Selingkuh Isteri Dihamilkan Teman Baik Sendiri


Gambar Hiasan
PERTEMUAN kru Panorama dengan Salleh (bukan nama sebenar) di sebuah kafe pada petang itu berjalan seperti yang dirancang.

Dia yang datang bersama anak perempuannya, Laila (bukan nama sebenar) kelihatan tenang, namun wajahnya sedikit kusut.

“Tiada niat untuk membuka pekung di dada atau mendedahkan masalah rumah tangga sendiri, namun saya cukup buntu dan berharap agar dapat menemui penyelesaian secepat mungkin,” tutur Salleh perlahan.
Menurut anak kelahiran sebuah negeri di selatan tanah air itu, perkenalannya dengan isteri, Fina (bukan nama sebenar) bermula sejak di bangku sekolah menengah.

“Kami berbeza kelas, namun saya mengenalinya dan dia juga mengenali saya. Pada mulanya, kami hanya kawan biasa dan persahabatan tersebut putus seketika apabila masing-masing melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.“Pada tahun 2014, kami bertemu kembali pada majlis perkahwinan salah seorang teman baik saya dan saya akui cukup terpesona melihat kecantikan Fina,” cerita Salleh.
Selepas yakin Fina masih belum berpunya, Salleh memberanikan diri untuk mengurat gadis kecil molek itu dan cukup teruja apabila Fina melayannya dengan baik.

Selepas hampir setahun berpacaran, Salleh dan Fina akhirnya berkahwin pada awal tahun 2016.

Hidup bahagia

Sama seperti pasangan lain, Salleh akui kehidupannya cukup bahagia dan lebih terurus. Lebih setahun kemudian, Fina melahirkan bayi perempuan mereka, Laila dan Salleh merasakan hidupnya semakin lengkap.

Begitu pun, tidak lama kemudian, Salleh mengesan perubahan pada sikap Fina.

Fina yang bertugas sebagai seorang penjawat awam sering pulang lewat atas alasan terpaksa bekerja lebih masa.

Salleh mula rasa curiga lalu meminta untuk memeriksa telefon bimbit isterinya itu.

“Saya terkejut apabila terjumpa mesej-mesej berbaur cinta antara Fina dengan Ashraf (bukan nama sebenar) yang merupakan rakan karib saya semenjak di universiti.“Bayangkan, isteri saya curang dan saling bertukar foto-foto lucah bersama teman baik saya sendiri. Hati saya memang sudah hancur kerana saya tidak menyangka isteri yang cukup dikasihi sanggup berlaku curang.“Terus saya bertanya kepada diri, apa lagi yang kurang pada saya kerana apa sahaja kemahuan Fina sudah saya turuti,” keluh Salleh.
Lelaki bertubuh kurus itu kemudian meminta penjelasan daripada isterinya dan Fina mengakui kesilapannya.

Dia bagaimanapun menangis dan berjanji tidak akan menghubungi Ashraf lagi kerana terlalu sayangkan Salleh.

Termakan janji manis Fina, Salleh mula lembut hati dan memaafkan isteri kesayangannya itu.

Sangkanya, Fina benar-benar berubah, namun Salleh diduga sekali lagi dengan kecurangan Fina dan Ashraf kira-kira lima bulan kemudian.

“Kami bertengkar dan Fina meraung-raung meminta supaya saya memaafkannya sekali lagi.“Sejujurnya, saya mula tawar hati, namun kesungguhan Fina membuatkan saya masih mahu meneruskan perkahwinan ini.“Lagipun, saya terfikirkan anak kami yang masih kecil dan tak sanggup rasanya meruntuhkan perkahwinan kami semasa Laila masih kecil dan perlukan perhatian,” tuturnya.
Tidak lama selepas insiden itu, Salleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke salah sebuah cawangan syarikatnya di utara tanah air.

“Saya mengajak Fina untuk berpindah dengan saya, namun wanita itu tetap berkeras atas alasan tetap mahu bekerja di ibu kota. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan bersetuju untuk meneruskan hubungan jarak jauh,” ujar Salleh.
Bawa teman lelaki

Begitu pun, perangai buruk isterinya itu semakin menjadi-jadi apabila Salleh tiada di sisi. Salleh mendapat tahu bahawa Fina sudah semakin berani membawa Ashraf pulang ke rumah dan tidur bersama lelaki itu.

Beberapa bulan kemudian, Fina hamil anak Ashraf, menjadikan Salleh cukup berang.

