Semakan Kelayakan Dekoder Mytv Percuma Untuk Penerima Bsh 2020
SEMAKAN KELAYAKAN DEKODER MYTV PERCUMA UNTUK PENERIMA BSH 2020
Adakah anda tahu sebagai penerima BSH 2020 anda layak untuk menerima set dekoder MYTV percuma.
Melalui dekoder ini, anda boleh menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.
Pemberian dekoder MYTV bernilai RM300 secara percuma ini melibatkan 2 juta penerima BSH terutama mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat siaran analog.
Sekiranya anda layak, pihak MYTV akan menghantar set dekoder ini terus ke rumah anda.
Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.
CARA BUAT SEMAKAN KELAYAKAN DEKODER MYTV PERCUMA UNTUK PENERIMA BSH 2020
Semakan boleh dibuat di portal rasmi MYTV Broadcasting di sini.
SENARAI SIARAN MYFREEVIEW
Antara saluran yang ditawarkan dalam myFreeview termasuklah:
TV1 (HD)
TV2 (HD)
TV Okey
RTM Sports HD
RTM Bes HD
TV3 (HD)
CJ Wow Shop (Melayu)
CJ Wow Shop (Cina)
NTV7
8TV
TV9
TV Al-Hijrah (HD)
Bernama News Channel
Selain TV, myFreeview turut menawarkan saluran radio seperti:
Nasional FM
Traxx FM
Minnal FM
Ai FM
Klasik FM
Asyik FM
Lebih banyak siaran akan ditambah dari semasa ke semasa tanpa sebarang caj.
PEMASANGAN DEKODER MYTV
Untuk makluman, siaran TV analog akan ditamatkan sekitar bulan Mac 2019.
Selepas ini Malaysia akan beralih kepada siaran digital sepenuhnya dan pihak MYTV Broadcasting akan mengedarkan dekoder kepada penerima secara berperingkat bermula Januari 2019 melibatkan 2 juta penerima BSH.
Baca PERMOHONAN BARU BSH 2020: SIAPAKAH YANG LAYAK BUAT PERMOHONAN BARU?
KELEBIHAN SIARAN DIGITAL
Antara kelebihan siaran digital ialah:
Resolusi gambar yang lebih jelas
Audio yang berkualiti tinggi
Tanpa bayaran bulanan
Penambahan perkhidmatan dan siaran TV
Set dekoder ini boleh dibeli secara online pada harga sekitar RM184 – RM299 atau daripada mana-mana wakil penjual berhampiran anda.
CARA MENGAKSES MYFREEVIEW
Berikut cara-cara untuk mengakses siaran digital myFreeview.
#1 – Dekoder MYTV
Sekiranya anda menggunakan set TV biasa, anda perlukan dekoder MYTV untuk mengakses siaran digital myFreeview.
Anda perlu sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.
#2 – IDTV
Sekiranya anda menggunakan IDTV, anda hanya perlu sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda.
Sekiranya masih gagal mengakses siaran digital ini anda boleh hubungi mana-mana pemasang berdaftar berhampiran anda.
Baca tentang SEMAKAN STATUS PENGHANTARAN DEKODER PERCUMA MYTV BAGI PENERIMA BSH 2020
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi MYTV Broadcasting di http://www.mytvbroadcasting.my
The post SEMAKAN KELAYAKAN DEKODER MYTV PERCUMA UNTUK PENERIMA BSH 2020 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/semakan-kelayakan-dekoder-mytv-percuma-untuk-penerima-bsh-2020.html