Selepas Zahid Hamidi Berkeras Umno Bertanding Solo Kemana Kluster Menteri Pro Bersatu Punya Hala Tuju


 
Di sebalik keinginan di pihak Bersatu dan Pas serta sikap beberapa menteri UMNO yang masih berharap parti itu dapat bekerjasama dengan PN dalam menghadapi PRN Melaka, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya kekal dan tegas dengan pendirian BN tidak akan bekerjasama dengan sesiapa.
Beliau kekal mempertahankan pendirian UMNO dan BN akan bertanding secara solo sebagaimana pernah ditegaskannya sebelum ini.
Dalam penegasan terbaru, beliau sekali lagi mengulangi pendirian tersebut melalui coretan di media sosialnya.
Berikut adalah ketegasannya itu:-
Saya ulangi penjelasan UMNO menolak kerjasama politik dengan PPBM merupakan keputusan parti.
Ia keputusan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan juga oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Ia sebuah ketetapan yang telah pun dimuktamadkan sejak kira-kira 7 bulan lalu iaitu pada Mac 2021.
PPBM bukan tidak maklum tentang itu, namun menjelang PRN Melaka mengadu domba konon ia keputusan solo Presiden UMNO.
Mengapa PPBM begitu sukar menerima hakikat bahawa ahli UMNO bertegas menolak PPBM?
Mungkinkah begitu terdesak mahu mempergunakan ahli UMNO sekali lagi seperti mereka lakukan pada PRU-14?
Memperdaya segelintir ahli UMNO menyokong PPBM dengan “kempen” PPBM mahu menyelamatkan UMNO.
Tetapi selepas apa yang rakyat alami dan saksikan selepas 9 Mei 2018, masih lakukah lakonan air mata mereka?
Masih relevankah pujuk rayu ke atas ahli UMNO selepas cuba membubarkan dan menghancurkan UMNO sejurus berkuasa?
Justeru, Presiden UMNO menghormati keputusan parti dan denyut nadi ahli parti iaitu tiada kerjasama politik dengan PPBM.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden UMNO
22 Oktober 2021.
Dengan penegasan ini, bahkan bahasa tulisannya juga amat mudah difahami, maka tak usahlah mana-mana pihak terus lagi menaruh harapan untuk melihat kerjasama UMNO dengan PN.
Pendirian UMNO nampaknya sudah tidak boleh diubah lagi, malah keinginan akar umbi di seluruh negara juga adalah begitu.
Mereka bukan saja tidak mahu UMNO bekerjasama dengan Bersatu, malah juga dengan Pas yang merupakan ahli rasmi gabungan PN.
Tidak kurang yang mengungkit sikap Pas yang tiada kesetiaan serta khianat dengan senyap-senyap menyertai PN, meski sewaktu masih bersama Muafakat Nasional atau MN hanya semata-semata kerana ketika itu Mahiaddin Md Yasin adalah Perdana Menteri yang memberi mereka banyak kesenangan dan jawatan dalam kerajaan.
Soal penting yang lain di sini, dengan ketetapan UMNO itu, ke manakah haluan beberapa kluster menteri UMNO dalam kabinet seperti Hishammuddin Hussein, Annuar Musa dan Shahidan Kassim yang beberapa hari kebelakangan ini terus galak mempromosi perlunya UMNO bekerjasama dengan PN dalam menghadapi PRN Melaka?
Adakah mereka nanti akan turun berkempen membantu calon-calon BN?
Ataukah selain membantu calon BN, mereka juga akan berkempen secara senyap-senyap untuk PN?
Atau barangkali kluster menteri akhirnya langsung tidak turun berkempen ke Melaka sebagai tanda protes kepada pendirian UMNO dan ketegasan Zahid Hamidi bertanding solo itu? – ShahbudinHusin 23/10/2021.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/selepas-zahid-hamidi-berkeras-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Menteri Mula Mengganas Mampukah Zahid Hamidi Terus Pertahan Maruah Akar Umbi Umno

Kluster Menteri Mula Mengganas Mampukah Zahid Hamidi Terus Pertahan Maruah Akar Umbi Umno

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 418 hits
Menjelang PRN Melaka pada 20 November depan dimulai oleh Shahidan Kassim yang menggerakkan langkah agar UMNO bekerjasama dengan Pas dan Bersatu menghadapi pilihanraya itu kini sekurang kurangnya dua lagi menteri tampil bersuara dengan nada ...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 269 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 196 hits
Pihak yang nampaknya amat bimbang jika UMNO akhirnya memutuskan bertanding secara solo dan tanpa bekerjasama dengan sesiapa dalam PRN Melaka ialah Pas Walaupun maksud bertanding secara solo sebagaimana yang ditegaskan Presiden UMNO Ahmad Za...
Umno Bertanding Solo Cakap Zahid Tak Boleh Pakai Guan Eng

Umno Bertanding Solo Cakap Zahid Tak Boleh Pakai Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 357 hits
MALAYSIA POST PAKATAN Harapan diingatkan jangan terlalu ghairah untuk mempercayai pertembungan tiga penjuru bakal berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Melaka bulan hadapan Bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pendirian Umno yang tegas tidak ...
Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 482 hits
Seorang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mendedahkan hanya Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu UMNO bertanding secara solo pada pilihan raya negeri Melaka tetapi setakat ini parti masih belum ada keputusan muktamad ...
Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 290 hits
Umum mengetahui pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini Semua rakyat Malaysia berganding bahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap men...
Kumpulan Pro Pembangkang Puji Jati Diri Zahid Tolak Pas Bersatu

Kumpulan Pro Pembangkang Puji Jati Diri Zahid Tolak Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 180 hits
agendaily com14 10 2021Kumpulan pro pembangkang memuji sikap dan jati diri Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bertindak mengetepikan PAS Tentera cyber blok pembangkang memuji Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ...
Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 365 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu mahupun PAS pada pilihan raya negeri Melaka yang akan datang Dalam sebuah program bual bicara malam tadi pengacara Rafi Awang Kechik bertanya kepada Za...
Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 364 hits
Petang semalam Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memuat naik di media sosial gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin kanan Pas Mereka ialah Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas Idris Ahmad Turut...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya