Kemboja Thailand Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata Bagi Tamatkan Konflik Sempadan Serta Merta


Kemboja, Thailand Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata Bagi Tamatkan Konflik Sempadan Serta-merta
PHNOM PENH, 27 Dis (Bernama) — Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta berkuat kuasa tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu, sekali gus menamatkan konflik yang kembali memuncak pada 7 Dis.
Menteri pertahanan kedua-dua negara menandatangani Kenyataan Bersama Mesyuarat Khas Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Ketiga pada pagi Sabtu, iaitu hari ketiga mesyuarat berkenaan.
“Kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta melibatkan semua jenis senjata, termasuk serangan terhadap orang awam, objek dan infrastruktur awam serta sasaran ketenteraan mana-mana pihak, dalam semua keadaan dan di semua kawasan.
“Kedua-dua pihak juga mesti mengelakkan sebarang tembakan tanpa provokasi, pergerakan atau kemaraan tentera ke arah kedudukan atau pasukan satu lagi. Perjanjian ini tidak boleh dilanggar dalam apa jua keadaan,” menurut kenyataan bersama itu.
Kenyataan sama disiarkan di laman Facebook Kementerian Penerangan Kemboja serta laman sesawang Kementerian Luar Thailand.
Kenyataan bersama itu ditandatangani Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja dan Pengerusi Bersama GBC Kemboja, Jeneral Tea Seiha, serta Menteri Pertahanan Thailand dan Pengerusi Bersama GBC Thailand, Jeneral (B) Nattaphon Narkphanit.
Mesyuarat diadakan di Prum, Wilayah Pailin, Kemboja dan di Ban Pak Kard, Wilayah Chanthaburi, Thailand (Pintu Masuk Antarabangsa).
Mesyuarat itu turut disaksikan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT).
Mesyuarat itu juga akan memperkukuh peranan AOT melalui rundingan bersama Pengerusi ASEAN serta AOT.
Kedua-dua negara turut bersetuju bahawa selaras dengan semangat “Deklarasi Bersama Kuala Lumpur” pada 26 Okt, seramai 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan di Thailand akan dihantar pulang ke Kemboja selepas gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya selama 72 jam.
Selain itu, kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenai beberapa isu penting termasuk memastikan keselamatan pasukan tinjauan bersama di lapangan, khususnya berkaitan ancaman periuk api. Mereka juga bersetuju memudahkan kepulangan selamat orang awam yang tinggal di kawasan sempadan, serta membanteras penipuan dalam talian dan pemerdagangan manusia.
“Kenyataan ini mengulangi komitmen tegas untuk menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan, menyelesaikan pertikaian secara aman serta menghormati sempadan antarabangsa dan undang-undang antarabangsa demi mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen terhadap pelaksanaan berkesan pengaturan gencatan senjata bertarikh 28 Julai 2025, perjanjian GBC dan mesyuarat Suruhanjaya Sempadan Bersama, serta semua perjanjian sedia ada antara kedua-dua negara.
Kenyataan itu juga menekankan bahawa Kemboja dan Thailand akan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Piagam ASEAN dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara bagi mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau.
Sumber: BERNAMA
The post Kemboja, Thailand Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata Bagi Tamatkan Konflik Sempadan Serta-merta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/27/kemboja-thailand-tandatangan-perjanjian-gencatan-senjata-bagi-tamatkan-konflik-sempadan-serta-merta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Khas Asean Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja Thailand Ditangguhkan Pm Anwar

Mesyuarat Khas Asean Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja Thailand Ditangguhkan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 133 hits
Mesyuarat Khas ASEAN Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja Thailand Ditangguhkan PM Anwar Kuala Lumpur 15 Dis Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN untuk menilai perkembangan terkini ketegangan sempadan yang berterusan antara Kemboja dan Thaila...
Pm Anwar Gesa Thailand Kemboja Hentikan Konflik Tidak Lakukan Tindakan Ketenteraan

Pm Anwar Gesa Thailand Kemboja Hentikan Konflik Tidak Lakukan Tindakan Ketenteraan

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 125 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan serius Malaysia terhadap ketegangan berterusan di sempadan Kemboja Thailand yang dilihat berpotensi menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau Beliau berkata susulan perbinca...
Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 177 hits
Thailand menetapkan perintah berkurung di lima daerah di provinsi Trat selepas serangan bom tangan mengikuti langkah serupa di Sa Kaeo akibat ketegangan sempadan BANGKOK Tentera Thailand telah melaksanakan perintah berkurung di beberapa kaw...
Hasrat Thailand Raih 100 Emas Tercalar Malaysia Tamatkan Dominasi 34 Tahun Sepak Takraw

Hasrat Thailand Raih 100 Emas Tercalar Malaysia Tamatkan Dominasi 34 Tahun Sepak Takraw

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 147 hits
BANGKOK Hasrat Thailand untuk meraikan pencapaian melepasi 100 pingat emas di Sukan SEA sedikit tercalar apabila seteru tradisi mereka Malaysia mencipta kejutan dengan menewaskan tuan rumah dalam final acara berpasukan lelaki sepak takraw p...
Thailand Kemboja Setuju Hadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean Di Kl Minggu Depan Pm Anwar

Thailand Kemboja Setuju Hadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean Di Kl Minggu Depan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 125 hits
Thailand Kemboja Setuju Hadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Di KL Minggu Depan PM Anwar PUTRAJAYA 17 Dis Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghadiri mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada ...
Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 111 hits
PAS memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang bersidang hari ini Tiga wakil rakyat terbabit ialah ADUN Chuping Saad Seman ADUN Bin...
Ketua Jurulatih Tfc Direhatkan Serta Merta

Ketua Jurulatih Tfc Direhatkan Serta Merta

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 82 hits
Ketua Jurulatih TFC Direhatkan Serta merta Terengganu Football Club Sdn Bhd memaklumkan bahawa Ketua Jurulatih pasukan Badrul Afzan Razali telah direhatkan daripada tugasnya berkuat kuasa serta merta Menurut kenyataan rasmi kelab keputusan ...
Hun Manet Hargai Peranan Malaysia Dan Anwar Ibrahim Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja

Hun Manet Hargai Peranan Malaysia Dan Anwar Ibrahim Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 160 hits
Phnom Penh 8211 Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menzahirkan penghargaan tinggi terhadap kepimpinan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan aktif dan berterusan dalam usaha mencari penyelesaian damai terhad...
Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 92 hits
Keahlian Tiga ADUN Perlis Terhenti Serta Merta Presiden PAS Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri di Perlis terhenti serta merta Menerusi satu kenyataan Hadi berkata keputusan pemb...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik