Aplikasi Mybsh 2020 Permohonan Rayuan Bsh Lebih Cepat Mudah
APLIKASI MyBSH 2020:PERMOHONAN & RAYUAN BSH LEBIH CEPAT & MUDAH
Aplikasi Bantuan Sara Hidup merupakan kemudahan untuk pengguna melakukan permohonan, kemaskini dan semakan secara atas talian.
MyBSH adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BSH 2020 untuk tujuan:
iKemas Kini Permohonan; atau
iiSemakan Status Permohonan; atau
iii. Cetakan permohonan; atau
iv. Cetakan salinan surat makluman lulus (bagi permohonan tiada maklumat akaun bank); atau
v. Peti Mel; atau
vi. Maklum Balas
CARA MUAT TURUN APLIKASI MyBSH 2020
Aplikasi ini boleh dimuat turun sekarang:
https://play.google.com/store/apps/de…
Baca tentang 6 KOD SAHAJA BOLEH BUAT RAYUAN BSH SECARA ONLINE
PENDAFTARAN MyBSH
Untuk log masuk kali pertama MyBSH, anda perlu mendaftar MyBSH terlebih dahulu seperti berikut:
i. Klik Menu MyBSH
ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
iii. Maklumat Keselamatan
Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BSH sebelum ini
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk
Panduan Pengguna Daftar MyBSH
iv. Pendaftaran MyBSH (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBSH
b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBSH
e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBSH”. Anda boleh Log Masuk MyBSH
Bagaimana cara untuk log masuk MyBSH setelah saya berjaya membuat pendaftaran MyBSH?
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MyBSH, Log Masuk MyBSH adalah seperti berikut:
i. Klik MyBSH
ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
iii. Klik Butang Semak
Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
Klik Log Masuk
Pengguna boleh mengakses submenu yang terdapat dalam MyBSH seperti permohonan,kemaskini,peti mel,maklum balas,syarat permohonan dan lain-lain.
The post APLIKASI MyBSH 2020:PERMOHONAN & RAYUAN BSH LEBIH CEPAT & MUDAH appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/aplikasi-mybsh-2020permohonan-rayuan-bsh-lebih-cepat-mudah.html