Hasnul Sah Letak Jawatan




HASNUL Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden PAFA pada sidang media di Pejabat PAFA, Ipoh. - Foto MUHAIZAN YAHYAHasnul sah letak jawatan


IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu, hari ini.



Pengumuman mengejutkan itu dibuat Hasnul pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.




Beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk memberikan tumpuan terhadap tugas politiknya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong.



Hasnul Zulkarnain letak jawatan. - Foto MUHAIZAN YAHYA




Katanya, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatannya itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizul Azumu dalam tempoh sehari dua lagi dan hasratnya untuk meletakkan jawatan sudah diketahui Ahmad Faizal.



“Lima bulan (memegang jawatan) tempoh sangat mencabar, Allah berikan saya peluang untuk menguruskan sebuah pasukan yang digilai ramai orang.



“Jika masih ingat masa sidang media pertama saya (selepas memegang jawatan Presiden PAFA), saya menyatakan ingin membawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, saya berjaya membawanya sehingga Perak muncul juara.



“Saya menilai dalam tempoh seminggu dua ini, kerja saya sedikit terganggu (selepas kes cara mengendalikan trofi Piala Malaysia), bagaimanapun saya terus beri fokus pada PAFA,” katanya dalam sidang media diadakan di Pejabat PAFA di sini hari ini.



Hasnul dipilih sebagai Presiden PAFA pada Kongres Tahunan ke-60 PAFA, 21 Julai lalu selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.



Namun, beliau mencetuskan kemarahan peminat berikutan caranya mengendalikan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Perak selepas menumpaskan Terengganu di Stadium Shah Alam, 27 Oktober lalu.



Beberapa keping gambar yang dimuatnaiknya di media sosial miliknya membuatkan peminat mengandaikan Hasnul tidak menghormati trofi berprestij itu sehingga bukan sahaja dikecam peminat seluruh negara malah dikritik oleh bekas pemain Perak sendiri.



Penyokong The Bos Gaurus (TBG) Sabtu lalu turut mengumpulkan petisyen bagi mendesak Hasnul meletakkan jawatan sebelum menyerahkan memorandum kepada Ahmad Faizul.



Ketika ditanya sama ada keputusan dibuatnya itu atas faktor menjadi mangsa buli siber apabila Facebooknya diserang dengan pelbagai komen netizen selepas berlakunya isu itu, Hasnul mengakui faktor itu turut menjadi punca fokusnya terganggu hingga menyebabkan mengambil keputusan meletakkan jawatan.



Hasnul berkata, keputusannya untuk meletakkan jawatannya itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah fikiran walaupun ia tidak diterima mana-mana pihak.



Selepas sidang media itu, Hasnul dilihat menitiskan air mata dan berpelukan dengan barisan EXCO PAFA serta bersalaman dengan pihak media sebelum meninggalkan pejabat persatuan itu.



Sementara itu, dalam sidang media sama, Hasnul turut mengumumkan PAFA berjaya memancing pemain tengah Terengganu FC (TFC), J Partiban untuk musim depan dan pemain berkenaan menjadi pemain pertama menandatangani kontrak selama setahun dengan pasukan itu.

Sumber:bharian.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/hasnul-sah-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setakat 2 000 Desak Hasnul Tak Perlu Letak Jawatan Kata Penyokong

Setakat 2 000 Desak Hasnul Tak Perlu Letak Jawatan Kata Penyokong

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 380 hits
Oleh 10 sebab Presiden PAFA Tidak Perlu Letak Jawatan 1 Beliau tidak melanggar mana mana undang undang di Malaysia2 Beliau tidak RASUAH3 Beliau telah mohon maaf secara terbuka4 Beliau mengaku kesilapan beliau5 Desakan untuk letak jawatan ha...
Letak Jawatan Dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam

Letak Jawatan Dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 614 hits
Letak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena KecamLetak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam
Selepas Subkhiddin Kassim Dituntut Letak Jawatan

Selepas Subkhiddin Kassim Dituntut Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 492 hits
KASSIM Kadir BachaKUALA LUMPUR Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia Subkhiddin Salleh melepaskan kesemua jawatan termasuk Ahli Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu wajar dan tepat Menurut bekas pengadil ...
Pafa Tolak Peletakan Jawatan Hasnul

Pafa Tolak Peletakan Jawatan Hasnul

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 350 hits
IPOH Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak hari ini menolak peletakan jawatan Presidennya Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dan memberi tempoh 14 hari kepadanya untuk memikirkan semula keputusan itu Bagaimanapun mesy...
Dr Maszlee Setuju Letak Jawatan Presiden Uiam

Dr Maszlee Setuju Letak Jawatan Presiden Uiam

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Bagaimanapun peletakan jawatannya itu tidak akan berkuatkuasa serta merta kerana beberapa isu berkai...
Uia Hanya Tahu Desas Desus Maszlee Akan Letak Jawatan

Uia Hanya Tahu Desas Desus Maszlee Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 268 hits
MALAYSIAKINI Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menafikan dakwaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan meletakkan jawatan sebagai presiden universiti itu dan sedang mencari calon pengganti Jurucakap Pejabat Komunikasi Korporat UIAM ...
Menteri Berang Ditanya Bila Nak Letak Jawatan

Menteri Berang Ditanya Bila Nak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 406 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dengan muka yang bengang enggan mengesahkan berita mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila ditanya oleh wartawan di satu sesi sidang akhbar pada ...
Wan Saiful Tidak Perlu Minta Maaf Tapi Letak Jawatan

Wan Saiful Tidak Perlu Minta Maaf Tapi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 457 hits
Wan Saiful Wan Jan KUALA LUMPUR Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan tidak perlu memohon maaf atas kegagalannya menepati janji menghapuskan pinjaman itu Sebaliknya menurut mantan Setiausaha Politik kepad...
Presiden Pafa Letak Jawatan Serta Merta

Presiden Pafa Letak Jawatan Serta Merta

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 474 hits
Presiden Pafa letak jawatan serta merta Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 8 Nov 2018 11 40PM middot
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Kering Bergula Yang Rangup

Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter