Semak Wang Tidak Di Tuntut Anda Sehingga September 2022
Semakan Wang Tidak di Tuntut ini merupakan 1 lagi sistem kewangan di negara kita yang patut kita banggakan. Di bawah eGumis, Semakan Wang Tidak di Tuntut oleh penama akan dapat dilihat dan penama juga boleh membuat permohonan segera melibatkan wang tidak dituntut ini.
Kali ini, sistem eGumis akan diselenggarakan seperti tarikh yang berikut :
Tarikh dan Masa Mula
Tarikh dan Masa Tamat
16 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)
8.00 MALAM
17 SEPTEMBER 2022 (SABTU)
11.00 MALAM
Sepanjang tempoh tersebut, eGUMIS tidak akan dapat diakses oleh para pengguna
1. Cara Daftar eGumis
Untuk membuat semakan dan permohonan wang tidak dituntut, pertama sekali anda perlulah mendaftarkan diri anda di eGumis dahulu. Caranya mudah sekali.
Sila pergi ke eGumis
Untuk pendaftaran, sila tekan pendaftaran.
Isi maklumat yang diperlukan termasuklah kata laluan.
Bagi mereka yang sudah pernah membuat pendaftaran, anda boleh terus tekan log masuk.
2. Cara Semak Wang Tidak di Tuntut
Setelah log masuk atau daftar, anda akan dibawah ke interface user. Disana anda lihat butang seperti berikut.
2. Tekan butang diatas dan anda akan dipaparkan paparan berikut.
3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan “CARI“.
4. Paparan senarai wang tidak dituntut akan dikeluarkan. Segala sumber dan nilai wang juga akan dinyatakan dalam bentuk jadual.
Buat Permohonan Dapatkan Wang yang Tidak di Tuntut
Sehingga bulan September 2022 ini, jika anda lihat di dalam jadual yang diberikan tadi ada wang yang anda tidak tuntut, maka segeralah buat permohonan. Pastikan anda sediakan segala keperluan yang diminta untuk tujuan pengeluaran wang.
Bagi bulan September ini, iaitu pada 16 dan 17hb September, website eGumis akan diselengarakan. Jadi lakukan segala urusan dengan kadar segera.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/09/semak-wang-tidak-di-tuntut-anda-sehingga-september-2022.html