Pertanyaan Di Alam Kubur Oleh Malaikat Munkar Dan Nakir Dan Malam Pertama Di Alam Barzakh


Pertanyaan Di Alam Kubur Oleh Malaikat Munkar Dan Nakir Dan Malam Pertama Di Alam Barzakh | Salam semua, semasa bulan Syawal yang lepas, banyak dengar berita yang sedih tentang pemergian insan - insan yang telah pergi. Rasa nak buat coretan juga di blog, Sebab kadang- kadang teringat jerr, hal kematian ni.

Kalau tak silap kita, bulan Syawal lepas dalam 4 kematian kita dengar, walaupun kita pun tak kenal, arwah tu anak kepada kawan abah, muda lagi dalam umur 25 tahun, meninggal sebab sakit kanser darah.

Dah lah nak habis kedoktoran dah dalam tahun ke 5. Tingginya cita - cita. Begitulah kan dalam kita tengah merancang kehidupan kita, Allah pun merancang juga untuk hambanya :(. Tapi itulah Allah lagi sayang arwah.


Selang dalam beberapa hari dengar pulak anak kawan abah juga, meninggal sebab sakit buah pinggang. Selang seminggu dengar adik kawan bonda pula meninggal sebab sakit tumor otak.

Selang seminggu lagi dengar adik kawan bonda juga meninggal mati mengejut. Semuanya tu dalam bulan Syawal.  Allah,bila dengar semua ni, ada satu masa, kita duduk termenung sekejap, timbul rasa keinsafan dan muhasabah diri untuk diri kita juga.

Mati itu pasti, mati itu tak kira tua dan muda, mati itu tak kira masa dan bila, Semuanya Allah dah aturkan tepat waktunya. Untuk peringatan kita bersama, ini ada sedikit perkongsian daripada Ustaz Ahmad Dusuki. Kalau korang dengar kuliah daripada beliau tentang kematian memang menusuk jiwa kalbu

Baca : Jaga 5 Adab Ini Ketika Menziarahi Tanah Perkuburan Dan Hikmahnya 

Perjalanan Roh Ke Alam Barzakh


SETELAH tibanya saat kita kembali menghadap Allah SWT, perkara yang perlu diingati ialah jasad sudah tiada lagi nilainya lagi walaupun semasa hayat kita banyak masa dan wang ringgit dihabiskan demi menjaga jasad kita ini.

Hakikatnya pada ketika itu, walaupun jasad sudah tidak mampu bergerak tetapi sebenarnya roh akan terus melalui perjalanan menuju ke suatu masa yang paling penting dalam kehidupan. Sekiranya berjaya melalui alam barzakh dengan berada di dalam taman-taman syurga, maka ia merupakan satu kenikmatan kepada kita.

Tetapi sebaliknya jika kematian kita penuh dengan fitnah dan azab, maka kita akan menjadi manusia yang penuh dengan kekecewaan.

Proses Pereputan Jasad Sehingga Tinggal Tulang Kecil Dari Tulang Punggung
Menurut perkongsian oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui segmen Mau’izati di IKIMfm pada hari Khamis, jam 5.15 petang, pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, jasad akan mulai busuk dan bahagian badan yang pertama mengalaminya ialah di bahagian perut dan kemaluan.

Kemudian jasad akan mula berubah warna menjadi hijau dan cenderung menjadi lebih gelap. Malam berikutnya, seluruh organ dalaman seperti paru-paru, hati dan limpa mula menjadi busuk.

Pada malam ketiga berada di dalam barzakh, segala lendiran dan cecair akan mula keluar dari mata dan telinga, malah jasad akan semakin berbau busuk.

Sehinggalah tiba hari ke tujuh hingga ke sepuluh, tubuh membengkak dan sangat busuk serta mula di datangi ulat-ulat.

Setelah dua minggu, jasad dipenuhi ulat-ulat dan dimakan cacing. Dalam tempoh enam bulan, sudah tiada lagi segala isi dan daging, yang tinggal hanyalah tulang dan rangka pada jasad.

Tetapi para nabi, syuhada dan orang-orang yang salih termasuk di kalangan mereka yang menghafaz al-Quran diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

Sehinggalah pada tempoh 25 tahun setelah meninggal dunia, nama kita sudah tidak lagi disebut-sebut dan apa yang tinggal hanyalah tulang kecil dari bahagian punggung.

Kita akan dibangkitkan pada hari akhirat kelak daripada  tulang sekecil itu

Baca : Fahami Makna Yang Mendalam Dan Hebatnya Doa Duduk Di Antara Dua Sujud

Dunia Sebenar Di Alam Kubur Dan Pertanyaan Dari Malaikat Munkar Dan Nakir
Bermula sejak diturunkan jasad ke liang lahad, setiap roh akan melalui suasana yang berbeza di antara satu sama lain bergantung kepada amalannya ketika hidup di dunia dahulu.

Sebagai orang mukmin, perkara pertama yang akan dilalui ialah himpitan kubur yang tidak akan ada sesiapa pun akan terlepas daripada mengalaminya, kemudian melihat malaikat yang berwarna hitam kebiru-biruan iaitu Mungkar dan Nakir berada di hujung kaki.

Jasad mula diletakkan sama dengan tanah dan akan kedengaran suara yang menyebut: “Selamat datang wahai hamba Allah, kamu akan lihat bagaimana akan aku lakukan kepada kamu sebentar lagi.”

Kalimah ini benar-benar mengejutkan sehingga menyebabkan kita tercari-cari dari manakah datangnya suara itu, sedangkan ia sebenarnya datang daripada tanah tempat kita disemadikan.

Apabila jenazah mula ditutup, datang pula malaikat Roman meminta si mati menulis semua amalan baik dan buruk yang telah dilakukan ketika hidup di dunia dengan menggunakan cebisan kain kapan, lalu segala catatan itu akan digantung pada leher si mati.

Setelah itu datang pula malaikat Mungkar dan Nakir yang mula menghalau segala amalan solat, puasa dan zakat yang berada di sekitar si mati untuk menghalang kedua-dua malaikat daripada memulakan sesi soal jawab kepada si mati.

Tetapi hanya al-Quran sahaja yang mampu menjadi pelindung kepada kita pada saat itu.

Soal Jawab Bergantung Kepada Amalan Ketika Hidup Di Dunia
Berdasarkan kitab karangan Imam Qurtubi dan Imam Jalaluddin al-Suyuti, soal jawab oleh malaikat Mungkar dan Nakir adalah berbeza kepada setiap manusia berdasarkan amalan ketika hidup di dunia.

Ada yang disoal tentang Rasulullah SAW sahaja dan apabila dia mampu menjawabnya dia akan terlepas daripada soalan-soalan yang lain.

Oleh itu berusahalah untuk mengenali dan mencintai Rasulullah SAW dan beriman dengan apa yang dibawa Baginda. Setelah ditanya tentang Rasulullah dan mampu dijawab oleh si mati, lalu malaikat akan terus menunjukkan tempatnya di dalam neraka Allah.

Tetapi oleh kerana Allah tetapkan hati orang-orang yang beriman dengan kata-kata yang tegas di dalam dirinya dan mampu menjawab pertanyaan daripada malaikat, lalu diperlihatkan di sebelah kirinya syurga Allah dan ditukarkan tempatnya untuk berada di dalam syurga Allah SWT.

Ada juga di kalangan manusia akan disoal tentang siapakah tuhan kamu? Apabila dijawab: “Allah tuhanku”, keadaannya kuburnya akan terus berubah.

Malah ada yang diajukan soalan yang panjang, siapakah tuhan kamu, siapa nabimu, apakah agamamu, di manakah kiblatmu, dan soalan-soalan lain yang menyebabkan dia akhirnya gagal menjawab soalan-soalan tersebut.

Rasulullah SAW berpesan, mereka yang banyak diajukan soalan oleh malaikat nanti, pasti dia akan diazab dan didakwa di dalam kubur sebelum diadili di padang Mahsyar kelak.

Awas Kepada 6 Golongan Ini 
Walaupun ketika hidup di dunia, si mati adalah orang-orang yang sentiasa mengerjakan amalan-amalan salih, tetapi   diajukan banyak soalan oleh malaikat Mungkar dan Nakir, kerana menurut Ibn Qayyum Rahimallah di dalam kitabnya al-Ruh, ada perkara-perkara tertentu yang pernah dilakukan.

Golongan Pertama Perkara pertama ialah orang yang cuai terhadap solat, menangguh-nangguhkan waktu untuk mendirikan solat atau tidak menjaga solat dengan sempurna.

Golongan Kedua Kedua ialah golongan yang boleh membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya,

Golongan Ketiga Orang yang tidak memastikan diri suci daripada hadas kecil.

Golongan KeempatGolongan keempat ialah mereka yang sentiasa berbohong

Golongan Kelima Orang yang tidak membayar zakat,

Golongan KeenamGolongan yang suka membazir, memakan riba, terlibat dengan rasuah, memfitnah sesama muslim dan tidak amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.

Bayangkan jika kita kembali menghadap Allah SWT di dalam keadaan sentiasa melakukan kemaksiatan, sudah tentunya pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, kita sudah tiada kekuatan dan kelebihan, roh berada di awang-awangan sehinggalah selesai urusan soal jawab di dalam kubur.

Beruntunglah jika kita mampu menjawab dengan lancar segala soalan yang diajukan, pada ketika itulah kubur akan dilapangkan dan sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW, Allah SWT akan memperlihatkan kepada kita keadaan terbenamnya mentari pada hari tersebut dan kita terpaku melihat suasana pada ketika itu.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan kita keinsafan buat yang masih hidup. Sentiasa untuk muhasabah diri kita, sentiasa untuk mengingati kematian yang sudah tentunya kita pun tidak ketahui bila tarikh kematian kita. Sentiasa untuk audit amalan dan ibadat kita, supaya diterima oleh Allah SWT.

Sumber : ikimfm.my

Baca :  Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/07/pertanyaan-di-alam-kubur-oleh-malaikat-munkar-dan-nakir-dan-malam-pertama-di-alam-barzakh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percubaan Ke Alam Barzakh Gagal Netizen Perli Mat Rempit Kaw Kaw

Percubaan Ke Alam Barzakh Gagal Netizen Perli Mat Rempit Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 539 hits
Kalau hang datang ke hospital patah kaki bagai bak mai nak patahkan tangan hang tu sekali Dok buat kerja yang tah apa apa Terlebih masa ke apa hang ni nohh Awat la tak duduk ja tengah jalan tu tunggu treler langgaq ka baru la ada thrill dem...
Gambar Gambar Program Gerak98 Di Shah Alam Malam Tadi Dapat Sambutan Hebat

Gambar Gambar Program Gerak98 Di Shah Alam Malam Tadi Dapat Sambutan Hebat

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 337 hits
Serangan berterusan terhadap Azmin pengkhianat dan gerombolannya dilakukan oleh Gerak98 malam tadi di Sek 27 Shah Alam Bertempat di Dewan Cendana laungan reformasi bergema oleh para pendokong reformasi yang hadir Saya turut hadir selaku Pen...
Dapat Gaji Pertama Budak Lelaki Viral Di Indonesia Beli Motosikal Cash Kepada Ibu Bapa

Dapat Gaji Pertama Budak Lelaki Viral Di Indonesia Beli Motosikal Cash Kepada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 489 hits
Video seorang budak lelaki yang difahamkan berasal dari Indonesia tular di media sosial kerana suara dan reaksi mukanya ketika menyanyi Budak lelaki kelahiran tahun 2009 ini semakin dikenali di seluruh Indonesia dan juga di negara kita Seri...
Drama Pengantin 1 Malam Tengok Ulangan Di Iqiyimalaysia

Drama Pengantin 1 Malam Tengok Ulangan Di Iqiyimalaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 670 hits
K fiezz ni jarang melayan drama yang betul betul kena dengan jiwa Selalu k fiezz layan drama gitu gitu je Sebab kat rumah k fiezz tak ada Astro so bila tak ada cerita best k fiezz tengok je drama apa yang ditayang tapi tak betul betul feeli...
Ibu Ini Pingsan 2 Bulan Usai Melahirkan Akhirnya Sadar Dan Tatap Bayinya Pertama Kali

Ibu Ini Pingsan 2 Bulan Usai Melahirkan Akhirnya Sadar Dan Tatap Bayinya Pertama Kali

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 323 hits
Kisah mengharukan tentang perjuangan seorang ibu melahirkan anaknya beredar di media sosial Kisah ini viral usai diunggah akun Facebook Susi Susanti Minggu lalu Menurutnya perempuan bernama Fadilla itu telah tak sadarkan diri selama dua bul...
Hajiji Walau Kali Pertama Bertanding Rakyat Sabah Kenal Pn

Hajiji Walau Kali Pertama Bertanding Rakyat Sabah Kenal Pn

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 384 hits
190 total views 190 views today KOTA KINABALU Meskipun Perikatan Nasional baru pertama kali bertanding dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri Sabah namun gabungan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sudah dikenali oleh selur...
The Masked Singer Malaysia Kedudukan Peserta Markah Minggu Pertama

The Masked Singer Malaysia Kedudukan Peserta Markah Minggu Pertama

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 1211 hits
Masked Singer Malaysia Kedudukan Peserta Markah Minggu Pertama 1 Orang Utan 87 11 2 Rimau 83 3 Rafflesia 80 33 4 Ayam Jantan 78 22 5 Bunga Raya 75 44 6 Enggang 73 11 7 Rajah Brooke 71 78 8 Wau 68 56 9 Musang King 68 56 10 Reno 66 89 11 ABC ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus