Thailand Sertai Pameran Halal Terbesar Dunia Di Mihas Dari 7 Hingga 10 September 2022
Assalammualaikum semua! Bermula 7 September 2022 telah berlangsung MIHAS (Malaysia International Halal Showcase) 2022 di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), Jalan Duta, Kuala Lumpur. Selama 4 hari berturut-turut pelbagai sorotan aktiviti disediakan.
Di antara aktiviti yang disediakan, paling Ruby suka adalah makan! Setiap hari akan diadakan demo masakan authentic Thailand oleh Selebriti Chef Tosapol dan Vasanna. DITP Malaysia (Department of International Trade Promotion (DITP), Ministry of Commerce (MOC) Thailand) mengalu-alukan kehadiran anda ke Thailand Pavilion, Level 1, Hall 4, MITEC.
THAILAND SERTAI PAMERAN HALAL TERBESAR DUNIA DI MIHAS DARI 7 HINGGA 10 SEPTEMBER 2022DITP Malaysia yang mewakili Thailand, berbangga menyertai MIHAS 2022 untuk berkembang maju dalam perdagangan Halal Thai dan menyumbang secara signifikan kepada Industri Halal global. MIHAS adalah platform pasaran yang teguh untuk pemain antarabangsa dan tempatan dalam merebut peluang perniagaan
Tahun ini, Thailand Pavilion akan mempamerkan lebih daripada 40 jenama produk Halal Thai, baik dari sektor makanan dan bukan makanan. Ini merupakan tahun pertama Thailand membawa barangan Halal bukan makanan untuk dipamerkan di MIHAS. Ia termasuk fesyen, seni dan kraf, kesihatan dan kecantikan, hadiah dan barangan hiasan rumah.
Dalam acara ini, anda bukan sahaja akan disajikan beberapa aktiviti menarik seperti persembahan produk dan lelongan (untuk tujuan merit), rancangan memasak secara LIVE oleh chef selebriti Thailand dari Bangkok, dan ujian makanan, tetapi juga meneroka peluang perniagaan dalam gerai kami “Thailand Pavilion ”
Dari Kiri, Chef Van, Encik Worawan Wanwil; Director of DITP Malaysia dan Selebriti Chef Tosapol.
Sehubungan itu, kami menjangkakan bahawa penyertaan dalam acara ini akan membantu dalam meningkatkan imej produk Halal Thai bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran global serta meningkatkan permintaan untuk mengimport produk berpotensi ini dari Thailand dalam masa terdekat
LIVE DEMO MASAKAN - NORTHERN THAI CURRY NOODLE WITH CHICKEN
Sepanjang 4 hari menyertai MIHAS 2022, sesi menikmati masakan Selebriti Chef Tosapol dan Vassana pasti membuatkan anda tersenyum gembira. Masakan authentic Thailand berada di MITEC!!! Dijamin sedap dan Halal semestinya. Aroii
Northern Thai Curry Noodle with Chicken ini disediakan bersama mee telur istimewa. Mee telur tradisional leper ini jarang sekali kita nikmati di Malaysia sebegini melainkan ia dihidangkan bersama sup kosong dan cendawan, isi ayam, fucuk, sambal udang kering dan ikan bilis.
Kali ini di MIHAS 2022, Thailand Pavilion bawakan resepi tradisi utara Thailand untuk kita cuba. Mee telur tradisional ini sering Ruby lihat sebagai Tagliatelle iaitu sejenis pasta Itali. Perbandingan ketara apabila dapat rasa mee telur Thailand adalah dipotong dalam saiz yang sempurna. Tidak terlalu lebar dan tidak terlalu panjang.
Di dalam hidangan Northern Thai Curry Noodle with Chicken ini, mee telur di sediakan dalam dua cara. Mee telur di rebus beberapa saat. Apabila digabungkan bersama kuah kari ayam versi Thailand. Ia sangat sedap!
Kemudian tuang kuah kari ayam versi utara Thailand di atas mee telur yang telah di rebus
Setelah itu, mee telur yang telah di goreng awal di hidangkan bersama. Ye ada dua mee
Inilah hidangan lengkap Northern Thai Curry Noodle with Chicken. Daun ketumbar, bawang, limau nipis, jeruk, spicy shrimp dan chili oil jika ingin extra pedas.
Perbezaan mee kari ini sangat ketara dari segi rasa, tekstur dan bahan. Sangat sedap sebab ia disediakan bersama bahan segar seperti mee telur, santan, pes kari Thailand yang masam manis pedas, potongan ayam yang sederhana kecil dan bahan tambahan yang lain dari kebiasaan kita makan bersama mee kari versi Malaysia. Setiap suapan memberi nikmat gastronomi. Santan berlemak, mee lembut, kemudian ditambah dengan kerangupan pula. Berbaloi untuk dicuba
Bahan-Bahan Penyedap:
Jeruk
Hirisan Bawang
Limau Nipis
Chili Oil
Bahan penyedap makanan dari Thailand. Nanti Ruby cari nama produk ni. Risau salah ejaan. Hehehe. Tapi serius sedap, rangup, pedas sedang-sedang enak.
PRODUK-PRODUK HALAL THAILAND
Halal mempunyai skop besar, jom kita kenali produk-produk Thailand.
Makanan - Snek dan Kekacang
Makanan - Ais Krim
Minuman Suplimen
Makanan - Penyedap Masakan
Produk Kecantikan Dan Kesihatan
Produk Pertanian
Produk Fesyen
Selain dari pameran, anda boleh berbelanja di sini untuk mendapatkan produk Halal Thailand. Sertailah dan ayuh terokai potensi produk Halal di Thailand Pavilion di MIHAS 2022 dari 7 –10 September 2022. Sebanyak 1,400 ruang parkir tersedia di MITEC pada kadar RM 15 flat rate sehari. Jumpa anda di sana!
#DITPMalaysia #ThinkHalalThinkThailand #ThinkHalalThinkMIHAS #MATRADE #MIHAS2022 #ThaiFoods #FoodsandBeverages #OverseaTrades #ThailandMalaysiaBusiness #ImportExport #ThaiExhibitors
MENGENAI DITPDITP merupakan Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand, Kerajaan Diraja Thai yang beribu pejabat di Nonthaburi, Thailand. Ia adalah badan kerajaan yang membantu memupuk dan menghubungkan peluang perdagangan antara rakan kongsi Thailand dan antarabangsa. Dengan 58 Pusat Dagangan Thai di seluruh dunia, DITP komited untuk berkhidmat kepada rakan dagangan Thailand dengan usaha terbaik.
MENGENAI MIHASPameran Halal Antarabangsa Malaysia atau MIHAS ialah pameran perdagangan tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan diuruskan oleh Shapers Malaysia (dahulunya Indah Profiles), sebagai Sekretariat MIHAS. Ia bertujuan untuk memudahkan penyumberan, penjualan produk dan perkhidmatan halal berkualiti di peringkat global
MIHAS pertama kali dimulakan pada 2004, lazimnya diadakan pada bulan April di Kuala Lumpur, Malaysia dan acara itu berlangsung selama empat hari. Bermula tahun 2008, pemilikan acara Halal ini telah dipindahkan kepada kerajaan Malaysia di bawah naungan Perbadanan Perdagangan dan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE)
MIHAS pertama kali diadakan pada tahun 2004 di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Mines Resort City, Kuala Lumpur. Acara yang julung kali diadakan itu telah dirasmikan oleh (kini bekas) Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
DITP MALAYSIA | MIHAS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/09/thailand-sertai-pameran-halal-terbesar.html