Selepas Skandal Dengan Ceo Media Didedah Rasuah Melibatkan Suami Zeti Pula Disebut Di Mahkamah As


 
Bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner, dalam keterangannya di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York, menyebut ‘rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara’.
Bagaimanapun, dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suapan telah dibayar atau tidak.
Menurut transkrip mahkamah perbicaraan Roger Ng, Leissner menyebut perkara ini apabila ditanya oleh pendakwa raya mengenai urusannya dengan projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.
Jelasnya, dia telah mendengar melalui Ng – orang bawahan Leissner pada masa itu – bahawa 1MDB telah melabur AS$1 bilion ke dalam usaha sama itu.
“Anda perlu faham pada 2009 Malaysia masih mempunyai kawalan modal, yang memerlukan pelaburan sebesar itu untuk diluluskan oleh Bank Negara dari segi wang yang keluar negara.
“Mereka pada dasarnya perlu meluluskan satu bilion dolar keluar dari Malaysia. Dan apa yang dilaporkan oleh Roger (Ng) kepada saya ialah dia telah mendengar bahawa wang itu meninggalkan negara dalam tempoh yang singkat (overnight).
“Satu bilion dolar disalurkan dalam waktu yang singkat ke Malaysia kepada usaha sama itu dan ia telah dilakukan kerana suami kepada gabenor Zeti (Akhtar Aziz) di Bank Negara ketika itu telah menerima rasuah untuk melaksanakannya.
“Jadi, dalam waktu singkat wang itu dipindahkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada masa itu. Tiada kelulusan diperoleh secepat itu dengan Bank Negara,” kata Leissner.
Apabila disoal oleh pendakwa raya jika rasuah sebenar telah dibayar berhubung dengan usaha sama PetroSaudi-1MDB, Leissner menjawab: “Saya tidak tahu secara bebas jika rasuah telah dibayar.”
Berdasarkan transkrip keterangan Leissner pada 22 Feb, dia menyebut nama Zeti dua kali dan tidak menyebut suaminya, Tawfiq Ayman.
Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura telah menghantar balik ke Malaysia dana AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq.
Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan telah dimaklumkan kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.
SPRM tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu tetapi beberapa laporan mencadangkan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat pembabitan Tawfiq, bersama bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop.
Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan Ng yang didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan urusan 1MDB.
Pada 2018, Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan serupa dan dipaksa untuk melucuthak sebanyak AS$44 juta.
Sementara itu, Najib Razak, yang mengenali Leissner ketika menjadi perdana menteri, hari ini berkata dia merasa pelik bahawa media tidak melaporkan sebahagian daripada keterangan Leissner ini.
Kebanyakan organisasi media Malaysia telah mengeluarkan semula laporan Bloomberg mengenai keterangan Leissner mengenai permintaan Low Taek Jho supaya tiga anak Najib diambil bekerja di Goldman Sachs.
Sejak itu, Najib menjelaskan bahawa anak-anaknya tidak pernah menerima tawaran kerja seperti itu daripada Goldman Sachs.
“Saya pelik kenapa media-media mempermainkan isu pekerjaan bagi anak-anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam (mengenai tuduhan rasuah ini).
“Yang ini, media-media tak mahu lapor ke?
Pada 2009, 1MDB memeterai perjanjian dengan PetroSaudi untuk penerokaan minyak. Pihak berkuasa AS percaya bahawa AS$700 juta daripada suntikan dana AS$1 bilion 1MDB masuk ke dalam Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Low, juga dikenali sebagai Jho Low.
Pada masa itu, pentadbiran Najib menegaskan bahawa pelaburan 1MDB dalam usaha sama itu adalah kukuh dan ia telah ditukar kepada “unit dana” di Singapura. Tidak pasti jika “unit dana” berkenaan pernah ditebus.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/611808


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/selepas-skandal-dengan-ceo-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Zeti Seumur Hidup Saya Tak Pernah Makan Rasuah

Suami Zeti Seumur Hidup Saya Tak Pernah Makan Rasuah

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 176 hits
Hidir Reduan Abdul RashidSuami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz hari ini melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan berkaitan rasuah yang dibuat Tim Leissner terhadapnya Dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini Ta...
Pembelaan Tutup Kes Rasuah Rosmah Mansor Selepas 42 Hari Bicara Di Mahkamah Tinggi

Pembelaan Tutup Kes Rasuah Rosmah Mansor Selepas 42 Hari Bicara Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR Selepas 42 hari perbicaraan dengan mendengar keterangan 25 saksi perbicaraan kes rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berakhir hari ini Dalam prosiding hari ini P...
Suami Zeti Nafi Pernah Terima Rasuah Tak Kenal Tim Leissner

Suami Zeti Nafi Pernah Terima Rasuah Tak Kenal Tim Leissner

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 171 hits
Suami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz hari ini melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan berkaitan rasuah yang dibuat Tim Leissner terhadapnya Dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini Tawfiq Ayman dalam keterang...
Meski Watak Utama Nama Lee Jihoon Tidak Disebut Langsung Di Sidang Media Sponsor

Meski Watak Utama Nama Lee Jihoon Tidak Disebut Langsung Di Sidang Media Sponsor

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 123 hits
Merupakan pelakon utama menghairankan apabila pihak drama Sponsor sepertinya menolak ketepi Lee Ji hoon kini Terbaru nama lelaki itu langsung tidak disebut semasa sidang media Sponsor yang berlangsung pada pagi tadi Meskipun Lee Ji hoon men...
Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 138 hits
freemalaysiatoday com February 21 2022 9 11 PMProsiding mahkamah bagi kluster mahkamah bersambung walaupun selepas rakyat Johor keluar beramai ramai mengundi pada 12 Mac kata Azalina Othman Said PETALING JAYA Ahli Parlimen Pengerang Azalina...
Kalau Bersekongkol Diam Tidak Menegur Pemimpin Rasuah Bagaimana Pula Hadi

Kalau Bersekongkol Diam Tidak Menegur Pemimpin Rasuah Bagaimana Pula Hadi

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 166 hits
Hadi beri peringatan Allah laknat pemberi penerima dan rakyat yang mengundi pemimpin rasuahOleh SURI LAILA February 19 2022Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah mustahil untuk negara menghapuskan budaya rasuah jika pemimpi...
Suami Tikam Perut Sendiri Selepas Simbah Air Panas Pada Isteri Ketika Bertengkar Mengenai Masalah Kewangan

Suami Tikam Perut Sendiri Selepas Simbah Air Panas Pada Isteri Ketika Bertengkar Mengenai Masalah Kewangan

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 154 hits
Suami tikam perut sendiri selepas simbah air panas pada isteri ketika bertengkar mengenai masalah kewanganSeorang suami nekad menikam perutnya sendiri selepas menyimbah air panas pada isterinya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pondo P...
Skandal Rasuah Terbesar Di Dunia Tiga Perempuan Melayu Terlibat

Skandal Rasuah Terbesar Di Dunia Tiga Perempuan Melayu Terlibat

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 347 hits
FAZLI RADZISkandal rasuah yang merompak berbilion dolar daripada dana kekayaan negara melalui syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad rupa rupanya turut membabitkan tiga wanita Muslim Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata p...
Selepas Aiman Dan Zahirah Kini Isaac Raees Pula Positif Covid 19

Selepas Aiman Dan Zahirah Kini Isaac Raees Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 119 hits
Selepas berkongsi khabar duka disahkan positif Covid 19 beberapa hari lalu pelakon Zahirah Macwilson terpaksa akur dengan ujian Allah bila mana anak kesayangannya Isaac Raees turut sama disahkan positif virus berbahaya itu Melalui Insta Sto...
Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Unseen Power Of The Administrative State

Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Anthony Loke Nahas Di Genting Highlands Bas Persiaran Tamat Tempoh Permit Dan Lebihi Had Usia

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Bitcoin Bull Market Is Over

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Terima Anugerah Dekan Untuk Semester Satu

Singgah Makan Di Food Court Alamanda

Industry Terms For Brand Names

10 Jam Fitness Tracker Terbaik Bawah Rm200

20 Tempat Di Dunia Nyata Yang Kelihatan Seperti Tidak Nyata

Permohonan Kursus Ai Utm Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta