Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan


Calon yang layak akan dipanggil menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas MRSM mengikut jadual yang ditetapkan oleh MARA. Semakan panggilan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut: bagi Tingkatan 1 di https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/ dan bagi Tingkatan 4 di https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/
Apa itu Ujian Khas MRSM Ujian Khas MRSM ialah satu ujian penilaian tambahan yang dijalankan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menilai potensi dan kelayakan pelajar untuk mengikuti program-program khas di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Antara program yang terlibat ialah Program Ulul Albab, IGCSE, Teknikal, dan Bitara. Setiap program mempunyai fokus tersendiri contohnya, Program Ulul Albab menekankan keseimbangan antara akademik dan hafazan Al-Quran, manakala Program IGCSE memberi tumpuan kepada kurikulum antarabangsa.
Melalui Ujian Khas ini, MARA dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai kecenderungan, bakat, dan kemahiran tertentu untuk ditempatkan dalam program MRSM yang sesuai dengan keupayaan dan minat mereka.
Senarai Ujian Khas MRSM Terdapat tiga ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki iaitu:
1. Ujian UKKM Ulul Albab Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki uujian hafazan sebagai syarat tambahan. Untuk makluman keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
2. Ujian Kecenderungan Kemasukan (UKKM) Tingkatan 1 Bagi calon Tingkatan 1, soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.
3. Ujian Kecenderungan Kemasukan (UKKM) Tingkatan 4 Bagi calon Tingkatan 4, soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.
Format Soalan UKKM MRSM 1. Soalan UKKM Matematik Masa diperuntukkan adalah 30 minit Jumlah soalan Matematik adalah 20 soalan yang berbentuk objektif 2. Soalan UKKM Bahasa Inggeris Masa yang disediakan adalah selama 30 minit 15 soalan objektif 3. Soalan UKKM Sains 30 minit diperuntukkan untuk menjawab 30 soalan berbentuk objektif 4. Soalan UKKM Ujian Keperibadian 100 soalan objektif yang perlu dijawab Masa 30 minit 5. Ujian UKKM Khas Ulul Albab Tingkatan 1 35 minit Khusus untuk calon yang memohon Program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi Berikut adalah contoh ujian hafazan Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit Kelancaran, tajwid dan hafazan Contoh hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk Tarikh Pelaksanaan UKKM Ujian ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 11 November 2025 hingga 27 November 2025 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih.
Jemputan untuk menduduki ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon akan dimaklumkan melalui SMS serta emel.
Calon perlu menghadiri sesi ujian pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja. Tarikh semakan panggilan UKKM (untuk calon sekolah swasta tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Ujian Khas Program Ulul Albab, IGCSE, serta Teknikal Tingkatan 1 dan Ujian Khas Bitara Tingkatan 4 adalah dari 5 November 2025 hingga 27 November 2025.
Peringatan Kepada Calon Semua calon PERLU membawa dokumen yang disenaraikan dalam surat panggilan ujian Dua (2) salinan surat panggilan menduduki UKKM/ Ujian Khas Kad pengenalan calon (MyKad/MyKid) Alat tulis (Pensil 2B atau dan pensil BB, pemadam dan pengasah pensil) Tempoh ujian adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek Penggunaan kalkulator saintifik bagi kegunaan Subjek Matematik hanya kepada calon UKKM Tingkatan 4 sahaja Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan Pilihan tempat melalui sistem permohonan https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/ (Tingkatan 1) & https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/ (Tingkatan 4) Pemohon akan dimaklumkan berkaitan Ujian melalui SMS/ e-mel dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan Cara Semakan UKKM MRSM Untuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:
Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1 Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 1:
Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan) Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4 Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:
Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan) Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan Contoh Soalan Hasil semakan kami mendapati bahawa contoh soalan UKKM MRSM sukar diperoleh kerana soalan sebenar adalah sulit dan tidak dikongsi kepada umum. Namun begitu, berikut ialah contoh jenis soalan yang sering dijadikan panduan oleh calon:
1. Contoh Soalan Matematik UKKM
Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah keseluruhan kaki haiwan tersebut ialah 250. Berapakah jumlah ayam yang dimiliki petani itu?
2. Contoh Soalan Sains UKKM
Soalan sains biasanya berasaskan pengetahuan am dan pemikiran logik. Pelajar yang gemar membaca atau menonton dokumentari akan lebih mudah menjawab.
Antara contoh bentuk soalan:
Apakah tindakan yang perlu diambil dalam situasi tertentu? Apa yang akan berlaku jika sesuatu keadaan terjadi? 3. Contoh Soalan Ujian Keperibadian UKKM
Bahagian ini menilai personaliti dan kecenderungan pelajar terhadap bidang sains serta kepimpinan. Soalan berbentuk pilihan jawapan yang menggambarkan ciri pelajar yang seimbang dan berpotensi menjadi pemimpin.
4. Contoh Soalan Ulul Albab UKKM
Pelajar akan diberikan ayat-ayat Al-Quran untuk dihafal dalam masa 25 minit, contohnya Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12. Penilaian dibuat berdasarkan kelancaran bacaan, tajwid, dan hafazan. Setiap calon akan menjalani ujian selama 35 minit, mengikut giliran yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut tentang Ujian Khas MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.
Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui emel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483
Soalan Lazim Ujian Khas MRSM 1. Apa itu Ujian Khas MRSM? Ujian Khas MRSM ialah ujian tambahan bagi menilai pelajar yang memohon program khas seperti Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
2. Siapa yang perlu menduduki Ujian Khas MRSM? Calon yang telah memohon kemasukan ke program khas MRSM dan layak selepas saringan awal akan dipanggil untuk menduduki ujian ini.
3. Bagaimana cara membuat semakan panggilan Ujian Khas MRSM? Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi:

Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/
Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/
4. Di mana Ujian Khas MRSM akan dijalankan? Ujian dijalankan di pusat-pusat ujian terpilih yang ditetapkan oleh MARA. Calon akan dimaklumkan lokasi melalui SMS dan emel.
5. Bila tarikh pelaksanaan Ujian Khas MRSM? Ujian dilaksanakan secara berperingkat bermula 11 November hingga 27 November 2025 mengikut jadual yang ditetapkan.
6. Apakah bentuk soalan dalam Ujian Khas MRSM? Soalan biasanya berbentuk objektif dan berasaskan kecenderungan akademik, logik, sahsiah serta kemahiran pemikiran aras tinggi (KBAT).
7. Adakah keputusan Ujian Khas MRSM mempengaruhi kemasukan? Ya, markah ujian ini akan diambil kira bersama keputusan akademik dan kriteria lain bagi menentukan kelayakan pelajar ke program khas MRSM.
Baca juga:
Semakan UKKM – Ujian Kemasukan MRSM 2026 & Soalan Lazim Semakan MRSM – Ujian Khas Ting 1 & 4 Sesi 2025/2026 Permohonan MRSM 2026 Tingkatan 1 & 4 – Senarai Program & Lokasi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ujian-khas-mrsm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ujian-khas-mrsm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rapid On Demand Harga Senarai Laluan Cara Tempahan

Rapid On Demand Harga Senarai Laluan Cara Tempahan

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 211 hits
Pengguna kini boleh menggunakan satu lagi mod pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid Bus iaitu Rapid On Demand Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkhidmatan ini Mengenai Rapid On Demand Perkhidmatan ini yang yang dahulunya ...
Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 221 hits
Semakan MySARA boleh dilakukan selepas pembayaran dikreditkan pada tarikh rasmi yang akan dimaklumkan kelak Semak kelayakan SARA anda melalui portal SARA Selain itu semakan status kelayakan SARA juga boleh dilakukan melalui Portal MyKasih P...
Ambulans Kita Selangor Skop Senarai Hospital Cara Memohon

Ambulans Kita Selangor Skop Senarai Hospital Cara Memohon

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 216 hits
Bagi penduduk di Negeri Selangor yang ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans ke hospital Kerajaan Negeri Selangor kini memperkenalkan Ambulans Kita Selangor untuk ke hospital yang terpilih Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkhidm...
Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak

Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 129 hits
Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak Jadi ibu bapa memang tak mudah Walau anak ramai sekalipun setiap hari tetap ada benda baru yang perlu dipelajari terutama bila melibatkan keselamatan anak kecil Setiap tahun p...
Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza

Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 148 hits
Ramai Tak Tahu Rupanya Cara Burung Buang Air Kecil Sangat Berbeza Burung boleh ditemui di hampir setiap bahagian dunia Daripada kawasan bandar hingga ke hutan tebal sehingga ke padang pasir Selain menjadi sebahagian daripada keindahan alam ...
Cara Terminate Unifi Online Je

Cara Terminate Unifi Online Je

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 211 hits
Kalau korang tengah pening nak terminate UniFi tapi tak tahu nak mula dari mana aku faham sangat Aku pun dulu fikir kena pergi TMpoint isi borang tunggu giliran bagai Rupanya boleh terminate UniFi online je dan prosesnya tak serumit yang di...
Cara Solat Sunat Dhuha Keajaiban Rezekinya

Cara Solat Sunat Dhuha Keajaiban Rezekinya

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 242 hits
Cara Solat Sunat Dhuha Keajaiban Rezekinya Solat Sunat Dhuha merupakan salah satu amalan istimewa yang sering diamalkan oleh orang orang soleh sebagai pembuka rezeki dan ketenangan hati Walaupun hukumnya sunat tetapi kelebihannya sangat bes...
Ketahui Had Sar Telefon Anda Dan Cara Kurangkan Pendedahan Gelombang Rf

Ketahui Had Sar Telefon Anda Dan Cara Kurangkan Pendedahan Gelombang Rf

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 161 hits
Frekuensi radio digunakan untuk menghantar data suara dan maklumat secara tanpa wayar asas utama kepada kehidupan digital moden Walau bagaimanapun jika frekuensi ini terlalu tinggi ia boleh membahayakan kesihatan Sebab itulah ada badan bada...
Resipi Minyak Bijan Homemade Cara Mudah Buat Sendiri Wangi Tahan Lama

Resipi Minyak Bijan Homemade Cara Mudah Buat Sendiri Wangi Tahan Lama

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 245 hits
Minyak bijan memang sedap dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan Sama ada untuk masakan berkuah bergoreng atau sekadar titisan terakhir sebagai penambah aroma minyak bijan sentiasa memberi sentuhan istimewa pada setiap hidangan Ar...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese

Poco Launches Poco F8 Series

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bengkel Pengurusan Skpmk S Kulai

Badak Berendam Tak Jadi

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Kelantan Sinonim Dengan Islam

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan