Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan


Semakan MySARA boleh dilakukan selepas pembayaran dikreditkan pada tarikh rasmi yang akan dimaklumkan kelak. Semak kelayakan SARA anda melalui portal SARA www.sara.gov.my/.
Selain itu, semakan status kelayakan SARA juga boleh dilakukan melalui:
Portal MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus Portal MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ Aplikasi MyKasih Tiada permohonan diperlukan untuk menerima bantuan SARA kerana kelayakan adalah secara automatik melalui data penerima STR dan eKasih yang telah disahkan oleh kerajaan sehingga tarikh semakan berkala terkini.
Rujuk info lebih lanjut mengenai semakan MySARA di bawah. 
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)  SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertujuan memastikan golongan B40 mendapat akses kepada barangan keperluan asas tanpa beban kewangan yang berat.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan dalam bentuk cashless yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka. 
Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR, manakala golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan.
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar seluruh negara. 
Sumbangan Penghargaan SARA 2026 Berita  baik untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, anda layak menerima penghargaan SARA sebanyak RM100. 
SARA RM100 Untuk Semua Sumbangan ini akan diberikan pada pertengahan Februari 2026 dan akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
Semakan status kelayakan SARA boleh dibuat melalui beberapa kaedah. Rujuk cara semakan MySara di bawah dengan lebih terperinci. 
Cara Semakan MySARA – Status Kelayakan Semakan kelayakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut:
1. Semakan SARA Melalui Portal MyKasih
Layari laman semakan rasmi MyKasih di  https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.  Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar Semakan Status Kelayakan SARA Semakan Status Kelayakan SARA 2. Semakan SARA Melalui Portal MySTR
Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan. Klik menu “Semakan Permohonan”  Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan. Semakan Status & Pembayaran SARA 3. Semakan MySARA melalui Portal SARA
Layari portal rasmi SARA di pautan berikut: https://www.sara.gov.my/ Klik “Semakan Kelayakan” 4. Semakan SARA Melalui Aplikasi MyKasih
Aplikasi membolehkan semakan status, baki bantuan dan lokasi kedai berdaftar secara mudah melalui telefon bimbit.
Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
Berapa Bantuan SARA 2026? Bagi tahun 2026, kadar bantuan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:
Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan. Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan SARA. Individu bujang yang tidak lagi menerima STR, tetapi akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA. Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA. Bantuan SARA 2026 Secara keseluruhan, isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh menerima jumlah bantuan tahunan sehingga RM4,600 apabila STR dan SARA digabungkan.
Penstrukturan semula ini melibatkan pengurangan sebanyak RM300 dalam bayaran tunai STR bagi semua kategori isi rumah. Namun, pengurangan ini diimbangi dengan peningkatan RM300 dalam bantuan SARA, memastikan jumlah keseluruhan bantuan kekal seimbang.
Bagi golongan miskin tegar, mereka menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah keseluruhan kredit pembelian tahunan sebanyak RM2,400.
Sementara itu, kadar STR sebanyak RM600 dikekalkan untuk warga emas bujang yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, dengan bantuan SARA mereka turut dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
Bagi golongan bujang di bawah 60 tahun, STR digantikan dengan SARA bernilai RM600 setahun.
Rujuk jadual kadar SARA 2026 di bawah:
Kadar SARA 2026 Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2026 
Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan) Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan) Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan) Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA) Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
NOTA: Bujang bawah 60 tahun, tidak lagi mendapat STR tunai, sebaliknya menerima SARA.
Bila Bayaran SARA Masuk? Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 setakat ini belum dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan.
Jadual terperinci untuk pembayaran bulanan, tarikh fasa-fasa, atau tarikh pembayaran pertama masih menunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Hasil.
Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Untuk mendapatkan SARA 2026, anda perlu memastikan anda adalah penerima STR 2026. Semua yang lulus permohonan STR 2026 layak menerima SARA 2026 secara automatik dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan status rekod eKasih.
Mereka yang tidak lulus STR 2026 tidak layak menerima SARA 2026.
Jika anda belum membuat permohonan STR 2026, atau kemaskini maklumat, sila lakukan segera dan rujuk info di bawah ini.
Permohonan STR 2026 & SARA Bagi yang belum membuat permohonan STR 2026 untuk fasa 1, anda boleh memohon atau mengemas kini permohonan secara dalam talian mulai 13 Oktober 2025 sehingga 28 November 2025 melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Permohonan STR 2026 & SARA Permohonan juga dibuka sepanjang tahun 2026. Tapi, kalau nak dapat yang fasa 1, pastikan anda membuat permohonan/kemaskini maklumat pada tempoh yang dinyatakan di atas.
Jadual permohonan STR 2026 & SARA Senarai data daripada beberapa agensi kerajaan lain yang dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan untuk disemak kelayakan STR 2026 mengikut syarat yang ditetapkan:
Data eKasih, ICU, JPM Data penerima bantuan JKM Data penghuni Perumahan Awam/Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL, JWP dan KPKT Data Orang Asli JAKOA Data gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL Data individu berdaftar dengan Skim Insurans Pekerjaan PERKESO Data penerima zakat atau baitulmal negeri Cara Beli Barang SARA Guna MyKad Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut:
Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan. Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan. Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi. Juruwang akan mengimbas barangan terpilih. Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad. Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun. Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya. 
Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.
Cara Beli Barang SARA Guna MyKad Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna SARA Senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 belum lagi diumumkan secara rasminya.
Namun, untuk tahun 2025 dan dijangka diteruskan ke tahun 2026, berikut adalah senarai 14 kategori utama barangan SARA:
Senarai Kategori & Contoh Barangan 
Beras (pelbagai jenama berdaftar) Telur ayam (gred A–C) Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich) Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran) Biskut (krim, kering) Mi segera & bihun Tepung gandum Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak) Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah) Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat) Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita) Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka) Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut) Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai) Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan
Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.​ Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan) Maklumat terkini akan dikemaskini kelak sekiranya terhadap perubahan. 
Kategori Barang SARA Senarai Kedai Terima SARA Penerima bantuan boleh membeli barang keperluan di lebih 250 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.
Senarai kedai boleh disemak di pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Senarai Kedai Terima SARA Cara Semak Barang SARA Guna Aplikasi MyKasih Untuk semak barang terpilih yang layak menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, ikuti langkah berikut:
Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store. Buka aplikasi dan log masuk dengan maklumat yang diperlukan (boleh juga guna tanpa log masuk untuk sebahagian fungsi). Gunakan fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang disediakan dalam aplikasi. Imbas kod bar pada produk di kedai. Aplikasi akan memberitahu sama ada produk tersebut layak dibeli menggunakan bantuan SARA atau tidak. Selain imbas barangan, aplikasi juga memaparkan katalog barangan terpilih dan kategori barang yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA. Anda juga boleh mencari lokasi kedai berdaftar yang menyokong penggunaan SARA di sekitar kawasan anda melalui aplikasi. Aplikasi MyKasih memudahkan penerima bantuan menyemak kelayakan barang yang ingin dibeli secara digital. 
Pastikan telefon anda mempunyai sambungan internet semasa menggunakan fungsi semakan ini untuk maklumat terkini.
Aplikasi MyKasih  Cara Daftar & Aktifkan Akaun Aplikasi MyKasih Untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun MySARA, ikut langkah-langkah berikut: 
Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau Apple App Store. Untuk mendaftar, buka aplikasi dan klik pilihan Daftar Akaun Baru. Masukkan nombor kad pengenalan/myKad dan nombor telefon yang aktif. Ikuti arahan untuk mengesahkan nombor telefon melalui kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda. Kemudian, lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan.  Setelah pendaftaran berjaya, anda perlu log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan dan mulakam proses pengaktifan akaun.  Selepas akaun diaktifkan, anda boleh menyemak baki bantuan, senarai barang yang boleh dibeli, serta mencari kedai berdekatan melalui aplikasi. Jika pernah mendaftar sebelum ini, cukup sahaja log masuk dengan nombor IC dan nombor telefon yang sama.
Maklumat Lanjut Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:
Portal Rasmi MyKasih Foundation: www.mykasih.com.my Portal Rasmi SARA: https://www.sara.gov.my/ Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026): https://bantuantunai.hasil.gov.my/ Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 Semakan MySARA Soalan Lazim Semakan MySARA Apa itu MySARA? MySARA adalah sistem semakan status dan kelayakan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang boleh diakses secara dalam talian melalui portal MyKasih dan aplikasi mudah alih MyKasih.
Adakah saya perlu memohon SARA? Tiada permohonan diperlukan. Penerima yang layak akan dipilih secara automatik berdasarkan kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan rekod eKasih.
Bagaimana cara menyemak status MySARA? Semakan MySARA boleh dilakukan melalui portal SARA www.sara.gov.my/.
Apakah bantuan yang diberikan melalui SARA? Bantuan diberikan dalam bentuk kredit tunai tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan ke MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar.
Berapa lama bantuan SARA boleh digunakan? Bantuan boleh digunakan sepanjang tahun bantuan diumumkan, dan baki tidak terpakai boleh dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat tempoh yang ditetapkan.
Apakah syarat kelayakan menerima SARA? Kelayakan berdasarkan status kelulusan STR, kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan, bujang, serta data eKasih yang menetapkan golongan miskin dan miskin tegar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/semakan-mysara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-mysara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sakit Jantung Penyakit Paru Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026 Bagi Warga Emas

Hiburan Sakit Jantung Penyakit Paru Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026 Bagi Warga Emas

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 167 hits
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi musim haji 1447H 2026M menandakan perubahan besar dalam pengurusan kesihatan jemaah haji di peringkat global Menurut Lembaga Tabung Haji hanya individu bebas penyakit berjangkit a...
Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 243 hits
Calon yang layak akan dipanggil menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM dan Ujian Khas MRSM mengikut jadual yang ditetapkan oleh MARA Semakan panggilan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut bagi Tingkatan 1 di d...
Semakan Tawaran Haji 2026 1447h Tabung Haji

Semakan Tawaran Haji 2026 1447h Tabung Haji

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 308 hits
Menurut Lembaga Tabung Haji surat tawaran haji kepada 31 600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H 2026M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai pada hari Jumaat 24 Oktober 2025 Sehubungan itu pendeposit yang telah mendaftar Haji disar...
Cara Terminate Unifi Online Je

Cara Terminate Unifi Online Je

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 206 hits
Kalau korang tengah pening nak terminate UniFi tapi tak tahu nak mula dari mana aku faham sangat Aku pun dulu fikir kena pergi TMpoint isi borang tunggu giliran bagai Rupanya boleh terminate UniFi online je dan prosesnya tak serumit yang di...
Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan

Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 166 hits
Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan Dalam dunia digital hari ini hampir setiap individu meninggalkan jejak digital setiap kali menggunakan media sosial Tidak dinafikan platform seperti Facebook Instagram Ti...
Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza

Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 144 hits
Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza Burung boleh ditemui di hampir setiap bahagian dunia Daripada kawasan bandar hingga ke hutan tebal sehingga ke padang pasir Selain menjadi sebahagian daripada keindahan alam ...
Ketahui Had Sar Telefon Anda Dan Cara Kurangkan Pendedahan Gelombang Rf

Ketahui Had Sar Telefon Anda Dan Cara Kurangkan Pendedahan Gelombang Rf

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 155 hits
Frekuensi radio digunakan untuk menghantar data suara dan maklumat secara tanpa wayar asas utama kepada kehidupan digital moden Walau bagaimanapun jika frekuensi ini terlalu tinggi ia boleh membahayakan kesihatan Sebab itulah ada badan bada...
Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak

Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 125 hits
Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak Jadi ibu bapa memang tak mudah Walau anak ramai sekalipun setiap hari tetap ada benda baru yang perlu dipelajari terutama bila melibatkan keselamatan anak kecil Setiap tahun p...
Habuk Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh Ini Cara Mudah Nak Bersihkan

Habuk Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh Ini Cara Mudah Nak Bersihkan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 215 hits
Habuk Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Aktiviti mengemas rumah kelihatan mudah namun hakikatnya memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi terutamanya jika dilakukan setiap hari Apatah lagi jika mempunyai ana...
Barisan Nasional Yakin Dapat Rampas Kembali Sabah Berdasarkan 45 Kerusi Yang Ditandingi Dalam Pilihan Raya Negeri Ke 17

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Kecik Kecik Tapi Bau Power

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Medical Card

Jbl Grip Baru Sahaja Tiba Direka Untuk Bergerak Dibina Untuk Bunyi Hebat

Bawang Goreng

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup

Sampah Di Birmingham Krisis Pengurusan Dan Solusi Yang Diperlukan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan