Budi95 Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan Mof Kpdn Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur


BUDI95: Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan MOF, KPDN Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur
PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) — Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MoF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan syarikat minyak di seluruh negara menyalurkan maklumat tepat tentang pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) kepada pelanggan di stesen minyak.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi memastikan orang ramai mudah mendapatkan maklumat yang sahih terutama apabila mereka mengunjungi stesen minyak pada tarikh pelaksanaan program tersebut.
“Saya juga telah minta supaya pihak MoF menjemput sekiranya ada TikTokers, laman-laman sesawang, pempengaruh dan sebagainya, yang mungkin ingin tahu maklumat yang lebih tepat, ke satu sesi penerangan dan penjelasan termasuklah rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, supaya semua pihak faham.
“Kita juga memastikan maklumat yang tepat mengenai isu-isu yang dibangkitkan sampai kepada khalayak umum melalui media massa dan media sosial… jadi, ini antara yang diusahakan oleh Kementerian Komunikasi,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.
Fahmi berkata agensi seperti Jabatan Penerangan dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) juga diminta meneliti dan memahami Frequently Asked Question (FAQ) yang disediakan MoF di laman sesawang [email protected] bagi memudahkan penerangan tepat disampaikan kepada rakyat.
“Saya minta pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) maklumkan kepada semua pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), baca dan teliti di FAQ supaya sesiapa yang bertanya, boleh dengan mudah kita jawab kerana yang diusahakan oleh kerajaan ini adalah untuk memastikan yang menerima manfaat ini hanyalah rakyat Malaysia.
“Ada yang bertanya bagaimana dengan data, kenapa digunakan Touch n’ Go sebagai pelayan, jadi soalan-soalan ini ada disediakan jawapan, lebih 36 muka surat,” katanya.
Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter berkuat kuasa pada 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI95.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak untuk subsidi RON95 dan berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan serta Jabatan Pendaftaran Negara, dianggarkan lebih 16 juta orang layak menerima subsidi itu.
Semakan kelayakan boleh dibuat bermula hari ini melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.
BACA: Datuk Ameer Ali Mydin Bantu Ringankan Beban Sathiya Sambut Deepavali Sumber: Bernama
The post BUDI95: Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan MOF, KPDN Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/25/budi95-kementerian-komunikasi-bekerjasama-dengan-mof-kpdn-untuk-pastikan-maklumat-tepat-disalur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makluman Semak Butiran Maklumat Di Mykad Dan Lesen Memandu Bagi Memastikan Kelayakan Budi95 Tidak Terjejas

Makluman Semak Butiran Maklumat Di Mykad Dan Lesen Memandu Bagi Memastikan Kelayakan Budi95 Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 373 hits
Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Menjelang pelaksanaan penuh sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 esok Kerajaan menyarankan orang ramai memastikan butiran pada MyKad dan lesen me
Budi95 Pastikan Data Mykad Lesen Memandu Selaras

Budi95 Pastikan Data Mykad Lesen Memandu Selaras

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 411 hits
BUDI95 Pastikan Data MyKad Lesen Memandu Selaras Sumber MOF via BERNAMA Sumber MOF via BERNAMA BACA Sumber The post appeared first on
Kapal Perang Israel Hampiri Bot Utama Rosakkan Sistem Komunikasi

Kapal Perang Israel Hampiri Bot Utama Rosakkan Sistem Komunikasi

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 231 hits
KOSMO Tangkap layar video memaparkan sebuah kapal Israel menghampiri konvoi GSF hari ini PETALING JAYA Kapal tentera Israel telah menghampiri misi Global Sumud Flotilla selain membuat ugutan dan merosakkan sistem komunikasi bot bot konvoi b...
Taiwan Terdesak Untuk Bangunkan Satelit Komunikasi

Taiwan Terdesak Untuk Bangunkan Satelit Komunikasi

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 557 hits
Ketua Agensi Angkasa Taiwan Wu Jong shinn memberi amaran bahawa masa semakin suntuk bagi pulau demokrasi itu melancarkan satelit komunikasi sendiri untuk menjamin akses internet dan telefon sekiranya berlaku konflik dengan China Taiwan berd...
Mcmc Gerakkan Prime Nadi Pulih Komunikasi Di Sabah

Mcmc Gerakkan Prime Nadi Pulih Komunikasi Di Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1313 hits
CYBERJAYA 15 Sept Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggerakkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak serta mengaktifkan 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional bagi menyokong pemulihan komunikasi di Sa
Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 910 hits
NVIDIA dan Intel mengumumkan kerjasama untuk membangunkan beberapa generasi produk pusat data dan komputer peribadi yang menggabungkan kepakaran kedua dua syarikat itu Intel akan mereka bentuk CPU x86 khas untuk platform infrastruktur AI NV...
Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2195 hits
Malaysia dan Zetrix AI Berhad mengumumkan kolaborasi dalam mewujudkan rangka kerja global terunggul untuk pematuhan Syariah pensijilan dan tadbir urus dalam AI yang patuh Syariah pertama dunia Projek ini melibatkan NurAI model bahasa besar ...
Kes Dera Seksual Guru Ponteng Salah Guna Dana Berbilion Ringgit Kementerian Pendidikan Saksi

Kes Dera Seksual Guru Ponteng Salah Guna Dana Berbilion Ringgit Kementerian Pendidikan Saksi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 203 hits
S VinothaaBekas pegawai khas kepada bekas menteri pendidikan Maszlee Malik memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Selasa lalu bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mengabaikan laporan mengenai salah guna dana berbilion ringg...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bagaimana Tiram Menghasilkan Mutiara

Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan