24 Kumpulan Yang Tidak Layak Dapat Duit Bsh 2020
24 KUMPULAN YANG TIDAK LAYAK DAPAT DUIT BSH 2020
Kepada pemohon BSH 2020,kami akan kongsikan 24 KUMPULAN YANG TIDAK LAYAK DAPAT DUIT BSH 2020 bagi menjawab segala persoalan yang bermain difikiran anda semua.
1) ANDA merupakan seorang warga asing yang tiada MYPR atau MYKAS atau pendatang tanpa izin PATI
2) ANDA berumur 39 tahun dan ke bawah dan masih lagi memegang status bujang
3) ANDA merupakan seorang ibu tunggal atau janda yang tiada anak tanggungan
Baca tentang PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 BAGI ISI RUMAH BERCERAI
4) ANDA merupakan seorang bapa tunggal atau duda yang tiada anak tangungan
5) ANDA sekarang ini sedang berkelana dan tinggal di luar negara (oversea) samada sedang belajar atau bekerja di sana
6) ANDA berkahwin dengan warga asing tetapi masih lagi tiada anak kandung yang ada MYKID atau MYKAD
7) ANDA ada merupakan pemilik untuk 2 atau lebih daripada itu syarikat Enterprise atau pemilikan tunggal (sole proprietor)
8) ANDA adalah salah seorang daripada pemilik syarikat Sendirian Berhad (SDN BHD)
9) ANDA ada beli dan memiliki rumah, kedai yang bernilai lebih RM500 ribu
10) ANDA merupakan pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lebih daripada 500cc
11) ANDA ada kereta import 1400cc atau lebih daripada itu
12) ANDA memiliki kereta Malaysia 2000 cc atau lebih daripada itu
13) ANDA merupakan seorang yang memegang status OKU di Malaysia tetapi masih lagi nama anda tidak tersenarai dalam bantuan e-bantuan JKM
14) ANDA sama sekali tidak hantar permohonan BSH 2020 yang dibuka bermula 1 Februari 2020 hiingga 15 Mac 2020
15) ANDA tidak sertakan dokumen yang lengkap seperti
sijil perkahwinan
bukti sahih anda telah tamatkan sijil ssm anda
bukti dokumen anda memang tinggal di Malaysia walaupun berulang-alik ke Thailand atau Singapura untuk bekerja
segala butiran yang anda perlu dibuktikan dengan dokumen yang sah dan SAHIH
bukti suami atau isteri telah meninggal dunia (SURAT KEMATIAN)
Bukti anda dapat kelayakan hak menjaga anak daripada mahkamah
dan lain-lain lagi
16) ANDA telah dikesan hantar duplikasi permohonan dek kerana bekas suami juga mengunakan nama anda dan anak-anaak anda ketika permohonannya
17) ANDA telah dikesan hantar duplikasi permohonan disebabkan suami anda telah hantar permohonan bersama maduanya (KES POLIGAMI)
18) ANDA merupakan seorang warga emas atau orang tua yang tidak hidup melarat atau sebatang kara
19) ANDA tidak melakukaan kemaskini bsh antara 1 Februari 2020 hiingga 15 Mac 2020 walaupun terdapat perubahan info dalam diri anda dan ahli keluarga anda samada ada penambahan anak, perubahan alamat, perubahan nombor telefon, perubahan gaji dan pendapatan dan lain-lain lagi
Anda TIDAK LAYAK dapat tambahan RM120 untuk bagi pihak setiap orang anak (maksimum 4 orang anak untuk setipa isi rumah) anda di bawah jika mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah ini
20) ANDA mempunyai anak angkat tetapi tidak daftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara
21) ANDA mempunyai anak yang tidak daftar dengan JPN
22) ANDA mempunyai anak yang berumur 19 tahun ke atas tetapi tidak sambung belajar di mana-mana universiti awam di Malaysia
23) ANDA mempunyai anak yang yang sudah pun mempunyai gaji dan pendapatan sendiri
24) ANDA mempunyai anak yang bukan memegang status OKU
The post 24 KUMPULAN YANG TIDAK LAYAK DAPAT DUIT BSH 2020 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/24-kumpulan-yang-tidak-layak-dapat-duit-bsh-2020.html