.2x ganda!!
INFLASI, TAPI YANG DISALAHKAN SIAPA?

"Jadi, apa isu yang sebenarnya?

"Generasi saya ni manja atau kuasa membeli kita yang berkurang, pak cik?" soalnya sambil berharap agar kirimannya itu dibaca oleh dua individu yang membicarakan tentang survival hidup pada awal pagi itu.

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah betul dakwaan orang muda sekarang manja atau kerajaan gagal teruk mengawal inflasi?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
8 Pekerjaan 'Susah' Di Malaysia Yang Dibayar Gaji Murah8 Panduan Pilihan Kerjaya Buat Graduan, Makan Gaji Atau Berbisnes?
sumber: thevocket



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/kenapa-gaji-rm3000-sebulan-tak-cukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zui Yahya Akhirnya Ceritakan Satu Persatu Dulu Gaji Berpuluh Ribu Tak Pernah Cukup Tapi Sekarang

Zui Yahya Akhirnya Ceritakan Satu Persatu Dulu Gaji Berpuluh Ribu Tak Pernah Cukup Tapi Sekarang

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 399 hits
Dulu duit banyak gaji banyak tapi sikit pun tak pernah rasa cukup Hati rasa macam kosong Fikiran pun jadi serabut Ada duit tapi dia jadi macam tak tentu arah Ada duit jer fikir nak beli nak beli itu nak beli ini Duit abis mula risau lagi ri...
Putrajaya Galak Rakyat Kerja Di Ladang Tawar Gaji Hingga Rm3 000

Putrajaya Galak Rakyat Kerja Di Ladang Tawar Gaji Hingga Rm3 000

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 383 hits
Khairuddin Aman Razali berkata pengait buah sawit di ladang besar mampu meraih RM2 500 hingga RM3 000 sebulan dengan kemudahan kediaman turut disediakan PETALING JAYA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali mengga...
Rahsia Duitajaib Didedahkan Berkesan Jana Rm30 000 Sebulan

Rahsia Duitajaib Didedahkan Berkesan Jana Rm30 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 382 hits
Kos sara diri yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan daripada kita mencari pelbagai peluang untuk menambah pendapatan Walau bagaimanapun anda perlukan sedikit usaha untuk mendapatkan pendapatan lumayan daripada Duit Ajaib Pendapatan ...
Gaji Pengerusi Tnb 900k Sebulan Betul Ker

Gaji Pengerusi Tnb 900k Sebulan Betul Ker

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 553 hits
Pandangan saya berhubung isu bil elektrik yang tinggi bagi sebahagian pengguna 1 Tarif elektrik tak naik Tapi penggunaan elektrik domestik masa PKP bagi bulan Mac dan April memang naik semasa kita semua duduk di rumah Penggunaan di tempat p...
Bayaran Rm10 000 Sugu Pavithra Dibandingkan Dengan Dirinya Ini Jawapan Chef Wan

Bayaran Rm10 000 Sugu Pavithra Dibandingkan Dengan Dirinya Ini Jawapan Chef Wan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 791 hits
Sebelum ini nama cef selebriti terkenal Datuk Rezuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dikaitkan dengan nama seorang Yotuber yang juga cukup popular pada ketika ini iaitu Sugu Pavithra berkenaan isu meminta bayaran RM10 00...
Hiburan Pernah Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan Cik Manggis Kongsi Pengalaman Zaman Sekolah Dipanggil Jalak

Hiburan Pernah Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan Cik Manggis Kongsi Pengalaman Zaman Sekolah Dipanggil Jalak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 461 hits
Salah seorang daripada anggota De Fam Cik Manggis telah berkongsi pengalaman zaman sekolahnya dulu di instagram Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin melakukan sesi throwback mengenang kisah remajanya dulu sambil memuat na...
Buasir Otak Tv Permainan Zaman Dulu Vs Sekarang

Buasir Otak Tv Permainan Zaman Dulu Vs Sekarang

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 771 hits
Zaman 80 90 an dulu banyak permainan kanak kanak tradisional yang popular terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri antaranya Batu Seremban Congkak Konda Kondi Teng Teng dan se...
Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah Lelaki Ini Raih Pendapatan Rm5 000 Sebulan

Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah Lelaki Ini Raih Pendapatan Rm5 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 374 hits
Selamat maju jaya diucapkan kepada Mohd Saifullah dan semoga hasil usahanya dapat membantu lebih ramai lagi pesawah Ini pastinya boleh dijadikan sebagai inspirasi buat anak muda di luar sana untuk mencuba ceburi bidang yang berbeza sebagai ...
Pandang Pertama Honor 9a Sekadar Cukup Untuk Penggunaan Harian Tapi Harga

Pandang Pertama Honor 9a Sekadar Cukup Untuk Penggunaan Harian Tapi Harga

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 392 hits
Bercakap mengenai Honor perkara pertama yang akan terpacul keluar daripada mulut para pengguna adalah berkaitan Google Mobile Services Sedia maklum peranti terkini daripada Honor tidak lagi menyokong perkhidmatan GMS Mereka hadir dengan alt...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba