Selepas Tiada Tempat Dalam Amanah Hamzah Sertai Pejuang


 

February 28, 2021 Parti Amanah sekali lagi menerima kejutan apabila seorang penggeraknya dilaporkan menyertai parti lain hari ini.
Kali ini bekas pengerusi Amanah Pahang Hamzah Jaafar diumum sebagai ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi negeri itu.
Senarai ketua Pejuang negeri-negeri berkenaan dikeluarkan setiausaha agung penaja Pejuang, Marzuki Yahya.
Hamzah ialah bekas calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi DUN Dong pilihan raya umum lalu dan dilantik menjadi pengerusi Amanah negeri sehingga 2019.
Dalam pemilihan Amanah pada tahun tersebut Hamzah gagal mendapat undi mencukupi sebagai sebahagian daripada pimpinan Pahang.
Sementara itu Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad memberitahu Malaysiakini Hamzah ada memberitahu dia ditawarkan untuk menyertai PKR dan Pejuang sebelum ini.
Bagaimanapun kata Khalid, Hamzah belum lagi membuat keputusan mengenainya.
“Kalau Pejuang belum daftar (sebagai parti), maka membantu Pejuang tiada masalah. Dia bukan jadi ahli,” katanya.
Anwar atau Mahathir
Sementara itu sumber Amanah mendakwa sebelum ini Hamzah memang disebut-sebut mahu bertukar parti dan ia kedengaran sejak tahun lalu lagi.
“Asalnya dia seperti mahu menyerai PKR, tapi selepas berjumpa Dr Mahathir (Mohamad) dia memilih Pejuang,” katanya.
Pejuang merupakan parti serpihan Bersatu yang diterajui Mahathir bersama beberapa bekas pemimpin parti berkenaan.
Semalam, tiga Adun Amanah dari Johor iaitu Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota) menyertai PKR.
Tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak) turut mengambil langkah serupa.
Untuk rekod, sebelum ini dilaporkan Amanah berdepan dengan konflik dalaman dipercayai berhubung isu hala tuju parti sama ada untuk cenderung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim atau Mahathir.
Ia antaranya dikaitkan dengan pertemuan Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada 29 Oktober lalu yang dikatakan membincangkan isu “kerajaan perpaduan”.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan Pejuang hari ini, selain Pahang turut mendapat ketua ialah Johor yang diketuai Ahli Parlimen Shahruddin Md Salleh, Selangor (Harumaini Omar), Kedah (Azimi Daim), Perak (Miro Nor Haidir Suhaimi), Kelantan (Sazmi Miah), Negeri Sembilan (Mohammad Jani Ismail), Pulau Pinang (Ahmad Shahreazal Abd Rashid) dan Melaka (Ruslin Hasan).
Menurut Pejuang, ketua parti itu untuk Perlis, Wilayah Persekutuan dan Terengganu pula akan diumumkan kemudian.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/selepas-tiada-tempat-dalam-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemimpin Amanah Hamzah Jaafar Pula Di Pilih Sebagai Ketua Pejuang Negeri Pahang

Bekas Pemimpin Amanah Hamzah Jaafar Pula Di Pilih Sebagai Ketua Pejuang Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 325 hits
KUANTAN Setelah gagal mempertahankan jawatan Pengerusi Amanah Negeri dalam pemilihan parti itu pada 2019 bekas penyandang jawatan itu Hamzah Jaafar memilih untuk berehat dari arena politik Hamzah bagaimanapun berkata beliau menerima pelawaa...
Selepas Fakhrulrazi 3 Lagi Adun Amanah Keluar Parti Sertai Pkr

Selepas Fakhrulrazi 3 Lagi Adun Amanah Keluar Parti Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 294 hits
February 27 2021 Sekurang kurangnya tiga lagi ahli dewan undangan negeri Amanah dari Johor disahkan menyertai PKR Penyertaan ke PKR yang merupakan sekutu Amanah dalam PH membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim Adun Serom Faizul Amri ...
Pru Hanya Selepas Negara Pulih Hamzah

Pru Hanya Selepas Negara Pulih Hamzah

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 202 hits
27 02 2021 04 58 PM SELAMA 27 Feb Kerajaan Pakatan Nasional pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penu...
Anwar Perlu Teliti Permohonan Tiga Adun Amanah Sertai Pkr Mujahid Rawa

Anwar Perlu Teliti Permohonan Tiga Adun Amanah Sertai Pkr Mujahid Rawa

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 275 hits
Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Amanah Negara melompat parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat adalah tindakan yang boleh menjejaskan hubungan parti di dalam Pakatan Harapan Tegas Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Muj...
Anwar Minta Adun Amanah Bincang Dengan Mat Sabu Sebelum Sertai Pkr

Anwar Minta Adun Amanah Bincang Dengan Mat Sabu Sebelum Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 296 hits
Malaysiakini Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia ada memaklumkan kepada Mohamad Sabu mengenai cadangan beberapa Adun Amanah mahu bertukar parti Menurut Anwar presiden Amanah itu diberitahu ada Adun mereka memilih untuk menyertai PKR Tapi...
Mat Sabu Nafi Dakwaan Hadi Rundingan Pas Umno Selepas Amanah Ditubuhkan

Mat Sabu Nafi Dakwaan Hadi Rundingan Pas Umno Selepas Amanah Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 227 hits
ARIF ATANPresiden AMANAH Mohamad Sabu menafikan dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya rundingan kerjasama Pas dengan Umno berlaku selepas penubuhan AMANAH Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata AMANAH ditubuhkan selepa...
Takiyuddin Kena Pujuk Parti Amanah Sertai Pn

Takiyuddin Kena Pujuk Parti Amanah Sertai Pn

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 215 hits
Pas komited dengan pendirian bahawa penyatuan ummah adalah perkara paling penting dalam membentuk kerajaan yang kuat dan stabil kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan Beliau berkata penyatuan Islam Melayu bumiputera dan selur...
Selepas Setahun Khianati Ph Azmin Insafi Amanah Pentadbiran Kerajaan Pn

Selepas Setahun Khianati Ph Azmin Insafi Amanah Pentadbiran Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 186 hits
February 28 2021 Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesyukurannya apabila kepimpinan negara dapat harungi dengan tenang dan sabar Pengarah Pilihan Raya PN yan juga bekas Timbalan Presiden PKR itu ber...
Adun Amanah Sertai Pkr Masih Dalam Ph Tiada Masalah

Adun Amanah Sertai Pkr Masih Dalam Ph Tiada Masalah

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 211 hits
Tindakan 3 ADUN Amanah Johor yang berhijrah ke dalam KEADILAN tidak wajar dipersoalkan atau dikecam Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Syukri Razab tindakan berhijrah ke dalam parti sekutu perlu diterima sebagai sesuatu yang...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord