Rm8000 Untuk Penerima Bsh 2020 Melalui Skim Mysalam
RM8000 UNTUK PENERIMA BSH 2020 MELALUI SKIM MySALAM
APA ITU SKIM MySALAM
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam
SIAPA YANG LAYAK SKIM MySALAM
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
2.Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun.
Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
CARA BUAT TUNTUTAN RM8000 UNTUK PENERIMA BSH 2020 MELALUI SKIM MySALAM
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
1.Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
2.Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Baca tentang SARINGAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA PENERIMA BSH 2020
TEMPOH PROSES TUNTUTAN
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
SENARAI 45 PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI
Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
Pembedahan Otak
Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
Kegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
AIDS Dengan Gejala Penuh
Hepatitis Viral Fulminan
Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
Pembedahan Injap Jantung
Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang Keupayaan Bertutur
Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
Sklerosis Multipel
Distrofi Otot
Kelumpuhan Anggota
Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
Penyakit Arteri Koronari Serius
Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
Pembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
Penyakit Terminal (Membawa Maut)
Penyakit Sistik Medular
Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
Poliomielitis
Skleroderma Progresif
Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
Elefantiasis (Penyakit Untut)
Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
MySalam & COVID-19
Terkini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke was disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.
Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 14 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Anda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di
[email protected] atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
The post RM8000 UNTUK PENERIMA BSH 2020 MELALUI SKIM MySALAM appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/rm8000-untuk-penerima-bsh-2020-melalui-skim-mysalam.html