Apakah Ini Erti Pembangunan Sebenar Sehingga Mati Habis Jati Diri Negara


Apakah PBT dan GLC sudah buta mata hati?MENYAMBUNG coretan sebelum ini, nama-nama bangunan dan taman semakin tidak mencerminkan jati diri negara

Nama negara dan negeri-negeri begitu klasik dan penuh dengan makna, Tanah Melayu, Malaysia, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak

Malangnya, apabila berlaku pembangunan, jati diri ini semakin hilang entah ke mana.

Teramat menyedihkan apabila ia melibatkan PBT yang memberi kelulusan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) turut tidak memberikan nama-nama yang ada jati diri. Usahlah ditanya syarikat-syarikat swasta ultra kiasu, jangan haraplah langsung nama-nama dalam bahasa Melayu akan digunakan, kerana memang dalam perancangan untuk menghilangkan semua jati diri itu.

Cuba tengok nama bangunan komersial dan taman-taman yang dibangunkan oleh SP Setia, PNB, Sime Darby, I&P, Boustead, LTAT dan lain-lain GLC yang tidak sempat saya nukilkan di sini.

Ini belum termasuk lagi, papan tanda, nama kedai, banner, bunting, dan apa jua risalah awam yang digantung dan disebarkan di merata tempat dengan kelulusan PBT.

Bahasa kebangsaan langsung tidak didaulatkan. Ada yang sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Mahu kata apa lagi.

Yang mencadangkan nama projek adalah syarikat berkaitan, yang meluluskan adalah PBT.

Jati diri ini semakin hilang

Cuba lihat hospital yang dibangunkan oleh KPJ Healthcare Bhd, di setiap kota raya hampir di setiap negeri. Boleh dikatakan hospital ini terletak di New York, bukan di Malaysia. Bahasa Inggeris sepenuhnya, hatta sehingga ke kawasan parkir pun bahasa Inggeris. Mereka lebih selesa menggunakan emergency bukan kecemasan.

Bagi GLC sektor perbankan, seperti Maybank, CIMB, Bank Muamalat, dan lain-lain bank, boleh dikatakan sepatah haram bahasa Melayu mula tidak digunakan, semuanya dalam bahasa Inggeris. Yang ada dalam bahasa Melayu, Cuma tanda KELUAR di pintu.

Kalau ada pun bahasa Melayu digunakan sekadar batuk di tangga

Cuba masuk ke dalam bangunan TM, TNB, Petronas dan berbagai GLC lagi. Boleh dikatakan seolah-olah jati diri negara sudah mati.

Sudah matikah jati diri anak-anak Melayu Islam yang berada di PBT dan GLC? Apa yang ada dalam hati mereka? Tidak ada sekelumit memikirkan soal ke mana negara ini hendak dibawa dan dibangunkan.

Saya banyak juga berjalan ke negara luar, penuh dengan jati diri negara. Tetapi bila tiba negara kita, seolah-olah kita sendiri yang merosakkan jati diri negara.

Jangan dibandingkan dengan sektor perkhidmatan dan pelancongan. GLC penerbangan negara kita, cantik logonya lambang wau atau layang-layang. Teramat malang, jati diri semua ke laut.

Lagilah teruk kapal terbang murah berwarna merah. Pakaian pramugara, tutup sampai ke gelang tangan dan gelang kaki. Tiba kepada pramugari merah, terbuka luas sehingga nama terurat dan tersirat. Semua pengumuman mendahulukan bahasa Inggeris.

Siapakah yang memantau dan meluluskan semua ini? Takkan tidak ada satu pun kementerian bertanggungjawab?

Jangan pergi jauh, bandingkan dengan negara Thailand. Jangan lihat PBT dan GLC mereka, bagaimana mereka menjaga jati diri negara.

Naik dulu kapal terbang Thailand, penuh dengan jati diri. Menapak kaki ke dalam kapal terbang Siam, sudah terdengar ucapan swaswadee, bukan macam kita good morning/afternoon dan lain-lain.

Majalah mereka sepenuh dalam bahasa Siam. Bukannya seperti majalah kita, nak cari semuka pun dalam bahasa Melayu, begitu susah sehingga terpaksa belek-belek beberapa kali.

Sedihnya bila kita tengok, carta organisasinya, hak memegang jawatan yang atas-atas semua orang Melayu Islam.

Sudah matikah semua jati diri kamu? Kamu nak bawa negara ini ke mana sebenarnya? Menjadikan mereka memahami barat atau memahami erti tanah air sendiri?

Malang sungguh mendapat orang-orang sebegini membawa hala tuju negara.

Hamka pernah berkata, kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.

Nak jadi manusia atau kera atau babi?

Sudah tentu antara darjat manusia dengan binatang ada beza meskipun keduanya adalah makhluk ciptaan Tuhan

Manusia ini istimewa, dikurniakan akal dan kemampuan untuk berfikir selain sifat kebebasan memilih (free will). Oleh sebab itulah manusia memiliki tingkat kehidupan yang berbeza dengan binatang.

Peliknya, kenapa manusia tidak guna akal untuk berfikir?

Hamka berkata lagi, kalau manusia hidup cuma sekadar hidup, babipun melakukannya. Kalau hidup cuma untuk makan dan tidur binatang pun boleh melakukannya.

Sebagai manusia, sudah tentu kita punya nilai tambah yang lebih daripada supaya berbeza dengan kera dan babi.

Hidup bukan untuk makan dan tidur. Tetapi makan dan tidur untuk hidup, agar dapat mencipta dan mengusahakan sesuatu yang bermakna untuk agama, bangsa dan negara.

Sebagai manusia, kalau kerja sekadar bekerja, apalah bezanya dengan kera? Kera juga mampu bekerja dengan kudrat kebolehan yang dikurnia. Malahan kera mampu bekerja untuk manusia memetik kelapa.

Begitulah mendalam sekali perumpamaan Hamka ini.

Dalam kata lain, ketika bekerja kita kehilangan rasa dan perasaan. Apabila bekerja hanya sekadar untuk gaji dan naik pangkat, tanpa jatuh cinta kepada agama, bangsa dan negara

Alangkah indahnya hidup ini, jika dalam kalangan yang berada di PBT, GLC di mana juga berada, dapat menanamkan kecintaan jati diri, demi peningkatan prestasi kerja hari demi hari.

Begitulah halnya pula dengan kehidupan kita. Hidup akan lebih bermakna sekiranya dapat memberikan sesuatu dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara, terutama dalam menjaga semua jati diri ini. Tolak segala bentuk rasuah yang boleh menghancurkan jati diri negara.

Tidak ada ertinya bangunan didirikan ratusan tingkat. Begitu juga tidak ada ertinya pembangunan, jika tanpa jati diri agama, bangsa dan negara. Jangan sampai kita dikutuk oleh generasi akan datang, hanya kerana kelalaian kita yang disengajakan demi mendapat habuan dunia. Pastikan kita manusia berbeza dengan kera dan babi.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/apakah-ini-erti-pembangunan-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Negara Bagai Bandar Mati

Seluruh Negara Bagai Bandar Mati

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 216 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Penuh fasa pertama selama dua minggu yang bermula semalam disambut baik rakyat di seluruh negara Tinjauan Kosmo di bandar bandar besar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi se perti Kuala Lumpur Shah Alam Joho...
Apakah Ayat Pendinding Diri Terbaik

Apakah Ayat Pendinding Diri Terbaik

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 219 hits
Dikemaskini pada 24 10 2020 oleh Ustaz Abdullah Ramai yang selalu bertanyakan kepada saya apakah doa atau pun ayat terbaik yang patutu diamalkan sebagai pendinding dari kejahatan sihir Jawapannya mudah Dan sebenarnya ianya sudah pun ada di ...
Bidas Pemain Sertai Skuad Negara Seperti Percutian Tmj Tawarkan Diri Pimpin Harimau Malaya

Bidas Pemain Sertai Skuad Negara Seperti Percutian Tmj Tawarkan Diri Pimpin Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 196 hits
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak JDT hari ini membidas sikap segelintir pemain skuad kebangsaan yang dilihat seperti pergi bercuti pada musim panas setiap kali tugasan an...
Apakah Negara Sudah Temui Jalan Keluar Yang Lebih Baik

Apakah Negara Sudah Temui Jalan Keluar Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 262 hits
Rakyat sudah pun muak untuk ambil kesah dengan politik dan pengurusan negara cuma menunggu PRU Rakyat sudah putus harapan dan tiada tempat mengadu yang padu Terlalu ramai yang diberi amanah untuk negara tetapi berkhidmat kepada individu
Tanda Tanda Hati Yang Sudah Mati Muhasabah Diri Sebelum Tidur

Tanda Tanda Hati Yang Sudah Mati Muhasabah Diri Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 283 hits
Setiap kebaikan yang dilakukan di atas muka bumi ini pasti akan dibalas dengan kebaikan kelak Sebagai umat Islam ganjaran pahala akan diberikan kepada mereka yang sentiasa beramal dan melakukan kebaikan
Kita Patut Cemburui Negara Lain

Kita Patut Cemburui Negara Lain

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 118 hits
NORMAN RADZUANSaya cemburu dgn negara lain KITA MASIH MENYIMPAN RAKYAT Setiap malam saya menonton acara sukan luar negara Ada Formula 1 Moto GP Badminton Cycling Tenis Bola Sepak Olahraga di Europe Maraton di China dan skg sdg berlangsung k...
Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

Mageran Langkah Ke Belakang Negara Ketika Ini Lebih Memerlukan Kerajaan Baharu Yang Berani Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 235 hits
Apa masalah kita di negara ini sekarang Jika boleh dihurai pendekkan antara masalah pokok negara kita sekarang ialah kegagalan PN sebagai kerajaan dan ketidakmampuan Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri dalam mengurus negara memerangi ...
Kerajaan Gagal Bank Negara S International Reserves Rise To Us 110 9bil

Kerajaan Gagal Bank Negara S International Reserves Rise To Us 110 9bil

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 192 hits
Bank Negara Malaysia s international reserves stood at US 110 9 billion as of May 31 up from US 110 6 billion on May 12 BNM said the reserves position is sufficient to finance 8 4 months of retained imports and is 1 1 times the total of sho...
Jangan Biarkan Saka Merosakkan Negara Bersama Kroninya

Jangan Biarkan Saka Merosakkan Negara Bersama Kroninya

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 141 hits
BETUL KATA Dr Puad Zarkashi tu Kuasa MAGERAN ni sangat dahsyat boleh buat apa sahaja Buatnya OT tu salah guna lagi parah le keadaan Rakyat Seteru dia terutama DSAI pasti ke dalam Tu pasal Mat Serabut penjilat tegar OT pun tak mahu sokong MA...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri