Selepas Subkhiddin Kassim Dituntut Letak Jawatan



KASSIM Kadir BachaSelepas Subkhiddin, Kassim dituntut letak jawatan


KUALA LUMPUR: Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Salleh melepaskan kesemua jawatan termasuk Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) badan induk itu wajar dan tepat.



Menurut bekas pengadil FIFA yang enggan namanya disiarkan berkata, kesilapan Subkhiddin dalam memilih Suresh Jayaraman sebagai pengadil pada aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC (TFC) pada 27 Oktober lalu antara bukti menunjukkan kegagalan Subkhiddin menerajui jawatankuasa berkenaan.




Malah, katanya, Ketua Jabatan Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha juga perlu meletakkan jawatan kerana keputusan melantik Jayaraman turut dicadangkan olehnya pada mesyuarat pemilihan pengadil sebelum aksi final itu.



"Sepatutnya bukan Subkhiddin saja, Kassim juga bertanggungjawab di atas pemilihan Jayaraman itu. Ekoran mutu pengadilan yang amat lemah dalam sejarah perlawanan akhir itu, ia menunjukkan bahawa Jawatankuasa Pengadilan dan Jabatan Pengadilan FAM adalah lemah dan tidak berkaliber.



"Maka, saya dan rakan pengadil lain berpendapat semua ahli jawatankuasa pengadil perlu mengikut jejak Subkhiddin melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada muka baharu yang lebih bagus daripada mereka," katanya kepada Sukan NSTP hari ini.



Pada Selasa lalu, Subkhiddin mengambil keputusan mengejut dengan melepaskan semua jawatan dalam FAM selepas dikatakan tidak tahan dengan komen negatif netizen terhadap anggota keluarganya di laman sosial.



Kecaman itu susulan rasa ketidakpuasan hati netizen berhubung perlantikan Jayaraman yang didakwa membuat beberapa keputusan kontroversi termasuk membatalkan dua gol Perak pada aksi final Piala Malaysia yang dikatakan sebagai jaringan sah.



"Kami sebenarnya dah lama bersabar dengan tindak tanduk Subkhiddin yang dilihat membelakangkan kami dan tidak menjaga kebajikan pengadil.



"Malah, Kassim yang diberikan kuasa di Jabatan Pengadilan FAM pula hanya nak naikkan pengadil dari negeri kelahiran dia Melaka saja dan ketepikan pengadil dari negeri lain. Ini tidak adil kepada pengadil dari negeri lain yang sebenarnya jauh lebih bagus daripada yang dibawa oleh Kassim.



"Keadaan ini jelas tidak sihat untuk pembangunan pengadil di Malaysia. Sepanjang saya berkecimpung dalam arena pengadilan, kualiti pengadil makin teruk dan tak sama seperti 10 atau 15 tahun lalu,.



"Mungkin Tuhan nak tunjukkan sesuatu dan ia terjadi pada final itu sekali gus membuka segala kelemahan" katanya yang pernah mengendalikan perlawanan akhir Piala Malaysia beberapa tahun lalu.

Sumber: bharian.com.my







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/selepas-subkhiddin-kassim-dituntut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sesiapa Bertanggungjawab Sila Letak Jawatan Tmj

Sesiapa Bertanggungjawab Sila Letak Jawatan Tmj

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 488 hits
KUALA LUMPUR 7 Nov Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan kekecewaannya terhadap kritikan orang ramai terhadap reka bentuk trofi Kasut Emas Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 dan meminta individu bertanggu...
Peletakan Jawatan Subkhiddin Dibincang Bulan Ini

Peletakan Jawatan Subkhiddin Dibincang Bulan Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 467 hits
MALAYSIAKINI FAM akan membincangkan keputusan mengejut Subkhiddin Salleh meletak semua jawatannya dalam badan induk itu apabila exco bermesyuarat hujung bulan ini Setiausaha Agung FAM Stuart Michael Ramalingam memaklumkan badan induk itu su...
Presiden Pafa Letak Jawatan Serta Merta

Presiden Pafa Letak Jawatan Serta Merta

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 455 hits
Presiden Pafa letak jawatan serta merta Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 8 Nov 2018 11 40PM middot
Bila Kj Desak Najib Letak Jawatan Rancangan Kerajaan Campuran Gagal Kata Lokman

Bila Kj Desak Najib Letak Jawatan Rancangan Kerajaan Campuran Gagal Kata Lokman

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 436 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hari ini mengakui memang ada rancangan untuk menubuhkan kerajaan campuran oleh pemimpin pemimpin parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu Bagaimanapun katanya rancangan ters...
Setakat 2 000 Desak Hasnul Tak Perlu Letak Jawatan Kata Penyokong

Setakat 2 000 Desak Hasnul Tak Perlu Letak Jawatan Kata Penyokong

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 349 hits
Oleh 10 sebab Presiden PAFA Tidak Perlu Letak Jawatan 1 Beliau tidak melanggar mana mana undang undang di Malaysia2 Beliau tidak RASUAH3 Beliau telah mohon maaf secara terbuka4 Beliau mengaku kesilapan beliau5 Desakan untuk letak jawatan ha...
Penyokong Bola Sepak Perak Desak Presiden Pafa Letak Jawatan

Penyokong Bola Sepak Perak Desak Presiden Pafa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 496 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 04 November 2018 12 51 PM IPOH Penyokong tegar bola sepak Perak mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Hasnul Zulkarnian Abd
Presiden Pafa Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan

Presiden Pafa Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 801 hits
PARIT BUNTAR Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tidak berganjak daripada pendiriannya untuk terus memegang jawatan itu walaupun menerima desakan daripada penyokong The Bos Gaurus supaya meletakkan jawatan Has...
Hasbul Zulkarnain Letak Jawatan Pafa

Hasbul Zulkarnain Letak Jawatan Pafa

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 675 hits
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan meletak jawatannya yang baru disandangnya sejak Julai 2018 lalu Hasnul membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat Exco Eksekutif Pafa yang diadakan hari ini Beli...
Hasnul Sah Letak Jawatan

Hasnul Sah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 347 hits
HASNUL Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden PAFA pada sidang media di Pejabat PAFA Ipoh Foto MUHAIZAN YAHYAIPOH Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akhirnya mengumumkan pel...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti