Seluar Slack Pure Career Rm19 Sahaja Di Aeon Shah Alam
Seluar slack Pure Career RM19 sahaja di Aeon Shah Alam? Murah weh. Memang wajiblah beli sebab suka pakai seluar ni pergi ofis. Material best, jahitan dan cutting pun kemas je.
Apsal tetiba nak beli seluar baru?
Berjemaah ke Aeon Shah Alam, memang tak masaklah sebab air takde
Cerita dia macam ni. Tu hari nak pergi ofis. Pagi-pagi nak siapkan anak mandi, pakai baju, layan nangis dia dulu. So kita pun dah bersiap sambil mencangkungla nak pakaikan anak baju sekolah.
Tetiba prakk!!!
Ya ampun koyak plak sesuai ni hahaha. Dah gelabah nak iron seluar lain pulak. Last-last capai je seluar Kakis Voir hitam. Ha senang tak payah iron.
Tapi sedih plak seluar Pure Career lama tu koyak. Malu campur sedih bila anak-anak gelakkan kita berjemaah hahahaha. Seluar tu dah 5 tahun kot. Memang harganya mahal tapi berbaloi memakai.
Huhu adakah saya suda gumuk weii!!!. Tu yang menguatkan alasan saya nak beli seluar baru. Oklah takdelah rasa bersalah bila nak beli seluar baru tapi seluar lama masih boleh dipakai. Nanti kat akhirat kene soal tau!! 😅
Masalah air takde pheww!
Weekend lepas kan Klang Valley kan takde air, adui memang panik habis lah. Husband kerja Sabtu tu, macam biasalah. Kalau ko takde alasan kukuh memang susah sangat nak minta dia cuti.
Unless kalau ada emergency case lah, hmm kalau kena kerja jugak tak tahulah nak cakap apo!!. Oklah bila tinggal saya dan anak-anak di rumah, kita siap kemas lipat kain, vakum rumah dan husband dah beli breakfast awal pagi sebelum dia pergi kerja.
So kita makanlah pagi tu buat alas perut. Sebab awal-awal dah bagitau, disebabkan air takde, ibu tak masak okey! Semua anak-anak pun okey jek. Sebab dah cakap kat diorang nak makan kat luar.
Diorang pun memang happy sebab dah lama betul tak makan kat luar. Alang-alang dah keluar ni bolehlah beli seluar slack baru. Huhu bagus!! Timing cantik sangat.
Seluar slack Pure Career RM19 sahaja
Belilah 3 helai. Harga campur-campur RM19, RM59 dan RM79
Murah kan? Yang ni diorang nak habiskan stok lama
Dan bila sampai Aeon, waktu tu memang orang tak ramai. Sebab kami sampai tu awal dalam jam 11 pagi. Seronok sangat sebab takdelah crowded dengan bawak anak-anak berlima orang ni.
Semua happy siap bergurau senda. Sambil kakak-kakak tengokkan adik-adik, saya bolehlah cuba seluar satu persatu. Dan ngam!!
Ada Sales 50%. Terbaik!! Ada jugak RM19 sehelai sebab nak habiskan stok lama. Dapatlah 3 helai seluar Pure Career. Alhamdulillah terubat hati haha.
Tuan blog happy sangat dengan seluar barunya. Barulah mood nak pergi kerja tu melimpah ruah hahaa.
Biasanya kalau ke Aeon saya suka 2 jenama ni. Pure Career atau Scarlet. Tapi Scarlet tak banyak pilihanlah pulak. Tu yang cari brand satu lagi.
Kalau kata seluar ni mahal, betullah korang kata tu. Tapi saya pakai untuk tempoh yang lama. Jadi berbaloilah juga dengan harga. Alah membeli menang memakai. Janji selesa dan longgar.
Tapi saya tak pasti sales ni sampai bila. Ni pun kebetulan je singgah Aeon, tengok-tengok ada diskaun. Kotla korang pun nak cari seluar ni juga kan, memang recommended.
Oklah mood happy is on. Daaaa 😊
The post Seluar slack Pure Career RM19 sahaja di Aeon Shah Alam appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/09/seluar-slack-pure-career-rm19-sahaja-di-aeon-shah-alam.html