“Oleh kerana terlalu marah, saya pulang ke ibu kota dan membelasah Ashraf sepuas hati saya. Fina pula diceraikan dengan talak satu.“Biarpun wanita itu meraung-raung, saya sudah tidak peduli kerana pada mata saya, Fina amat jijik kerana tergamak tidur bersama teman baik saya sendiri,” luah Salleh sayu.
Lelaki itu meraup wajah dan matanya merenung Laila yang sedang bermain di tempat permainan kanak-kanak di kafe tersebut.

“Kini, Lailalah kekuatan saya. Siapa sangka kehidupan saya yang dahulunya indah hancur berkecai angkara kawan baik sendiri.“Saya akui hidup terasa sunyi dan kosong, namun saya betul-betul sudah tawar hati terhadap perempuan,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Salleh kesal isteri yang dikasihi sanggup berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri sehingga mengandung anak luar nikah.

sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/11/selingkuh-isteri-dihamilkan-teman-baik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Bakal Bersalin Jangan Berperang Sendiri Pakar O G Beri Tip Kepada Suami Untuk Temani Isteri Bersalin

Yang Bakal Bersalin Jangan Berperang Sendiri Pakar O G Beri Tip Kepada Suami Untuk Temani Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 514 hits
Walaupun amat sukar bagi seorang suami melihat isterinya dalam kesakitan namun kebanyakan mereka merasakan bahawa kelahiran bayi mereka yang ditunggu tunggu adalah saat yang paling indah dalam hidup mereka nak nak lagi baby pertama kan Jadi...
Khas Buat Isteri Baca Ini Untuk Jadi Isteri Yang Baik Dimata Suami

Khas Buat Isteri Baca Ini Untuk Jadi Isteri Yang Baik Dimata Suami

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 676 hits
Khas Buat Isteri Baca Ini untuk jadi isteri yang Baik dimata Suami Memegang status seorang isteri bukan sesuatu yang mudah kerana tanggungjawab yang digalas amat berat Ini kerana wanita yang bergelar isteri seterusnya menjadi seorang ibu me...
Bunuh Isteri Sendiri Demi Hubungan Sulit

Bunuh Isteri Sendiri Demi Hubungan Sulit

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 370 hits
Manjeet dan Angel Gupta ditahan atas dakwaan membunuh Sunita Foto sify com NEW DELHI INDIA Gara gara menentang hubungan sulit suaminya seorang guru sekolah ditembak mati di wilayah Bawana New Delhi pada Isnin lalu Seorang lelaki dan dua sus...
Hidayat Ibu Mega Fokus Jokowi Saja Prabowo Sudah Punya Teman Yang Baik

Hidayat Ibu Mega Fokus Jokowi Saja Prabowo Sudah Punya Teman Yang Baik

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 186 hits
Hidayat Ibu Mega Fokus Jokowi Saja Prabowo Sudah Punya Teman yang Baik Wakil Ketua MPR itu menyerang balik Megawati Menurutnya Presiden kelima itu lebih baik urus pembisik di sekitar capres petahana Jokowi
Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Nasib Baiklah Netizen Baik Hati Nak Tolong

Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Nasib Baiklah Netizen Baik Hati Nak Tolong

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 445 hits
Please follow and like us 0 Wanita hamil ada macam macam ragamnya Antara ragam paling suami suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam macam Nak makan itu ini kesian pulak kan Baru baru ni viral di Twitter kisah
Lebih Baik Focus Isu Nafkah Dan Hak Isteri Diabaikan Bukan Permudahkan Poligami Ajer

Lebih Baik Focus Isu Nafkah Dan Hak Isteri Diabaikan Bukan Permudahkan Poligami Ajer

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 439 hits
Oleh Nak permudahkan poligami pula Lebih baik fokus pada isu nafkah dan kebajikan si isteri Kadang ada si isteri yang diabaikan tidak mendapat hak yang sepatutnya dan ditindas sehingga tertekan dari segi mental Tapi orang tak peduli sangat ...
Niena Tanya Kenapa Mike Pilih Teman Jadi Isteri Ini Jawapan Rody Kristal

Niena Tanya Kenapa Mike Pilih Teman Jadi Isteri Ini Jawapan Rody Kristal

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 368 hits
Hiburan Diam tak diam sudah setahun gitaris Kristal Rody mendirikan rumah tangga bersama isterinya penjaga gol skuad futsal wanita negara Niena Azman Sempena setahun usia perkahwinan mereka Niena telah memuat naik foto kenangan sewaktu majl...
Tanda Tanda Kawan Baik Sudah Mula Lupakan Anda

Tanda Tanda Kawan Baik Sudah Mula Lupakan Anda

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 458 hits
Seusai dengan usia yang kian menginjak kita akan mula perasan tentang datang dan pergi individu yang digelar sahabat Kawan adalah individu yang tahu siapa kita tempat menyimpan segala rahsia luahan perasaan dan berkongsi pelbagai suka dan d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut