Semak Fakta Majoriti Ahli Parlimen Kerajaan Adalah Bumiputera Islam


malaysiakini.com
Andrew Ong dan Aidila Razak
Diterbitkan: Nov 30, 2022 1:01 PM
Sejak perdana menteri baru Anwar Ibrahim mengangkat sumpah pada 24 Nov, terdapat dakwaan oleh beberapa tokoh berpengaruh bahawa kerajaannya didominasi oleh wakil rakyat bukan Melayu dan bukan Islam.

Ini, menurut penulis blog buruan Raja Petra Kamaruddin, adalah resipi untuk pergolakan etnik, dengan barisan pembangkang terdiri hampir keseluruhannya oleh ahli parlimen Melayu dan Islam.

Katanya, orang Melayu kini melihat kerajaan hari ini sebagai “kerajaan Cina”, dengan hampir semua ahli Parlimen Cina berada dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Justeru, dakwanya kerajaan hari ini bukan "kerajaan perpaduan" tetapi adalah"kerajaan perkauman".

Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga senada dan berkata kerajaan baru ini didominasi oleh bukan Islam.

Atas sebab itu, dia berkata, Perikatan Nasional (PN) menolak pelawaan menyertai kerajaan, sambil menambah bahawa 80 peratus orang Melayu mengundi dan menyokong mereka.

Dia juga melabel kerajaan hari ini sebagai "kerajaan minoriti".

Menurut Hadi parti “bukan Islam” DAP mempunyai lebih banyak suara dalam kerajaan pimpinan PH kerana mereka mempunyai lebih ramai ahli parlimen berbanding sekutu mereka.
Malaysiakini menyemak komposisi etnik dan agama ahli Parlimen untuk melihat jika dakwaan berkenaan adalah benar.

Betulkah kerajaan baru ini “kerajaan Cina”?

Daripada 148 ahli parlimen yang menyokong Anwar sebagai ahli parlimen, wakil rakyat Melayu merupakan jumlah paling ramai dengan 50 daripada mereka adalah berketurunan Melayu.

Ini diikuti oleh ahli Parlimen Cina, dengan 43 orang, bumiputera Islam dari Sabah dan Sarawak (27), bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawakr (16) dan India atau kaum-kaum lain (12).Bagaimanapun, menurut statistik demografi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Julai lalu, peratusan ahli parlimen berketurunan Cina dan India dalam kerajaan hari ini adalah lebih sedikit mengatasi jumlah rakyat etnik berkenaan.Sebanyak 29 peratus ahli Parlimen kerajaan adalah etnik Cina, manakala 22.8 peratus rakyat Malaysia adalah daripada keturunan itu.Walaupun demikian, kerajaan baru hari ini masih tidak “dikuasai oleh orang Cina” kerana terdapat 105 ahli parlimen bukan Cina, iaitu lebih dua kali ganda bilangan ahli parlimen Cina.

Justeru, adalah tidak tepat untuk mengatakan kerajaan hari ini adalah "dikuasai Cina".

Adakah kerajaan ini dikuasai bukan Islam?

Jumlah ahli parlimen Islam dan bukan Islam di pihak kerajaan sebenarnya seimbang.

Ahli parlimen Islam dalam kerajaan membentuk 52 peratus manakala bukan Islam adlah sekitar 28 peratus.Oleh demikian, adalah tidak benar bahawa kerajaan didominasi oleh wakil rakyat bukan Islam.

Jadi kaum mana yang "menguasai" kerajaan?

Bumiputera membentuk kumpulan terbesar ahli parlimen dalam kerajaan.

Berdasarkan pembahagian antara bumiputera dan bukan bumiputera, nisbahnya ialah 63 peratus bumiputera dan 27 peratus bukan bumiputera.

Demografi negara menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia adalah bumiputera.

Adakah barisan pembangkang hanya terdiri daripada Melayu/Islam?

Secara teknikalnya, sebahagian mereka adalah bumiputera Sabah dan Sarawak serta bukannya Melayu.

Bagaimanapun, 92 peratus daripada 73 ahli parlimen pembangkang adalah Melayu dan Islam.

Hanya dua ahli parlimen pembangkang, atau kira-kira tiga peratus adalah wakil bukan Islam.
Justeru, adalah tepat untuk mengatakan bahawa barisan pembangkang hampir secara eksklusif adalah terdiri daripada orang Melayu dan Islam.

Benarkah parti ‘bukan Islam’ DAP mendominasi Pakatan Harapan?

DAP adalah parti sekular, dengan semua 40 ahli parlimennya, kecuali tiga daripada mereka bukan beragama Islam.

Ia juga adalah parti dengan ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan yang paling ramai diikuti oleh PKR dengan 31 ahli Parlimen dan Amanah yang memegang lapan kerusi parlimen.
Sebanyak 37 peratus ahli Parlimen Pakatan Harapan beragama Islam.

Kerajaan perpaduan atau "kerajaan perkauman"?

Pentadbiran Anwar Ibrahim sering dirujuk sebagai "kerajaan perpaduan" selepas ia ditubuhkan atas titah Yang di-Pertuan Agong selepas pilihan raya umum ke-15.

Walau bagaimanapun, secara teknikalnya, ia bukanlah "kerajaan perpaduan nasional" seperti yang lazimnya dibentuk di seluruh dunia semasa krisis.
Dalam keadaan ini, "kerajaan perpaduan nasional" merangkumi semua parti politik. Ini bermakna tiada barisan pembangkang.

Dalam kes Malaysia, 73 ahli parlimen PN membentuk blok pembangkang, jadi secara teknikal ia bukan kerajaan perpaduan. Apa sekalipun, ia tetap adalah kerajaan campuran yang dipimpin oleh Anwar.

Pakatan Harapan dengan 82 kerusi berkemungkinan adalah gabungan paling berkuasa, tetapi PM baru bertegas bahawa ini bukan kerajaan PH, tetapi kerajaan campuran.

Hakikat bahawa ia bukan kerajaan perpaduan tidak semesti menjadikannya "kerajaan perkauman".
Dalam videonya, Raja Petra berulang kali menegaskan bahawa kerajaan pimpinan Anwar "bukan kerajaan perpaduan tetapi kerajaan terpolarisasi atau kerajaan perkauman," seolah-olah konsep itu bercanggah antara satu sama lain.

Ini sebenarnya tidak benar kerana istilah "perpaduan" dalam "kerajaan perpaduan" bukan merujuk kepada perpaduan kaum.

Oleh demikian, walaupun secara teknikal ia bukan kerajaan perpaduan, ini tidak secara automatik menjadikannya sebagai "kerajaan perkauman".

Bahkan, ia juga tidak semestinya "kerajaan terpolarisasi" - istilah yang digunakannya apabila merujuknya dalam bahasa Inggeris - kerana komposisi kaum itu agak mencerminkan nisbah peratusan bumiputera dengan bukan bumiputera di negara ini.
Tetapi ia boleh dikatakan Dewan Rakyat yang berpolarisasi etnik, dengan pembangkang terdiri hampir keseluruhannya daripada wakil Melayu-Islam.

Adakah ia "kerajaan minoriti" seperti didakwa oleh Hadi?

Ia bukan kerajaan minoriti, seperti yang ditakrifkan oleh buku teks sains politik; iaitu kerajaan yang mendapat sokongan kurang daripada separuh ahli Parlimen.
Sehingga kini, 148 ahli parlimen menyokong kerajaan pimpinan Anwar. Ini bermakna dia menikmati sokongan daripada dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Tetapi adakah betul bahawa 80 peratus orang Melayu menyokong PN?

Perincian pola data pengundian pada pilihan raya umum ke-15 masih diproses oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia dijangka tersedia untuk jualan umum mulai bulan depan.

Bagaimanapun, analisis pemerhati politik Bridget Welsh, baru-baru ini mengenai corak pengundian sering diulang untuk menunjukkan pola pilihan pengundi Melayu pada PRU15.

Dalam analisisnya, Welsh berkata PH mendapat sokongan daripada 11 peratus pengundi Melayu, PN pula menerima 54 peratus manakala Umno/BN mendapat kira-kira satu pertiga undi Melayu.
Analisisnya itu kerap kali diulang oleh pemimpin PN, tetapi dipertikaikan oleh pemimpin PH yang mempersoalkan metodologi yang digunakan memandang perincian corak pengundian masih belum dikeluarkan.

Malaysiakini adalah sebahagian daripada pakatan pemeriksa fakta, JomCheck, yang terdiri daripada badan media, ahli akademik dan masyarakat sivil.

Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian tip 017-477 6659 atau melalui pautan ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/semak-fakta-majoriti-ahli-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 209 hits
Walaupun ramai yang menggesanya meletak jawatan susulan kekalahan teruk di PRU15 Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak untuk menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan per...
Ahli Parlimen Pas Enggan Ulas Rakaman Audio Tukar Kerajaan

Ahli Parlimen Pas Enggan Ulas Rakaman Audio Tukar Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 262 hits
Shakira BuangSeorang pemimpin kanan PAS enggan mengulas dakwaan dia adalah pemilik suara dalam rakaman audio yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu Malah ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS ...
Ahli Parlimen Bebas Dari Kudat Sahkan Sokong Kerajaan Perpaduan

Ahli Parlimen Bebas Dari Kudat Sahkan Sokong Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 133 hits
Ahli Parlimen Kudat Verdon Bahanda mengesahkan sokongannya kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kudat Verdon Bahanda yang merupakan Ahli Parlimen bebas hari ini mengesahkan sokongan be...
Muhyiddin Ulangi Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

Muhyiddin Ulangi Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 117 hits
bharian com myOleh November 21 2022 12 11amMuhyiddin selepas mempengerusi mesyuarat BERSATU malam ini Foto NSTP Mohamad Shahril Badri SaaliSHAH ALAM Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi beliau sudah mendapat bila...
Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 170 hits
FAIZ FADZILSelepas PRU 15 berlaku situasi kali pertama di dalam negara iaitu Parlimen tergantung Ini bermaksud tidak ada mana mana blok parti politik memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan Maka untuk memastikan kerajaan terbentuk part...
Lapan Adun Bn Dua Adun Ph Di Lantik Jadi Ahli Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan

Lapan Adun Bn Dua Adun Ph Di Lantik Jadi Ahli Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 159 hits
PEKAN Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang masing masing membabitkan lapan ADUN Barisan Nasional dan dua daripada Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri hari ini Istiadat Pengurniaan Surat Cara ...
Ahli Parlimen Malas Hadir Kena Potong Gaji

Ahli Parlimen Malas Hadir Kena Potong Gaji

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 222 hits
Rakyat yang tak hadir kerja gaji dipotong lama tak hadir kerja direhatkan dan dipecat Adun dan MP sama aje rakyat yang bayar gaji Minta MB state assembly Adun dan MP parlimen ada system utk monitor dan evaluation prestasi wakil rakyat Kalau...
Kerajaan Pimpinan Dsai Mempunyai 148 Majoriti Mp

Kerajaan Pimpinan Dsai Mempunyai 148 Majoriti Mp

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 111 hits
With Gabungan Rakyat Sabah joining the unity government let s take a look at the numbers PH 82 BN 30 GPS 23 GRS 6Warisan 3KDM 1 PBM 1 Independent 2 Total 148 MPsPN has 73 Therefore anwaribrahim has 2 3 support
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Filem Mustaqim

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer

Onsen Tamago