Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini


Semakan BUDI95 Dibuka Khamis Ini
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my. di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.
“Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh.
“Portal ini kekal digunakan dan mulai 30 Sept, setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat media mengenai penyasaran subsidi RON95 di sini, hari ini.
Menurut beliau, pengguna tidak perlu membuat pendaftaran baharu kerana semakan kelayakan dilakukan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan.
Amir Hamzah berkata di stesen minyak pula, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad pada pembaca di pam atau kaunter kedai untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran.
“Pembayaran boleh dibuat menggunakan tunai, kad kredit/debit atau e-dompet. Selepas selesai mengisi petrol, resit akan memaparkan nilai transaksi pada harga pam, jumlah subsidi ditanggung kerajaan dan amaun sebenar yang dibayar pengguna pada harga RM1.99 seliter,” katanya.
Katanya kuota subsidi kekal 300 liter sebulan, manakala penggunaan melebihi had itu dikenakan harga pasaran semasa.
“Hampir semua stesen minyak dilengkapi dengan pembaca MyKad, manakala sebahagian syarikat minyak turut menawarkan semakan melalui aplikasi masing-masing seperti Setel dan Touch ’n Go. Usaha ini bagi memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang layak, mengurangkan ketirisan serta memberi penjimatan kepada kerajaan,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter bermula 30 Sept ini untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan.
Bagi bukan warganegara, harga ditetapkan pada RM2.60 seliter bermula tarikh sama.
Sumber: BERNAMA
The post Semakan BUDI95 Dibuka Khamis Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/23/semakan-budi95-dibuka-khamis-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tng Budi95 Semakan Status Kuota Ron95

Tng Budi95 Semakan Status Kuota Ron95

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 192 hits
Menggunakan TNG eWallet memudahkan anda menuntut subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 tanpa perlu bawa MyKad setiap kali isi minyak Pendaftaran aplikasi semakan status dan baki kuota boleh dibuat secara online dengan mudah melalui...
Budi95 Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan Mof Kpdn Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur

Budi95 Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan Mof Kpdn Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1037 hits
BUDI95 Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan MOF KPDN Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur PUTRAJAYA 25 Sept Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup b...
Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1727 hits
Views 5 Mekanisme Kawalan Pengisian Berulang Kali BUDI95 Beri Bayangan Penggunaan AI Dalam Kerangka Penebusan dan Pemantauan Subsidi Bahan Api Kementerian Kewangan menerusi laman Facebook rasmi mereka baru sahaja membuat penjelasan mengenai...
Budi95 Shell Cara Isi Petrol Ron95 Di Shell

Budi95 Shell Cara Isi Petrol Ron95 Di Shell

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2343 hits
BUDI95 Shell merupakan subsidi petrol RON95 yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak bagi membantu mengurangkan beban kos pengangkutan Di stesen Shell melalui tiga pilihan iaitu bayaran terus di pam terminal MyKad di kaunt...
Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 3270 hits
Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95 Ketika ini ramai yang menanti untuk menggunakan inisiatif BUDI95 yang ditetapkan pada harga RM1 99 seliter khas buat warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah Bermula 25 Septe...
30 000 Transactions A Minute Under Budi95 Says Anwar

30 000 Transactions A Minute Under Budi95 Says Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1336 hits
The prime minister says the servers for the RON95 programme have a larger capacity than those of the Sumbangan Asas Rahmah initiative Prime Minister Anwar Ibrahim addressing finance ministry staff at their monthly assembly in Putrajaya PUTR...
Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 591 hits
Sistem Pelayan Inisiatif BUDI95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit PM Anwar PUTRAJAYA 26 Sept Sistem server atau pelayan bagi pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di bawah BUDI MADANI RON95 mampu memproses 30 000 transaksi seminit kata P...
Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1396 hits
The government s pivot from making RON95 subsidies targeted to 85 percent of Malaysians to giving it to all citizens is a sign of failure said Muda Specifically the party s information chief Leben Siddarth said it showed that the government...
Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tikam Pelajar Polis Rampas Pisau Kerambit Dipercayai Dibeli Dalam Talian

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Gunung Berapi Lewotobi Meletus Abu Setinggi 10km Ke Udara

Marh S Lakehouse Lichtstad Architecten Boornzwaag The Netherlands

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing