Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan Online


Tahukah anda tentang kewujudan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau lebih dikenali sebagai PeKa B40?
Ianya merupakan satu lagi inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk membantu menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Seramai 800,000 bakal terima manfaat skim tersebut bermula April ini.
Apa yang perlu dilakukan?
Mudah saja, penerima hanya perlu membawa kad pengenalan ke klinik swasta yang menyertai Klinik PeKa B40 untuk buat pemeriksaan kesihatan (Manfaat 1).
Jika penerima disahkan menghidap penyakit dan perlu jalani pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital kerajaan, penerima akan layak mendapat 3 lagi manfaat seterusnya.
Tiada bayaran dikenakan kerana semuanya dibiayai kerajaan dengan dana RM100 juta.
Anak-anak sila pastikan ibu bapa atau saudara terdekat anda yang layak supaya mengambil peluang ini.

Berbeza dengan Skim Perlindungan Kesihatan mySalam, PeKa B40 diwujudkan atas beberapa faktor berikut:
47.6% kumpulan B40 berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis. 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40. Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah. Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan. Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan. Dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, PeKa B40 dijangka mampu membantu 800,000 penerima buat permulaan.
SEMAKAN PEKA B40 ONLINE Untuk makluman, tiada pendaftaran diperlukan untuk program tersebut.
Sekiranya anda penerima Bantuan Sara Hidup 2019 dan berumur 50 tahun ke atas, maka anda secara automatik layak menerima manfaat program Skim Peduli Kesihatan ini.
Untuk lebih yakin, anda boleh semak kelayakan di https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK.
MANFAAT SKIM PEDULI KESIHATAN B40 Berikut dikongsikan empat manfaat program PeKa B40 iaitu:
Manfaat 1: Saringan Kesihatan Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan Proses mendapatkan manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut:
Langkah 1: Semak kelayakan di sini. Langkah 2: Jika layak, lawati klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40 dengan membawa MyKad. Senarai klinik juga boleh didapati di sini. Langkah 3: Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik. Langkah 4: Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM. Berikut adalah huraian setiap manfaat:
 
Manfaat 1: Saringan Kesihatan
Setiap penerima perlu menjalani saringan kesihatan di mana-mana klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 bagi mendapatkan ketiga-tiga manfaat lain.
Saringan kesihatan ini merangkumi:
pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan saringan kesihatan mental pemeriksaan fizikal pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko ujian darah dan ujian air kencing Saringan kesihatan ini boleh dibuat secara PERCUMA kecuali jika penerima bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri.
Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
Melalui manfaat ini, PeKa B40 menyediakan bantuan sehingga RM20,000 bagi membeli alat-alat perubatan seperti:
tent untuk jantung Alat sendi tiruan Alat bantuan pendengaran Perentak jantung Prostesis dan implan untuk tulang belakang Prostesis dan ortosis tulang anggota Kanta mata intraokular Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator Bantuan sokongan nutrisi Kerusi roda
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
Sekiranya penerima disahkan mengidap kanser, penerima akan menerima bayaran RM1,000 untuk melengkapkan pelan rawatan di hospital KKM.
Pembayaran dipecahkan kepada dua kali bayaran dan dibayar secara terus ke akaun penerima.
Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
Dan menariknya di bawah program ini penerima akan menerima bantuan RM500 (Semenanjung) / RM1,000 (Sabah / Sarawak) bagi meringankan beban membayar kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.
Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Diharapkan bantuan kerajaan ini sedikit sebanyak meringankan beban anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat PeKa B40 di alamat berikut:
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon: +603 8687 2500
Emel: [email protected]
The post Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan ( Peka B40 ) Online appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/semak-kelayakan-skim-peduli-kesihatan-peka-b40-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Peduli Kesihatan Untuk B40 Bantu Pesakit Kanser Ovari Jalani Rawatan

Skim Peduli Kesihatan Untuk B40 Bantu Pesakit Kanser Ovari Jalani Rawatan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 259 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 Secara Online

Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 Secara Online

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 472 hits
Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 Secara Online Pengumuman Buget 2020 baru baru ini telah mengembirakan rakyat Malaysia terutama pasal Program Subsidi Petrol 2020 Berita ini diterima baik oleh seluruh rakyat Penerima Bantuan Sara ...
Berdaftar Ke Tak Semak Senarai Sekolah Agama Secara Online Melalui Simpeni

Berdaftar Ke Tak Semak Senarai Sekolah Agama Secara Online Melalui Simpeni

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 648 hits
Kini ibu bapa atau sesiapa sahaja boleh menyemak senarai sekolah agama secara online sama ada sekolah itu berdaftar atau pun tidak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mewujudkan portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau Simpeni bagi me...
Berbaki Rm6 9 Bilion Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

Berbaki Rm6 9 Bilion Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 869 hits
Foto AFP Wang Tidak Dituntut dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara masih berbaki RM6 932 sehingga 31 Oktober lepas Jumlah yang diberitahu semasa persidangan Dewan Rakyat semalam Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah seba...
Cara Semak Baki Akaun Asb Online Di Myasnb

Cara Semak Baki Akaun Asb Online Di Myasnb

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 604 hits
Cara Semak Baki Akaun ASB Online di MyASNB Adakah anda pelabur Amanah Saham Bumiputera Bagaimana cara semak ASB secara online Panduan buat anda kepada mana mana individu yang melabur di Amanah Saham Bumiputera Untuk makluman kini ASB tidak ...
Skim Air Percuma Darul Ehsan Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

Skim Air Percuma Darul Ehsan Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 473 hits
Rakan rakan yang berada di Selangor sudahkah anda membuat permohonan atau pendaftaran untuk Skim Air Percuma Darul Ehsan Jika belum masih tidak terlambat untuk mengisi borang permohonan Skim Air Darul Ehsan yang telah dibuka permohonan seja...
5 Successful Online Marketing Elements

5 Successful Online Marketing Elements

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 355 hits
Design Strategic give away make it simple teach your visitor There are 5 of different methods and tactics involved with Internet Marketing With all these options the hardest part of Internet Marketing is finding out what tactics will work A...
Ujian Psikometrik Spa Online Mudah

Ujian Psikometrik Spa Online Mudah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 408 hits
Apa yang perlu anda tahu tentang Ujian Psikometrik Ia adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA untuk menapis calon yang ingin menjawat jawatan dalam kerajaan Ia adalah wajib untuk semua calon...
Fingo Berniaga Online Macam Lazada

Fingo Berniaga Online Macam Lazada

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 481 hits
Apa itu FINGO Pernah dengar tak FINGO alternative shopping selain Lazada shopee zalora anda juga boleh mengunjungi FINGO Setakat artikel ini di tulis ianya baru tiga bulan dilancarkan Sudah tentu anda pernah dengar buat duit melalui Shopee ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization