Khas Buat Isteri Baca Ini Untuk Jadi Isteri Yang Baik Dimata Suami


Khas Buat Isteri - Baca Ini untuk jadi isteri yang Baik dimata Suami  | Memegang status seorang isteri bukan sesuatu yang mudah kerana tanggungjawab yang digalas amat berat. Ini kerana wanita yang bergelar isteri seterusnya menjadi seorang ibu mempunyai peranan yang besar dalam memastikan kehidupan keluarga bahagia dan seterusnya berperanan dalam pembinaan insan yang berjaya. Haaa bukan senangkan nak jadi wanita yang bergelar isteri dan ibu. Ilmu harus padu ilmu harus banyak jika ingin keluarga yang bahagia.
Di dalam kehidupan yang mencabar pada hari ini menuntut golongan isteri untuk lebih fokus terhadap kerukunan rumahtangga agar tidak tersasar daripada perkara- perkara yang boleh membawa kegagalan dalam perkahwinan mereka.Semua wanita mahukan kebahagiaan dalam perkahwinan, memiliki anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Namun, dalam mencari kebahagiaan, isteri sering meletakkan syarat kebahagiaan ke atas bahu suami, contohnya jika suami baik baharulah kehidupan rumahtangga akan bahagia, namun jika sebaliknya rumahtangga tidak akan menemui kebahagiaan.Menurut Pakar Motivasi terkenal, Profesor Dr. Muhaya Mohamad melalui rancangan Tarbiah yang disiarkan di radio IKIMfm jam 10.15 Jumaat lalu, wanita yang meletakkan syarat kebahagiaan hanya kepada suami tidak akan mengecapi kehidupan yang baik dalam perkahwinan kerana suami dan isteri harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membina prinsip hidup ke arah mencapai kebahagiaan.Dengan ini, perlu bagi seseorang isteri melakukan transformasi diri dengan tidak hanya meletakkan aspek luaran semata sebagai prinsip kebahagiaan, sebaliknya menekankan aspek yang lebih bersifat kerohanian. Oleh itu, Prof. Dr Muhaya menyarankan beberapa prinsip penting sebagai tonggak utama dalam membina kehidupan rumahtangga yang cemerlang.Pertama, sebagai seorang isteri atau ibu, wanita harus membina semangat yang lebih positif, seperti sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Begitu juga melatih ahli keluarga untuk fokus terhadap apa yang ada, bukan apa yang tidak ada. Perasaan sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah ini membuat hati merasa lebih lapang kerana minda kita tidak akan terganggu dengan keinginan yang tinggi terhadap perkara yang bukan menjadi milik kita.Prinsip kedua utama dalam rumahtangga ialah  seorang isteri harus peka tentang pemakanan yang seimbang untuk ahli keluarganya. Makanan yang baik akan menentukan keluarga sihat sejahtera. Apabila seseorang isteri yang mempunyai kesihatan yang baik, suami dan anak-anak juga sihat, keluarga akan bertambah ceria dan gembira. Oleh itu, penting bagi wanita memahami tentang nutrisi dan menyediakan pemakanan yang terbaik untuk ahli keluarganya.Isteri juga harus menjadi agen kesihatan bukan hanya fizikal tetapi mental dan spritual. Mempunyai emosi yang seimbang, kesihatan fizikal yang baik, dan kekuatan kerohanian yang tinggi, adalah penting dalam pembinaan akhlak seorang isteri yang unggul. Ini kerana, isteri atau ibu adalah idola bagi anak-anak dan sumber kekuatan bagi keluarga untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran.Prinsip ketiga, isteri hendaklah sentiasa fokus untuk mencapai bahagia. Ini bererti seorang wanita itu hendaklah sentiasa menanam azam untuk menjadi sumber kebahagiaan kepada keluarganya. Orang yang bahagia akan mendapat kebahagiaan dan memberikannya kepada orang lain. Orang yang penuh kasih sayang akan memberi keseluruhan kasih sayangnya terhadap orang lain. Sebab itu, seorang isteri haruslah sentiasa fokus untuk membina tenaga bahagia dalam dirinya. kerana dengan itu,dapat menghasilkan sebuah kehidupan yang bermakna.Menurut Prof Dr. Muhaya, kita hendaklah selalu menekankan tentang hidup yang saling memberi dan berkongsi. Contohnya memberi kasih sayang dan berkongsi rezeki dengan orang lain akan menambahkan lagi barakah dalam kehidupan kita dan keluarga.Terapkan nilai murni dalam diri dan tumpukan kepada matlamat dalam perkahwinan seperti mendidik anak, menguruskan rumahtangga atau apa sahaja yang membawa kebahagiaan kepada keluarga dan perkahwinan adalah tugas yang perlu diberi keutamaan.Begitu juga dalam membuat pilihan dan menentukan keputusan yang  betul. Sekiranya ada ujian atau masalah sekalipun, ianya tidak menjejaskan proses kehidupan kita, malah kita lebih tabah menghadapi setiap ketentuanNya kerana percaya setiap yang Allah berikan itu adalah yang terbaik untuk kita.Prinsip keempat, jadilah seorang yang pemaaf. Jangan biarkan kesilapan masa lalu membelenggu minda kita. Ini kerana, orang yang sentiasa diawasi oleh kisah silam membuatkan minda menjadi sempit. Seseorang yang dikawal oleh kesilapan masa lalu membuatnya menjadi tidak bermotivasi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Begitu juga dengan orang yang takut dengan masa hadapannya, menjadikan dirinya tidak dapat mencapai kebahagiaan sebagaimana yang diharapkan.Dalam konteks ini seorang isteri atau ibu harus selalu berlapang dada dan akur atas kekurangan diri sendiri dan pasangannya. Jangan terlalu mengharap suami dan anak-anak begitu ideal sehingga kita tidak boleh menerima kesilapan dan kekurangan mereka. Mempunyai perspektif yang lebih terbuka membuat hati merasa lebih lapang.Prinsip kelima adalah hidup dalam kesedaran, kerana isteri yang bahagia selalu bermuhasah diri dan memperbetulkan kesilapannya. Menjadi penasihat yang baik kepada anak-anak dan seterusnya merancang hidup yang seimbang dan tersusun.Setiap orang dalam dunia ini mempunyai masalah tertentu, sesiapapun tidak akan terlepas dari melalui ujian hidup, sama ada ujian anak-anak nakal, ujian kesihatan, suami yang malas, atau apa juga ujian yang membuatkan kita merasa tersepit untuk menikmati bahagia. Namun, jika kita melihat masalah itu sebagai halangan ia akan menjadi tekanan kepada kita. Jika kita melihat sesuatu masalah sebagai suatu proses kehidupan, setiap permasalahan yang berlaku dapat dilalui dengan lebih tabah.Apa yang penting besarkan minda kita kerana minda yang besar akan melihat masalah menjadi kecil, apabila kita merasa setiap masalah itu hanya sebagai perspektif, nescaya kita akan dapat menerima permasalahan dengan pandangan yang positif.Transformasi diri amat penting kepada semua orang terutama wanita yang bergelar isteri. Ini kerana, isteri atau ibu yang bahagia akan memberikan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluarganya. Bayangkan setiap pagi jika isteri tersenyum bahagia, suami dan anak-anak akan merasa gembira. Isteri yang penuh kelembutan dalam tutur bicara menyejukkan jiwa ahli keluarga, isteri yang sihat sejahtera akan menjadi sumber kekuatan sesiapa sahaja.Seorang wanita yang sentiasa menggerakkan dirinya untuk mencari kebaikan dalam hidup tidak akan bergerak secara keseorangan. Mereka turut melibatkan suami dan anak-anak atau sesiapa di sekelilingnya untuk bersama-sama memulakan langkah dengan selalu meningkatkan diri dengan kefahaman ilmu agama kerana itulah yang akan mencorak masa depan perkahwinan yang bahagia.Jadilah isteri yang cantik di mata Allah insyaAllah automatik akan cantik di mata suami.SUMBER:IKIM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kamenshar.blogspot.com/2018/09/khas-buat-isteri-baca-ini-untuk-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Suka Tidur Berbantalkan Lengan Suami Memang Ada Rahsia Dan Kelebihannya Jom Baca

Isteri Suka Tidur Berbantalkan Lengan Suami Memang Ada Rahsia Dan Kelebihannya Jom Baca

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 1503 hits
Isteri suka tidur berbantalkan lengan suami Memang ada rahsia dan kelebihannya Jom baca Assalamualaikum wbt Siapa suka tidur celah ketiak suami Angkat tangan Hehe Tapi kalau korang nak tau dari survey yang dibuat oleh MOHEMA ke atas 10 ribu...
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 575 hits
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu Ambil tahu dulu aturan nafkah kelak andai berlaku selisih faham bab duit yang tak mengalir pada mak ayah anda ada jawapan yang kukuh Ini bukan nak ajar jadi ana...
Selingkuh Isteri Dihamilkan Teman Baik Sendiri

Selingkuh Isteri Dihamilkan Teman Baik Sendiri

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 345 hits
Gambar HiasanPERTEMUAN kru Panorama dengan Salleh di sebuah kafe pada petang itu berjalan seperti yang dirancang Dia yang datang bersama anak perempuannya Laila kelihatan tenang namun wajahnya sedikit kusut Tiada niat untuk membuka pekung d...
Suami Patut Sama Sama Harungi Kehamilan Kelahiran Bukan Isteri Sahaja Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Wajar Dicontohi

Suami Patut Sama Sama Harungi Kehamilan Kelahiran Bukan Isteri Sahaja Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Wajar Dicontohi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 457 hits
Seorang suami bukan sahaja memberikan sokongan dari segi kata kata semangat sahaja Melalui fasa 40 minggu kehamilan dan kemudian bertarung nyawa melahirkan pula peranan suami sepatutnya lebih itu Apa yang dilakukan oleh bapa ini patut dicon...
Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 503 hits
KAMARIAH KHALIDI 12 November 2018 6 04 PM KUALA NERUS Hanya linangan air mata dapat dizahirkan sepasang suami isteri sebaik menerima ijazah milik anak perempuan mer
Isteri Ditikam Dikelar Suami

Isteri Ditikam Dikelar Suami

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 412 hits
Juruwang dalam proses bercerai diserang ketika bekerja di pasar raya Mohd Izuan Roseli 13 November 2018 3 00 AM
Suami Sembelih Isteri Selepas Tolak Ajakan Seks

Suami Sembelih Isteri Selepas Tolak Ajakan Seks

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1219 hits
Mahligai perkahwinan yang dibina selama 40 tahun bagi pasangan di Dusun Lerang Desa Abbumpungeng Kecamatan Cina Bone Sulawesi Selatan ini berakhir dengan tragis Gambar hiasan Seorang suami berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya berum...
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 438 hits
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim 40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord